• 3.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.2K
    Shares

TEROWONG BIJIH LAMA SEDALAM 700M & SEPANJANG 322KM KESELURUHAN! TAK PERCAYA? Terowong terdalam adalah dilombong Myah terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. Perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sg.Lembing. Harus diingat, lombong ini telah pun diusahakan selama 98 tahun jadi tiada yang mustahil!

 

Sungai Lembing

Lokasi Sg Lembing

Image result for pekan sungai lembing

Gerbang masuk ke Sungai Lembing Foto:Myfir2u

Sungai Lembing terletak  kira-kira 40 km dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebih besar. Kampung Kenau popular di sini dan terletak di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Dahulu dikenali sebagai El dorado of the east.

 

Lombong Sungai Lembing

Related image

Rel masuk ke bawah tanah

 

Sungai Lembing pada 1920 – 1950 dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran Bijih Timah di Pahang. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan kawasan galian Bijih Timah yang terbesar di dunia pada tahun tersebut. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,300 kaki (700meter) sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara. 

sungai-lembing-underground-mining-model

Model struktur galian terowong bawah tanah, macam terowong anai-anai     Foto:Girlandboything

Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British pada Februari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London menubuhkan Pahang Corporation Limited. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran satu sen setahun.

Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif.

Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir USD2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.

Related image

Sejarah lama perlombongan   Foto:Syed Amran

pintu terowong bawah tanah
Salah satu pintu masuk terowong terus ke dalam 60m bawah tanah. Keadaan lembap dan sejuk di dalam.    
Foto: blog-pahang.blogspot.my

 

 

Sejarah Lombong Sungai Lembing
Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Waktu dahulu, pam air sentiasa dihidupkan bagi mengepam air keluar dari lubang terowong. 

Ketika harga timah jatuh teruk pada 1985 dan lombong ini ditutup pada 1986,pada 1987 seramai 20 pelombong haram, melombong pada waktu malam dan memperoleh sekitar RM2000-RM3000 semalam. Hal ini mengakibatkan penggalian terowong baru yang tidak mengikut saiz ditetapkan dan berbahaya.

Dipercayai, sejumlah RM1 juta timah diperolehi. Sempena itu, satu terowong  dinamakan “Lubang Sejuta @ Million Dollar Chamber”. RM1 juta pada 1986 adalah sangat besar, mungkin sekitar RM30 juta +- pada waktu sekarang.

Laluan lombong yang dikorek secara manual   Foto:urbanitediary

Image result for sungai lembing mines

Foto: bestrestauranttoeat

Laluan masuk yang panjang      Foto:urbanitediary

sungai-lembing-tin-mines-gallery-4

Peralatan perlombongan waktu dahulu masih disimpan rapi     Foto:Girlandboything

Related image

Antara terowong panjang laluan ke bawah tanah

sungai-lembing-museum

Mesti pergi bagi mendapat fakta penuh. Muzium Sg. Lembing padat dengan informasi berkenaan lombong timah Sg Lembing

Antara alatan diguna untuk melombong bijih

Miniatur pelombong Foto:museumvolunteersjmm.com

Yang pasti, fakta² mengenai lombong bawah tanah ini memang hebat dan sukar dipercayai!

Video Sungai Lembing

 

Sumber : Muzium Sg Lembing / Wikipedia / http://articles.latimes.com/1993-11-01/business/fi-52090_1_tin-mine

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: