Tarikan paling terkenal di Pulau Langkawi iaitu kereta kabel SkyCab akan menutup sementara operasi kereta kabel mereka kepada orang awam selama 14 hari bermula pada 1 hingga 14 April 2019.
Penutupan ini adalah bersifat sementara ini dipercayai bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan selain SkyCab, penutupan ini turut membabitkan SkyBridge dan SkyGlide.
Oleh yang demikian, sekiranya anda merancang untuk pergi ke SkyCab, SkyBridge dan SkyGlide pada tarikh tersebut, adalah dinasihatkan untuk mengubah itinerari percutian anda atau datang sebelum atau selepas tempoh penutupan itu selesai.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan lain yang terdapat sekitar lokasi itu seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center masih beroperasi seperti biasa dan tidak terlibat dengan penutupan operasi seperti di atas.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragedi Khojaly. Peristiwa Pilu Penduduk Azerbaijan
Tragedi Khojaly, merupakan peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Azerbaijan yang tidak bersalah. Peristiwa tersebut merupakan paling mengerikan pada akhir abad ke-20.
Tragedi yang berlaku pada 25 hingga 26 Februari 1992 itu, merupakan episod kekejaman pembunuhan beramai-ramai kekal terpahat dalam hati penduduk Azerbaijan. Setiap tahun penduduk Azerbaijan akan memperingati peristiwa pilu ini.
- Lebih menyedihkan, pelaku jenayah itu sehingga kini tidak didakwa oleh mahkamah antarabangsa namun, rakyat Azerbaijan tanpa mengenal erti putus asa terus menuntut keadilan untuk mangsa Khojaly. Ketika itu rakyat Azerbaijan yang diusir dari tanah mereka menjadi pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia II.
- Peristiwa itu meragut nyawa 613 etnik Azerbaijan di Khojaly, sebuah bandar kecil di rantau Nagorno-Karabakh.
- Menurut statistik kerajaan Azerbaijan, jumlah itu termasuk 106 wanita, 63 kanak-kanak dan 70 warga emas. Selain itu, seramai 1,275 orang dijadikan tebusan manakala 150 masih hilang.Lebih sejuta orang menjadi pelarian dan hilang tempat tinggal akibat pendudukan Armenia.
- Khojaly menjadi sasaran kerana kedudukannya yang strategik, selain untuk menghapuskan warisan sejarah dan budaya di bandar itu. Terkenal dengan budaya Khojaly-Gadabay sejak abad ke-16 SM. Khojaly, satu penempatan purba Azerbaijan, dibakar dan dihancurkan hanya dalam satu malam.
- Penduduk awam Khojaly dibunuh hanya kerana mereka bangsa Azerbaijan. Sekumpulan pelarian mengharungi sungai dan bersembunyi di kawasan gunung berdekatan namun, kebanyakan mereka maut disebabkan hipotermia.
- Pembunuhan beramai-ramai itu melanggar undang-undang antarabangsa, mencabuli konvensyen Geneva di bawah Deklarasi Hak Asasi Manusia (yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948).
- Konflik kedua-dua negara mula tercetus pada 1988 – tiga tahun sebelum pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 – berikutan tuntutan wilayah Armenia terhadap Azerbaijan.
- Pada 1992, perang meletus antara dua bekas negara Soviet, menyebabkan pendudukan Armenia ke atas 20 peratus wilayah Azerbaijan, termasuk Nagorno-Karabakh dan tujuh daerah sekitarnya.
Bandar Azerbaijan terkini.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian Lebih Selamat Dengan tiket.com & Antis, Kit Penjagaan Diri Percuma Untuk Pelanggan!
Dah hampir hujung tahun, pasti ramai yang dah merencana untuk percutian bersama keluarga, yang tersayang atau teman-teman baik. Sempena itu, tiket.com dan Antis, Sanitizer Tangan No. 1 di Indonesia bekerjasama memperkenalkan program “Percutian Lebih Selamat dengan tiket.com x Antis” yang boleh dinikmati oleh pelancong yang ingin melancong ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Program tersebut telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan pada hari Jumaat, 2 Disember 2022 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Melalui program ini, tiket.com dan Antis ingin memastikan pelanggan mereka mendapat percutian yang selesa dengan menyediakan kit penjagaan diri, yang boleh menjadi penyelesaian sehenti untuk kesihatan.
Kit penjagaan diri ini tersedia secara percuma kepada setiap pelanggan yang menempah penginapan hotel melalui tiket.com dan diedarkan semasa daftar masuk di hotel masing-masing.
Awin Sirait, Ketua Pemasaran Kumpulan Enesis menyatakan bahawa ini bukan kali pertama tiket.com dan Antis bekerjasama dalam memberikan perlindungan tambahan kepada pelanggan.
“Kami perhatikan peningkatan trend orang melancong, bukan sahaja dalam negara tetapi juga antarabangsa, jadi kami meluaskan kerjasama ini ke negara-negara
sekitar Indonesia yang sering dikunjungi pelancong domestik,” jelasnya.
“Peningkatan bilangan orang yang melancong adalah baik untuk pemulihan ekonomi dan pelancongan, jadi ia mesti disokong sementara masih mempertimbangkan kesihatan pelanggan, untuk mengelakkan peningkatan kes.
“Kami sertakan Antis dalam kit penjagaan diri yang disediakan, yang sudah dipercayai oleh pelanggan sebagai pembersih tangan yang berkesan yang membunuh 99% kuman dalam 4 saat,” tambahnya.
Sara Elorza Susanto, AVP Perniagaan Antarabangsa tiket.com, menjelaskan, “Di tiket.com, kami sentiasa memberi perhatian kepada trend serta keperluan masyarakat dari segi pengembaraan dan pelancongan. Pada masa ini, keadaan pandemik yang semakin baik dan pembukaan akses ke pelbagai negara, minat untuk bercuti ke luar negara semakin meningkat dan Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam adalah sebahagian daripada destinasi kegemaran rakyat Indonesia.
“Kami di tiket.com sentiasa berusaha untuk memberikan lebih banyak faedah untuk pelanggan kami, kerjasama kami dengan Antis bertujuan untuk menambah rasa selamat dan selesa apabila menikmati percutian terutama di luar negara.”
Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran jenama tiket.com dan Antis di kalangan hotel antarabangsa. Kerjasama antara Antis dan tiket.com telah terjalin sejak awal pandemik, termasuk kempen TIKETCLEANxANTIS dan Program Ganjaran Long Stay & VACcation.
Tiket.com merupakan Online Travel Agent (OTA) yang sudah beroperasi sejak tahun 2011. Ia merupakan salah satu syarikat pelancongan dalam talian terbesar dan komprehensif di Indonesia. Tiket.com menawarkan perkhidmatan seperti pembelian tiket penerbangan, tiket keretapi, tempahan hotel, kereta sewa dan keperluan percutian lain. Manakala Antis pula merupakan Sanitizer tangan No.1 dan telah menjadi produk terlaris masyarakat Indonesia yang telah wujud sejad tahun 1999 dan selama 20 tahun di Indonesia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perintah Berkurung Dilanjutkan Bermula Esok Di Kawasan Perairan Esszone Sehingga 27 Mac
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 27 Mac ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran. Perintah berkurung yang baharu akan bermula esok pada 6 petang yang berkuat kuasa selama 24 jam. Perintah berkurung ini akan dilanjutkan selama 14 hari mulai 13 Mac 2019 hingga 27 Mac 2019 pukul 6 petang.
“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang hingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya.
Omar berkata perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan terbabit tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.
Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.
Perintah berkurung tersebut akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan, katanya.
Omar berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI