• 6.4K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    6.4K
    Shares

 

Sebelum ke Tasik Kenyir, kawan saya ada beritahu tentang sulur bidar. Saya tak tahu apa benda dicakapkan.

Saya tanya apa benda sulu bidar tu. Dia jawab “hati-hati kalau mandi tasik, ada buih besar naik daun-daun mati dari dasar tasik; tu sulur bidar”. Ah sudahhh….

Saya check internet, orang kita kata macam ini binatang, hamparan tikar,jin lah makhluk halus lah. Tak dapat nak pastikan sahih cerita sebab takde imej atau bukti. Cuma nampak buih besar. Namun ada juga video yang tunjuk buih itu semakin menghampiri. (buih kecil) Saya cari lagi penjelasan cara saintifik.

Video dikatakan sulur bidar Tasik Kenyir

Semasa di Tasik Royal Belum, saya ada tengok gas-gas udara naik dari dasar dalam kuantiti banyak. Bila ditanya krew bot kata mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Biasanya waktu pagi.

Saya sempat tanya krew dan pemilik houseboat di Tasik Kenyir. Mereka cuma senyum je. Jelas mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Saya tanya tiga orang dengan harapan ada yang jawab tu memang makhluk sulur bidar macam hamparan tikar. Namun semua jawab ia cuma gas dari dalam tanah.

Dua tasik saya pergi dua jawapan sama; gas dalam tanah.

Ini yang dikatakan sulur bidar. Mamat ni siap rendam camera dalam air nak tengok punca. Bau pun busuk katanya.Tu bau Hydrogen Sulphide. Dari sudut sains, ia ledakan gas dari dalam tanah tasik.     Sumber video: ViralKIDSss


Ini pula video di Australia. Salah satu mitos sulur bidar katanya daun yang naik ke permukaan tu kering dan boleh dibakar. Kebetulan, video ni siap nyala api, jadi ni mungkin penjelasannya.

Penjelasan oleh jimmy fohjohn

Kalau dalam istilah Oil & Gas – buih yang keluar membuak daripada bawah tasik atau sungai yang banyak menyimpan daun dan kayu2yang mereput akan selalu mengeluarkan buih saperti itu, & gas yg keluar adalah H2S – Hydrogen Sulphide yang sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian kalau berada dekat dengan tempat gas keluar membuak.

 

H2S Gas terbentuk daripada benda yang mereput dan tertekan (under pressure) didalam laut atau didalam tasik buatan manusia atau didalam sungai yang di hanyutkan semasa hari hujan dan ayer bah. Maka benda tersebut akan bertimpa-timpa dan akan berlaku kitaran kimia yang akan mengeluarkan Gas H2S – Gas Hydrogen Sulphide.

 

Gas H2S , adalah seperti bau busuk telur ayam yang sudah lama, dan kita selalu terjumpa kalau mememijak atau berjalan d tempat ayer atau lumpur yang ada tumbuhan yang sudah mati dan mereput, dan bau gas akan saperti telur busuk. Kalau kita hampir ditempat dia keluar, kita akan tercium basuk pada mula nya, sudah itu tidak ada, dan seterus nya kita akan pengsan dan mungkin akan mati. Ini adalah disebabkan continuous exposure to high concentration to H2S gas akan memberi deria untuk merasa ada nya H2S akan tidak ada dan ini yang sangat merbahaya dan boleh mati.

 

Gas H2S adalah lebih berat daripada udara biasa, maka dia akan tidak menjadikan kita bahaya kalau kita lari ke tempat yang lebih tinggi dan jauhkan diri daripada keluarnya gas tersebut tadi. Gas ini boleh terbentuk dan terjadi seperti  di Tasik Kenyir atau dimana-mana Empangan Hydro Electric didunia ini. Ini berdasarkan pengalaman didalam Oil & Gas (Safety of Environment and Personnel) Kalau apa yang dikatakan Sulur Bidar, saya tidak pernah nampak benda tersebut, maka saya tidak dpt mengulas nya. Thank You.

Mungkin ada misteri, namun saya anggap ini hanya gas dari dasar tasik. Wallahualam

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: