Anda ada plan nak ke Lumut atau Pulau Pangkor tak akan datang? Sekiranya ada, Libur cadangkan kepada anda satu kedai ni kalau nak beli ikan bilis mata biru atau produk-produk makanan laut yang lain sebagai buah tangan.
Senang je kalau nak ke kedai-kedai ni. Kalau Waze tu, cari saja Jalan Titi Panjang. Waze akan terus bawa anda ke destinasi.
Kedai dia ada banyak gila barang-barang makanan laut yang korang boleh pilih daripada sate ikan, sotong kering gula sampailah ke ikan bilis mata biru. Ikan bilis mata biru kan mahal sebab ikan bilis jenis gred A, sedap la nak buat masak. Jadi dekat kawasan ni ada jual semua benda.
Harga pun berpatutan dan kalau nak datang, boleh datang seawal pukul 8 pagi sampai 11:30 malam setiap hari. Kalau boleh datang awal la sebab kedai dia ramai gila orang datang. Jadi kalau tak nak bersesak sangat, boleh datang awal. Kedai dia tak ada la sesak padat sampai tak boleh jalan. Ada saja ruang untuk anda shopping macam biasa tapi ramai orang yang datang, tu je.
Lagi satu tip nak ke sini, stand-by la secekak duit kertas. Haha, confirm banyak barang yang anda akan amik kalau ke sini. Tempoh hari Libur spend dalam RM50 dapat sebakul penuh makanan laut macam sotong kering (pelbagai jenis), sate ikan dan keropok.
Haa dan lagi satu, nak ke sini, make sure bersedia untuk cari tempat parking yang selesa untuk anda dan keluarga. Kedai dia betul-betul terletak sebelah jalan besar. Parking limited. So beware kalau anda bawa anak-anak yang suka main lari-lari berkeliaran ya.
Anyhow, happy shopping!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari: Percutian Ke Maldives 4H3M Dengan Kos Tidak Lebih RM2000 Seorang
Maldives terletak di Lautan Hindi dan di selatan barat daya Sri Lanka dan India. Negara Republik yang mempunyai 1,190 pulau dan Islam agama rasmi Maldives dan bahasa rasmi Dhivehi tetapi rata-rata rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Perjalanan hanya mengambil masa 4 jam 20 minit bagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives. Salah satu keunikan di Maldives adalah Sandbank iaitu timbunan pasir yang timbul di tengah laut disebabkan paras air laut yang rendah atau surut.
Maldives yang digelar syurga dunia oleh pelancong kerana kecantikan pantai, air laut berwarna kehijauan serta keunikan hidupan dasar lautnya. Namun ramai orang hanya memasang impian sahaja untuk menjejakkan kaki ke pulau ini kerana bimbang kos penginapan mencecah puluhan ribu ringgit untuk satu malam gara-gara cerita dan gambar-gambar penginapan yang dikatakan hanya sesuai untuk golongan berduit sahaja.
No..no..sesiapa sahaj boleh ke Maldives tau. Ini ada rujukan itinerari untuk anda ke Maldives dengan kos RM1853 untuk seorang. Percutian 4 hari pula tu..berbaloi sangat.
Itinerary Maldives 4hari -3 Malam (5-8 September 2018).Total all in :RM1853
- Flight Ticket :
Pergi Balik RM540
Meal + Luggage RM 73 - Penginapan :
Salt Beach Hotel at Maafushi, Maafushi Island : 87.5 USD (3Malam) include tax 12%, service charge 10% & Green tax 3%
Day 1 (Rabu 5 Sept 2018)
KLIA2 – Velana International Airport
(6.55pm – 8.10pm). 4 jam flight.
Tukar 20 USD ke 300 MVR di Bank of Maldives.
Speedboat private transfer dr Airport to Salt Beach Hotel
150 usd ÷ 4 = 37.50 usd/pax
Day 2 (Khamis 6 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue (sebelah Salt Beach Hotel)
10 am – 2pm : Snorkelling package include lunch at sandbank,watching dolphin,turtle reef.. 25usd beli dekat Salt beach hotel.
Lepak tepi pantai tggu sunset sambil layan fruit juice 50 mvr
Buffet Dinner 10 usd
ice cream gellato 40 mvr
Day 3 (Jumaat 7 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue
Excursion private island – adaaran club raanalhi 100 usd. Lpas survey semua tempat area maafushi so far ini yg plg mnarik & murah ikut pandangan kami berempat
9am – 6pm all-in buffet lunch,unlimited drinks,towel,entrance fees etc..(kami kat sana dr pkul 10 a.m to 3 p.m ja..dh rasa puas jd kaya skejap)
Jalan2x area maafushi beli sourvenir:Mohana Shop sbb murah & bleh tawar mnawar sambil snyum. Dinner fried rice at House Of Blue at 80Mvr
Day 4 (Sabtu 8 Sept 2018)
Buffet Breakfast at House Of Blue
Lunch fried rice at House Of Blue 10mvr
Maafushi to Airport by Speedboat 25 usd
Ice cream + smoothies = 5 usd
Velana International Airport to KLIA2
(9.20 pm- 5.00 a.m)
Nota Kaki
1. Trip ke Maldies ni kami pergi berempat. Setiap kos yg dinyatakan dia atas adalah kos utk per person.
2. Sepanjang di Maldives, kami menginap di Salt Beach Hotel at Maafushi Island.Itu rate paling rendah & saya book melalui booking.com. Sangat berpuas hati dgn servis, location & staff. Tanya je apa2x soalan mereka akan sedaya upaya cuba membantu.
3. Trip kali ni xbeli sim card pun. Decide utk guna wifi hotel spenuhnya. Alhamdulilah, mmg sangat laju.
4. Wlupun sebelum ni bnyak baca negatif review drpd blog. Kami ttp Ambik private island excursion sebab private island lagi cantik dan superb dari public island. Mcm rugi plak dh sampai sana xamik pakej pg private island. Mmg superb & awesome view . Sangat2x berbaloi. Ada bnyak pilihan utk private beach excursion, bleh pilih ikut bajet masing2x.
5. Makanan halal senang cari sebab negara muslim so tidak ada masalah di Maldives. .Kalau nak save budget boleh bawak makanan dari Malaysia.Saya tak bawak apa-apa kali ni just nak santai & plan semua makan kat sana. Breakfast masuk hr ketiga tekak dh rsa muak makan capati.
6. Secara keseluruhannya, abam bleh bg rate 9/10 utk trip kali ini. Benarla bagai dikata..Maldives punya view & pantai mmg awesome.
Total keseluruhan perbelanjaan adalah RM 1853. Tak termasuk shopping sourvenir yer.
P/s: xkisahla korang travel cra mana pun, backpack @ tarik beg waima beg bergerak sendiri pun, yg penting ikut bajet & keselesaan masing2x & kita happy ngan trip tersebut. Abam share ni bkan nak buat comparison ” trip yg plg jimat di dunia utk ke Maldives”..sekadar berkongsi utk bacaan & rujukan bsama. Tq all & gud bye Maldives ❤
will see you next year (eh, tetiba)
Syukriah + Marhabah
Sumber: FB Mohd Azuan Ariffin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cikgu Ini Kongsikan Tip & Panduan Terbang Ke Sabah Dari Semenanjung Ketika Normal Baru
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
(SEBELUM)
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
(SEMASA)
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
(SELEPAS)
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
- Kebetulan beberapa hari selepas MKN Negeri Sabah telah keluarkan notis mengenai kebenaran masuk ke Sabah dengan syarat mendapatkan surat pengesahan doktor dalam masa 3 hari ATAU wajib kuarantin selama 14 hari. Terpaksa memilih untuk buat Swab Test di KKIA & kuarantin sebab tak sempat nak dapatkan pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan (KK) ataupun Hospital di Semenanjung.
- Kalau menginap di hotel sebelum bergerak balik ke tempat bertugas, pastikan buat tempahan sedia dan maklumkan pada pegawai masa interview tu nama hotel anda. Tarikh kuarantin hanya bermula bila anda sampai di tempat bertugas.
- Jangan terkejut Airport dah tak nampak macam Airport dah.. Nampak macam pusat rawatan /make-shift hospital untuk zon perang. Sesungguhnya kita tengah berperang melawan Covid-19!
- Terima kasih pengurusan Penang International Airport (TERUTAMANYA receptionist AirAsia bernama En Fareedil Athras Bin Sohilli yang SANGAT BAIK HATI yang bukan sahaja untuk tolong semak dokumen & bahkan tolong cetak segala dokumen bagi memastikan perjalanan lancar -TIP TOP HOSPITALITY! – semoga Allah limpahkan dan berkati rezeki tuan), KKIA, Immigration (betullah orang kata imigresen Malaysia memang paling friendly lembut tutur kata tetapi tegas *nora bagi 5 bintang*) & KKM Sabah dan semua agensi yang terlibat. Walaupun ramai orang TATAP layanan sopan santun, ramah, sistematik diberikan. Boleh nampak senyuman ikhlas frontliners, backliners, sideliners dari lirikan mata mereka. Memang first class! Onsoii!
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perhentian Kecil Hanya Untuk Si Bujang? No! No! Ini Tip Bawa Keluarga Bercuti Sambil ‘Bermimpi’ Di Perhentian Kecil
Waktu yang ideal untuk kembali masuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Pulau-pulau disekitar Terengganu boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Apa lagi, anda boleh mula merancang awal untuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu ini dengan segera.
Terletak 21 km dari pesisir pantai Terengganu anda boleh memilih untuk bercuti ke Pulau Perhentian yang terbahagi kepada dua bahagaian pulau iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘orang bujang’ kerana lokasinya yang lebih seronok untuk berhibur. Tetapi jika anda ingin membawa keluarga bercuti di Perhentian Kecil, tidak menjadi satu masalah. Ini perkongsian daripada Azwandi Kamarudin yang membawa keluarganya menginap di Perhentian Kecil.
Meh saya ceritakan sedikit pengalaman ke Pulau Perhentian selepas PKP/B berakhir ni.
JETI KUALA BESUT
Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut, Terengganu yang bersempadan dengan Pasir Puteh, Kelantan. Nak ke Jeti Kuala Besut, boleh naik flight ke Kota Bharu. Dari Airport KB, boleh ambil teksi/grab ke Jeti Kuala Besut. 1 jam perjalanan sahaja. Untuk trip kali ini, saya bersama keluarga bergerak dari kampung halaman saya di Pengkalan Kubor menuju ke Jeti Kuala Besut selama 1jam setengah. Negara dunia dah jejak, Perhentian yang dekat tu juga belum pernah pergi. Akhirnya…
BOAT TRANSFER
Setakat yang saya cari, harga biasa boat transfer untuk pergi balik ialah RM70/orang. Kalau ramai, mungkin boleh dapat RM60/orang. Beberapa hari lepas saya ada terbaca kisah seorang akak ni dapat harga RM50/orang boat transfer. Terus saya guna servis speedboat ni yang diuruskan oleh Awatif Cafe.
Waktu operasi bot yang diuruskan Awatif Cafe seperti berikut ;
- Pergi : Bila-bila masa bermula jam 9am hingga 3.30pm.
- Balik : Hanya tiga masa yang telah ditetapkan sahaja iaitu jam 8am, 12pm dan 4pm.
- Deposit : RM20/orang dibayar sebelum tarikh pergi.
- Perjalanan mengambil masa 30-45minit.
Tips tambahan :
- Untuk anak muda yang berjiwa kental, tak ada masalah untuk naik speedboat. Kalau untuk orang tua, kena berhati-hati juga sebab kelajuan speedboat ni boleh tahan. Tercabut pinggang.
- Kalau takut dengan hempasan bot, sila duduk dekat dengan pemandu bot. Kalau duduk di hujung bot, boleh sakit pinggang terutamanya untuk orang-orang tua. Lambungan botnya macam naik spaceshot.
PENGINAPAN
Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kebiasaannya, Perhentian Besar sangat sesuai untuk famili kerana lebih tenang manakala Perhentian Kecil untuk muda-mudi. Untuk trip kali ini, saya datang dengan famili tetapi memandangkan pelancong tak ramai musim Covid19 ni, saya memilih untuk menginap di Perhentian Kecil. Di Perhentian Kecil pula, ada beberapa kawasan penginapan. Anda boleh pilih nak menginap di Long Beach atau Coral Bay. Kami sekeluarga memilih untuk menginap di Mimpi Perhentian Resort, Long Beach.
Kenapa?
- Resort ini baru dibuka.
- Lokasinya paling dekat dengan jeti Long Beach.
- Family friendly.
- Kemudahan yang lengkap dengan kolam renang.
- Ada bilik mengadap laut.
- Bilik berhawa dingin.
Mahal? Ya, agak mahal. Menurut pekerja di resort tersebut, resort ini kebiasaannya pilihan pelancong asing. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Tetapi impak Covid19, resort ini ditutup kepada pengunjung sejak PKP dan resort memberikan harga promo kepada tetamunya. Kesemua bilik berhawa dingin dan ada dua pilihan bilik iaitu Ocean View atau Hill View. Semestinya kadar bilik Ocean View lebih mahal. Ketika PKPP ini, tiada buffet breakfast disediakan tetapi resort akan meminta kita memilih menu pilihan yang telah disediakan.
MAKANAN
Di sepanjang Long Beach, terdapat banyak gerai makan dibuka. Harga mungkin dua kali ganda dari harga di tanah besar. Maklumlah, nak bawa semua bahan mentah ke pulau ini, bukannya senang. Saya ambil contoh, nasi goreng berharga dari RM10-RM20. Yang mahu menikmati bbq, kebanyakan gerai menyediakan bbq pada waktu malam.
AKTIVITI
Seperti kebiasaan pulau, pasti ada pakej snorkeling, island hopping dan sebagainya. Pulau Perhentian sangat terkenal dengan aktiviti menyelam. Memandangkan ini trip dengan famili untuk santai-santai sahaja, kami tak ambil pun pakej tersebut. Cukuplah dengan mandi laut di hadapan resort dan dapat melihat ikan yang sangat banyak berdekatan jeti.
Aktiviti lain yang kami lakukan:
- TREKKING KE CORAL BAY – Mengambil masa dalam 15-20 minit ke Coral Bay untuk melihat sunset. Namun sayang, sewaktu kami pergi, awan tebal menutupi sang matahari.
- HIKING KE KINCIR ANGIN – Untuk orang biasa macam kami, pendakian mengambil masa 20 minit. Hanya 5 minit pertama perlu lebih-lebih berhati-hati kerana sedikit curam. Namun pendakian seterusnya sangat mudah kerana sedikit landai. Pakailah kasut yang sesuai. Setibanya di sana, anda boleh melihat pemandangan yang sangat cantik dan perlu menuruni tangga besi. Tapi sayang, tempat yang boleh dijadikan tarikan pengunjung tidak diselenggara dengan baik dan boleh menyebabkan kemalangan. Isu keselamatan perlu dititikberatkan oleh pihak berwajib. Banyak tangga yang sudah berkarat dan tidak diganti. Namun, anda tidak perlu sampai ke tangga ini untuk menikmati kecantikan pulau. Cukuplah sampai ke kincir angin tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI