Anda tidak perlu ke kawasan pedalaman Pahang bagi menikmati hidangan tradisional seperti Ikan Patin , Nasi Kebuli, Sambal Hitam, Daging Opor, Daging Singang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram, dan Hati Ayam Kacang Panjang Sambal.

Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!
Nasi Kebuli

 

Hidangan ini termasuk dalam hidangan bufet mewah di Coffee Terrace di Genting Grand, Resorts World Genting. Ia sebahagian daripada promosi makanan Pahang bermula dari 8 hingga 17 Disember 2017 ini. Tersedia pada waktu makan tengahari dan makan malam secara bufet, ia hanya RM48 bagi dewasa dan RM24 bagi kanak-kanak untuk bufet makan tengahari, manakala  RM82 dewasa dan RM41 kanak-kanak untuk bufet makan malam.

IKLAN

Makanan lain seperti keropok lekor, keropok ikan, keropok udang, kerabu daging, kerabu pucuk paku, juga disediakan. Terdapat dua pilihan sup tulang rusuk dan sup Kambing berempah,  dan pengunjung juga boleh menikmati ayam golek bermadu atau kambing bakar.

Puding di Raja, pencuci mulut yang dulunya dikhaskan hanya untuk pembesar juga disediakan. Dibekalkan sejuk, ia menawarkan rasa gabungan pisang, ceri, prun dan kacang methew. Ia dihias dengan Jala Mas, benang emas yang diperbuat daripada kuning telur itik dan gula. Selain itu, pemanis Kueh Lompat Tikam, Sira Labu dan Pengat Nangka juga dalam menu.

IKLAN

“Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!” dipromosikan sempena Tahun Melawat Pahang 2017 & 2018. Acara penting dalam kalendar negeri diraikan sempena kejayaan Pahang  sebagai destinasi percutian popular yang telah menarik lebih daripada dua juta pelancong dari seluruh dunia untuk tahun ini sahaja.

IKLAN

Bagi mencipta suasana unik Pahang, artifak Muzium Persekutuan Pekan akan ditempatkan di Coffee Terrace oleh Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid bin Abdul Jalal. Empat belas artifak asli dari muzium akan dipamerkan, termasuk cetakan tradisional yang digunakan untuk membuat kuih dan pelbagai peralatan dapur tradisional.

Bufet boleh didapati jam 12 tenghari-2.30 petang atau jam 5 petang hingga 9.30 malam.

Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI