• 62
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    62
    Shares

“Abg, saya biasa dengar beberapa pantang larang dalam hutan..macam jgn kencing merata-rata, jgn bercakap besar dan sebagainya. Selain itu, ada lagi tak?”

Gua yg sedang memeriksa nasi lantas menutup kembali periuk. Pandang beliau. “Ada.”

Dia mula tekun. Gua memintanya memadamkan lampu headlamp sementara.

“Salah satu pantang larangnya ialah sewaktu berada di sungai. Ini adalah drp pengalaman saya sendiri.”

“Sungai?”

Pernah suatu ekspedisi, kami berhenti rehat di sebuah kem berhampiran sungai. Semua keletihan, apatah lagi selepas menempuhi pendakian demi pendakian dan perjalanan yg panjang. Bekalan air minuman juga kehabisan.

Gua menawarkan diri untuk turun ke sungai atas rasa kasihan. Botol-botol gua capai dan bangun menuju ke tebing. Tak jauh mana, hanya beberapa kaki ke bawah. Sejuk!

Gua ambil kesempatan meneguk air yg diisi buat menghilangkan dahaga. Oleh kerana airnya begitu segar sekali, gua turut membasuh muka sepuas-puasnya. Tak pernah rasa selesa sebegitu.

Ketika air di wajah masih menitis, gua pandang permukaan sungai. Lama gua tenung. Jernih, bisik gua. Ralit sebentar di situ.

Serta-merta satu kejadian berlaku. Gua tersentak! Terperanjatnya gua bagai terkena renjatan elektrik sehingga berundur gua dari tebing. Mata gua terbeliak. Sesekali tubuh gua meremang dingin. Gua kutip botol-botol dan naik ke kem menemui para pendaki lain yg masih terbaring.

“Kenapa bang?”

“Takde..takde apa-apa.” Gua kawal suara agar tak kedengaran gemuruh. Mereka menyambut air minuman yg gua hulurkan dan terus meneguk tanpa ada sebarang soal lagi.

“Dah minum kita teruskan perjalanan ye. Tak jauh dah.” Gua kaget memberi arahan. Hakikatnya, seram sejuk dalam diri masih belum reda dan pada hemat gua, tempat ini harus ditinggalkan dgn segera.

Perjalanan diteruskan beberapa minit kemudian. Di sebalik ahli kumpulan yg ternyata sudah kembali bertenaga, gua pula sebaliknya. Fikiran gua celaru. Pandangan mula kelabu. Mujur denai dan rentis masig mampu gua susuri.

“Pip, kau okey ke?”

Aku pandang wajahnya. “Bro, aku rasa aku terlanggar pantang kat sungai tadi.”

“Hah?”

“Ketika di sungai jernih, elakkan merenung tepat ke permukaan air. Itu sangat tak digalakkan. Sebolehnya turun ke sungai dan selesai urusan terus naik saja. Jangan dok perhati air lama-lama.”

Ahli kumpulan gua ternganga. “Allahu..tak tahu pula. Mujur tak ke sungai tadi. Habis tu apa yg terjadi tadi?”

“Keluar hutan nanti aku cerita.” Gua geleng kepala seraya menyuruh mereka semua meneruskan perjalanan.

Sepanjang perjalanan kemudiannya, tiada apa-apa yg ganjil lagi berlaku. Keluar dari pintu rimba, gua pula beransur-ansur sedar dan normal.

Peristiwa di sungai tempohari sangat-sangat terkesan di ingatan, kerana ketika menenung permukaan sungai seusai mencuci muka itu barulah gua sedar dari imbasan air itu wajah gua saling tak tumpah seperti Jehan Miskin.

Hehe. admin pun terkena. 

Siapa yg nak masuk hutan, jungle tracking, panjat gunung, memancing di laut atau tempat² yg tiada manusia baca ni

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dgn kalimah2 Allah yg sempurna dari kejahatan sekelian makhluk..”

atau Ayat Kursi, kemudian Surah Al Ahad, Al Falaq, An Nas

No automatic alt text available.

Perkongsian: Wahh Afif

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: