Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau. Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Terkini – Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tembakan Solat Jumaat di Christchurch, New Zealand

Difahamkan juga, anak mangsa yang berusia 17 tahun turut berada di dalam masjid sama. Namun, status remaja itu masih belum diketahui.  Justeru, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berada di dalam kediaman masing-masing.

Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini, mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh. Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah.

IKLAN

Terkini – Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tembakan Solat Jumaat di Christchurch, New Zealand

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu. Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.

Len Peneha, yang tinggal berjiran dengan masjid itu berkata, lelaki bersenjata itu kemudiannya dilihat keluar dari masjid dan menjatuhkan senjatanya di hadapan rumahnya sebelum berlalu pergi. Peneha kemudiannya turut pergi ke masjid itu untuk menghulurkan bantuan.

IKLAN

“Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku. Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, dia membantu memberi rawatan kepada lima mangsa di rumahnya. Seorang daripadanya mengalami kecederaan ringan.

“Saya sudah lima tahun tinggal disebelah masjid ini. Penduduknya selama ini sangat baik, sangat peramah. Saya tak faham bagaimana ini boleh terjadi.”

IKLAN

Kata Peneha, lelaki bersenjata itu berkulit putih dan memakai topi keledar yang mempunyai alat di atas kepala, seakan-akan seperti anggota militari.

Terkini – Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tembakan Solat Jumaat di Christchurch, New Zealand

Terbaru, New Zealand Herald melaporkan terdapat kejadian tembakan kedua di satu lagi masjid di bandar raya itu, iaitu di Masjid Linwood. Saksi memberitahu Herald, terdapat lima das tembakan dilepaskan dan seorang jemaah solat Jumaat dilihat turut membalas tembakan dengan menggunakan senapang. Pihak polis masih mengadakan siasatan bagi mengenal pasti angka korban sebenar. Dalam sejarah New Zealand, hanya terdapat sejumlah kecil kes tembakan berlaku di negara ini.

Sumber: Astro Awani  Sumber Foto: Google Image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI