Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar sungai ni ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Mungkin kerana slanga orang Terengganu dibunyikan ‘G’ dibelakang, ia lebih popular dikenali Sungai Bangang.

Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih.

KOLAM HIJAU 'SUNGAI BANGANG'

Ini mungkin sungai paling jernih di MalaysiaFull story sini http://www.libur.com.my/sungai-bangang/#CBL #sungaibangang

Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 31, 2017

 

IKLAN

Sungai Bangang biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) ; tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.

Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut.

IKLAN

Sungai Bangang Sungai Bangang Sungai Bangang

IKLAN

Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.

Sungai Bangang
Kolam hijau Sungai Bangang. Nampak macam tak dalam, tapi dalam. Air jernih. Foto: mcHiker

Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangang perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.

Sungai Bangang Sungai Bangang Sungai Bangang Sungai Bangang Sungai BangangSungai BangangSungai BangangSungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Dalam kolam mungkin lebih kurang 2-2.5 meter bergantung pada paras air. Bahagian dalam mungkin akibat hakisan air deras. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang kesana, nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan semoga alam kita terus terpelihara serta jangan buang sampah merata-rata.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI