Seramai 30 juta pelancong menjadi sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan bagi tujuan mempromosikan kempen tersebut.

Timbalan Menteri MOTAC, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata fokus kementerian akan tertumpu kepada ekopelancongan dan pelancongan kebudayaan. Jadi ini peluang baik kepada pemain industri ekopelancongan dan pelancongan kebudayaan untuk mengembangkan lagi peniagaan anda.

Menurut Muhammad, Malaysia mempunyai keindahan dan kepelbagaian budaya dan beliau memberi contoh Negeri Sembilan, Kenaboi dan Kelebu yang mempunyai tarikan untuk kedatangan pelancong yang tinggi.

IKLAN

Dalam masa sama, kementerian turut mempromosikan inap desa dalam usaha menjana pendapatan penduduk setempat. Tambahnya lagi, sektor pelancongan mampu menyumbang lebih kurang 15 peratus pendapatan negara sekiranya perancangan dilakukan dengan rapi.

IKLAN
IKLAN

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI