Ada pelancong tempatan yang berkata ‘bosan’ ke Melaka kerana semuanya sudah dilihat. Tetapi, tahukah anda Melaka kaya dengan makanan tradisi unik yang tiada di tempat lain? Jangan kata bosan dahulu. Jom ikut Editor Meor Mohd Khairi mencuba pelbagai sajian enak di  bumi bersejarah ini.

Asam Pedas Kak ‘Ton’ Menangkap! 

Tidak sukar mencari restoran ini. Terdapat di deretan bangunan pejabat di Bandar Hilir, restoran Zaiton Asam Pedas memang tidak putus dengan kehadiran pengunjung. Restoran ini dikatakan antara restoran Asam Pedas yang ‘sedap’ di Melaka. Di samping kuah asam pedasnya yang enak, penulis tertarik dengan set hidangan tempe bersama sambal kicap yang cukup menyelerakan. Diselang-seli pula dengan gulai pucuk paku bumi bersejarah ini. yang pekat. Fuh, bertambah nasi dalam pinggan dibuatnya!

Pendek kata, tidak sah jika ke Melaka jika tidak cuba Asam Pedas. Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh menikmati Asam Pedas Tetel di Restoran Asam Pedas Pokok Besar yang terletak di Taman Kota Laksamana. Selain asam pedas, nasi lemak yang dijual di sini juga enak rasanya. Paling penting, harganya cukup berpatutan. Penulis sempat ‘pekena’ set asam pedas tetel bersama nasi putih dan nasi lemak telur mata bersama dua minuman.

Restoran Yang Pasti Membuka Selera Sesiapa Sahaja Yang Datang Ke Melaka!

Mi Haji Hassan

Penulis  memandu menuju ke Tengkera, dalam usaha menjejak mi popular yang mana sesetengah menggelarkannya ‘mi bodo.’Anda harus memandu perlahan ketika melalui deretan bangunan pejabat dan rumah kedai di sini, kerana anda mungkin terlepas kedai makan unik ini. Sebenarnya mudah saja untuk ke kedai Hassan ini. Kedai makan ini terletak di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Haji Nek Yusuf, Tengkera.

IKLAN

Kedai ini begitu sesak dengan pengunjung. Baru saja penulis duduk di kerusi menunggu makanan, sudah ada orang yang datang berdiri di tepi menunggu kami habis makan. Memang hebat penangan mi Haji Hassan ini. Cukup ‘simple.’ Mi kuning, taugeh dan sambal istimewa yang dihasilkan keluarga Hassan sendiri. Ia didatangkan dengan telur mata yang digoreng bersama minyak cili yang menjadikan ia sedikit berair.

Cara memakannya? Gaulkan sambal ke dalam mi dan campur sedikit cuka dan kicap manis yang disediakan di atas meja. Memang ‘terangkat’. Rasa tidak puas dengan hanya makan sepinggan. Namun, memandangkan perempuan yang berdiri di sebelah meja penulis sudah lama berdiri dan menjeling seakan cemburu, penulis membatalkan sahaja niat untuk menambah pesanan.

Tip:

Kedai Mi Haji Hassan ini menggunakan sistem pesanan makanan paling unik, dan bagi penulis antara sistem yang sangat berkesan tanpa perlu menunggu lama. Apabila anda tiba, anda tidak boleh memesan mi itu. Sebaliknya anda terus ke kaunter dan mengambil beberapa pinggan yang berisi telur mata dan sambal, mengikut jumlah orang yang ada bersama anda. Seterusnya anda duduk saja di meja.

IKLAN

Petugas kedai akan memerhatikan meja mana yang ada pinggan bersama telur mata, dan di situlah dia akan menghantar mi tersebut. Tidak perlu bersungut, tidak perlu memanggil pelayan beberapa kali. Kesimpulannya, pastikan pinggan telur mata ada di atas meja anda, dan ‘mi bodo’ pasti akan menjelma di depan mata tanpa perlu menunggu lama!

Restoran Yang Pasti Membuka Selera Sesiapa Sahaja Yang Datang Ke Melaka!

Keria Bertaraf Antarabangsa

Sebelah petang, kami memandu agak jauh untuk ke Limbongan. Akhirnya jumpa juga kedai Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil. Memang istimewa keria yang dibuat sendiri oleh Haji Jalil ini. Ia disira dengan gula melaka dan dimasukkan lebih keledek berbanding tepung. Apabila sudah masak sepenuhnya, ia kelihatan seperti donut kerana saiznya yang besar.

IKLAN

Penulis sempat masuk ke bahagian dapur untuk melihat Mi Goreng Hassan Jalan Tengkera, Melaka (Tutup pada hari Khamis. Waktu operasi hanya dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi.) Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil Batu 2, Jalan Limbongan, 75200, Melaka. sendiri Haji Jalil memasak kueh ini. Ruang dapur lama di kedainya memang mengembalikan nostalgia seperti kehidupan masyarakat Melayu 30-40 tahun dahulu.

Menurut Haji Jalil, dia sendiri yang mencadangkan kepada ibunya tentang resipi keria yang disira dengan gula melaka ini sewaktu pulang semula ke Melaka dari Kuala Lumpur sekitar tahun 1975. Purata sebanyak 1,000 kuantiti keria dijual sehari. Pada hujung minggu, jumlahnya mampu mencecah sehingga 2,000 ketul. Harganya Cuma 50 sen sebijik dan Haji Jalil sering mendapat tempahan kueh Keria ini daripada pejabat-pejabat kerajaan untuk sesi mesyuarat dan minum petang. Kedai ini dibuka dari jam 2.00 hingga 6.30 petang setiap hari.

Restoran Yang Pasti Membuka Selera Sesiapa Sahaja Yang Datang Ke Melaka!

Apalagi yang belum dicuba? Meskipun penulis hanya seharian di Melaka, segala makanan mahu dicuba. Destinasi terakhir kami ialah gerai Cendol Jam Besar yang terletak di Jalan Selat Melaka (Berhadapan dengan bangunan ikonik Stadhuys).

Pelbagai jenis cendol yang dijual di sini. Salah satu yang mesti anda cuba ialah cendol duriannya yang pekat dan isi durian yang lembut.  Gerai cendol ini dibuka dari jam 3.00 hingga 7 malam. Ia juga terletak berdekatan dengan laluan menuju ke Jonker Walk.

Walaupun sekejap, pendek kata trip ‘ekspres’ penulis ke Melaka memang berbaloi. Banyak lagi makanan-makanan enak yang boleh dicuba.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI