• 12.9K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    12.9K
    Shares

Apa tu kuari?
Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.

Video letupan di kuari

Image result for quarry mines

Batu kapur digali dari bawah. Agak² saiz macamni punya lombong, berapa dalam tu dari dasar?


Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.

Asal Tasik Kuari
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.

Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.

Image may contain: text

Papan amaran ni di luar negara. Lebih kurang sama lah di Malaysia.


Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk. 

Tarikan Tasik Kuari Biru
Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:


Kompilasi video dron 5 tasik biru di Malaysia:

5 TASIK KUARI WARNA BIRU CANTIK di Malaysia dari rakaman drone…

Video dron 5 TASIK KUARI WARNA BIRU CANTIK di Malaysia. Cantik, tapi dalam & berbahaya.Baca lagi http://www.libur.com.my/tasik-biru-terlarang-johor-bahru/#libur #tasikbiru

Posted by Majalah Libur on 20hb Julai 2017

 

Tasik Biru Bukit Ibam (dipercayai sekitar 40m dalam)Ini antara tasik kuari terbesar dan terdalam diketahui. Air dia memang biru tambahan datang waktu tengahari terik.

Air jernih biru kehijauan   Semua Foto: commoncourtesy28

 

Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang (banyak kawah)

Jernih biru kehijaun air, tayar serta sampah.    Foto: arzmoha

Image result for blue lake Guar Petai
Tebing sahaja dah cukup tinggi. Hati-hati kalau pergi kuari.   Foto: tehobenglimau

WEN_5970

Tinggi gayat tapi cantik. Risiko sendiri, berhati-hati.    Foto: subtlevisual

WEN_6148
Tasik ni mungkin paling unik sebab kawah yang banyak   Foto: subtlevisual

 

Tasik Biru Kangkar Pulai (dalam)
Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu?   Foto: boon.z james

 

Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru


Tebing tinggi. Kemudian korek lagi sampai ke dasar. Agak² berapa dalam tu?   


Betul biru hijau. Tanpa kesan khas.

Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013. 

 

 

Tasik Biru Marang (besar & dalam)Image result for Tasik Biru rusila
Foto: kakikusukaberjalan

Related image

Ni cuma sebahagian kecil tasik. Ada lagi sebelah sana yang besar.   Foto: kuih_siput

Related image

Bahagian tasik yang besar boleh tengok di video.   Foto: ceknabb

 

Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah

Image result for Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah

Air di sini mungkin belum naik paras tinggi. Kalau paras tinggi, orang Kedah kata hapuih   Foto: kedahnews

Related image
Foto: kedahnews

 

Kecantikan dari kemusnahan
Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: