Persoalan yang selalu bermain dalam kepala lebih-lebih lagi saat-saat akhir sebelum nak siap packing beg. Yela, toiletries ni beg kecik dan side item berbanding barang-barang keperluan penting yang lain.
Tapi, FYI, kalau tak ada toiletries ni, baru tahu erti penyesalan. Sebab dalam toiletries ni la ada semua kelengkapan kebersihan diri macam sabun mandi, shampoo, ubat gigi, dan macam-macam lagi benda lain. Pssttt.. Kalau tengok perempuan punya barang, anda akan faham la. Toiletries dia boleh bukak kedai runcit.
Barang yang terlalu banyak dalam toiletries pun tak sesuai juga untuk travel tau sebab memberatkan beg. Nak buat apa bawa banyak barang kalau kadar nak pakai pun tak la sebanyak mana.
Jadi jom Libur kongsikan items dan tips kepada anda apa barang dalam toiletries yang just nice untuk anda bawa:
??Berus gigi, ubat gigi, flos, cecair mulut
??Berus atau sikat rambut, ikatan rambut, barrettes / pin bobby
??Deodorant
??Shampoo and conditioner
??Pelindung matahari dan muka dengan SPF
??Alat solek yang diletakkan didalam satu beg/wristlet
??Pembersih muka, makeup remover dan q-tips
??Pelembap / Losyen waktu malam
??Balm bibir dengan SPF dan lipstik atau lip gloss
??Barang kebersihan diri
??Produk kebersihan feminin
??Ubat dengan label supaya anda boleh isi semula jika diperlukan
??Cologne / minyak wangi
??Cermin kecil
??Produk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggut
??Sedikit sabun basuh baju
??Kit pencukur dan pisau cukur tambahan
??Kit jahit / penjagaan pakaian, penghilang kotoran
??Tisu muka atau tisu tandas
??Travel Towel
??Gunting, gunting kuku, dan pinset
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Buat ‘Newbie’ Nak Panjat Gunung Kinabalu. Worth It!
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia juga di Asia Tenggara. Permukaan asalnya terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan antara lapan hingga 12 juta tahun dahulu sehingga akhirnya mendedahkan permukaan batuan pluton yang lebih tegar.
Disebabkan faktor Gunung Kinabalu telah diiktiraf sebagai puncak tertinggi di Asia Tenggara selain tahap pendakian yang dikatakan jauh lebih sukar berbanding gunung-gunung lain, maka ia telah menarik minat ramai pendaki. Tidak kira pendaki berpengalaman dan juga mereka yang baru berjinak-jinak mendaki menanam impian untuk menawan Kinabalu.
Untuk anda yang baru pertama kali ingin menawan Gunung Kinabalu, ini ada tip serta pengalaman berguna buat anda yang dikongsikan pengguna sosial media. Selamat mendaki!
Tips Panjat Gunung Kinabalu.
1. Permit/Lesen dari Travel Agensi harga antara RM350- RM390. (Boleh survey sebab ada banyak harga) Pakej termasuk Tour Guide, Permit, Tiket masuk Kinabalu Park,Insurans, Penginapan, Sajian (2 x Sajian), sajian ini disediakan oleh pihak hotel di Laban Rata.
2. Sepanjang mendaki setiap 1 KM ada pondok untuk berehat, siap dengan toilet yang bersih dan ada sumber air.
3. Line telefon juga ada di sepanjang laluan sehingga ke puncak.
4. Pernah dengar trek bertangga? Bukan semua ya kawan-kawan. Tengok gambar yang saya beri tu. Meleset sangkaan saya pada awal nya. Haha!
5. Biasanya akan sampai di Laban Rata pada jam 3 petang. Kalian boleh rehat, mandi, solat di dorm yang disediakan. Satu dorm 14 orang. Saya masak air untuk mandi, sebab terlalu sejuk. Dah selesai semua boleh la makan di café yang disediakan.
6. Jam 2 pagi dah perlu bersiap-siap dan sarapan di Café. Wajib makan untuk tenaga. Selesai taklimat dan bacaan doa tepat jam 2.30 kumpulan pertama akan dilepaskan.
7. Mesti mendaki slow-slow dan jangan gopoh itu petuanya. Ingat situasinya, udara sangat sejuk, jalan licin, gelap hanya dengan bantuan headlamp, dan hanya terdapat beberapa tali sahaja di sepanjang pendakian.
8. Untuk mudahkan pendakian. Ini senarai peralatan yang saya bawa.
- Beg Pack (Saiz Sederhana) – Kalis Air ( Jika ada, kalau tiada beli plastik dan cover bahagian luar beg kita). Jimat.
- Baju Sejuk Waterproof (tebal), jangan guna sweater dan jangan terlalu tebal nanti susah bergerak. Untuk jimat space. Ikat baju sejuk di pinggang semasa mendaki.
- Glove Waterproof –Glove waterproof sangat membantu untuk make sure tangan tak basah dan jari mengecut. Banyak guna tenaga tangan semasa nak mendaki. Tali yang digunakan untuk mendaki biasanya basah sebab cuaca yang selalu hujan dan lembap.
- Baju Hujan – Beli yang nipis pun cukup. RM2 di supersave.
- Head Lamp –Digunakan semasa mendaki ke puncak dari tapak Laban Rata. Perjalanan mendaki pada jam 2.30 pagi.
- Tongkat khas mendaki – Membantu semasa mendaki dan menuruni gunung. (Sewa RM 10.00)
- Mask/Snow Cap – Bagi melindungi telinga dan hidung semasa mendaki. Suasana yang terlalu sejuk akan buat kita tak selesa.
- Kasut Hiking – Seeloknya yang bertapak kasar dan grip ( Saya pakai kasut sukan je, jangan terlalu besar dan terlalu kecil. Wajib pilih yang selesa. Kasut bata pun ok dik).
- Berus Gigi – Travel Pack ( Bawak tau sebab walaupun sgt sejuk beku kat atas tu kita tetap akan mandi dan nak kena bersihkan diri untuk solat)
- Tisu Basah – Bawak la yang peket kecil sbb kat atas tu sejuk so kalau nak lap-lap tangan senang sikit.
- Ubat sapu/ Spray Otot – Persediaan jika krem kaki dan disapu sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi esok nya.
- Super Food – Saya bawa 1 botol 100plus kecil, 1 botol mineral, coklat yang banyak.
Sebab tak selera nak makan nasi sepanjang perjalanan. Kita makan heavy meal semasa sampai kat hotel je, sangat berbaloi.
# Ada juga pakej yang sediakan sekali dengan tiket flight. Boleh survey ok.
Jika kalian perlukan kemudahan pengangkutan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pintu Timpohon Gate (Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu) kalian boleh maklum pada TA dan mereka akan sediakan kenderaan. Kalian perlu mula mendaki sebelum jam 10 pagi. Jika lambat pintu akan ditutup.
Bonus Tips
- Buat Oksigen Training 2 minggu sebelum mendaki bagi mengelakkan berlakunya Kekurangan Oksigen @ AMS semasa sedang mendaki. Banyakkan training panjat bukit atau tangga yang tinggi. Semasa mendaki ambil nafas dalam-dalam sekerap mungkin untuk kurangkan risiko AMS.
- Sebelum naik mesti set minda untuk sentiasa positif dan ada sikap untuk cabar diri. Jangan give up dan mendaki slow-slow. Jangan risau Malim Gunung akan sentiasa berada dekat dengan kumpulan pendaki.
- Enjoy Your Trip dan Jangan Malas Amik Gambar kita mungkin tak ada peluang dah untuk naik lepas ni. Last sekali, Doa Usaha dan Tawakal, Berdoalah agar trip kalian nanti dipermudahkan dan dilindungi.Aaminn.
Sekian! Senang je. So dah boleh plan dengan kawan-kawan. Yang penting enjoy the view dan jaga keselamatan.
Sumber: FB Zalina Zainal
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penipuan Ini Sering Berlaku Kepada Pelancong Yang Ingin Membeli-Belah Di Guangzhou. Hati-Hati!
Guangzhou memang terkenal dengan ‘syurga’ beli belah tapi awas, hati-hati dengan taktik penipuan ini.
Ramai peniaga di Malaysia yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka dengan membeli produk dari China. Namun, penipuan atau scammer yang melibatkan jual beli barang dan duit palsu di sana kian menjadi-jadi. Tersilap langkah, anda boleh kerugian besar dalam urusan jual beli. Menerusi perkongsia seorang wanita rakyat Malaysia di laman sosialnya, dia berkongsi taktik penipuan peniaga di Guangzhou, China untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Penipuan di Guangzhou. (Berhati-hati sebelum terkena)
- Jika di plaza borong, akan ada yang akan jerit “change money, change money”. Tolong jangan tukar duit di situ (duit palsu sangat-sangat banyak).
- Kalau ada yang ajak naik ke bilik kebal “go my office”. Jangan ikut kalau berseorangan. Nasib tak baik dia paksa beli, kalau tak beli dia tak bagi keluar dari bilik kebal tu.
- Naik teksi pasti seorang duduk di depan. Sebelum bayar tambang teksi pastikan check dulu duit kita. Lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul-betul. Kadang-kadang dia tukar duit palsu. Dia akan mintak kita bagi duit lain, pastu dia akan ulang-ulang. (Kalau ada wechat Pay lebih baik) Download Apps Didi (Register guna kad kredit tak pon maybank debit card).
- Kalau di mana-mana plaza borong jumpa orang nak mintak derma buat masjid, jangan bagi. Itu sindikit. Masjid tu tak pernah siap dari 2013.
- Lagi satu, kalau jumpa orang nak jual telefon secara sorok-sorok, laptop, atau ipad jangan beli. Nanti dia swap dengan dummy set.
- Kalau jumpa orang jual makanan atau manisan macam kuih bepang, jangan tanya banyak-banyak, kecuali jika ingin beli. Kalau dia dah potong wajib beli.
- Naik teksi pastikan dia pakai meter dan mintak resit.
- Kalau di plaza-plaza borong ada orang-orang mintak sedekah pastikan jangan bagi banyak-banyak. Nanti mereka datag lagi ramai-ramai.
- Di plaza-plaza borong juga nanti ada orang jual paip air, mesin masssage, mancis api, jangan beli sebab banyak barangnya kualiti tak bagus. Harganya juga mahal.
- Jangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa. Tinggi chance dapat duit palsu (contoh hari ini rate RM1.65, tiba-tiba dia bagi RM1.70).
- Jangan beli telefon yang dijual secara sorok-sorok.
- Beli barang kalau tak banyak check depan supplier (lambat asal selamat).
Sikit pesanan peribadi. Beli luggage secukup, jangan tumpang-tumpang luggage orang lain. Kalau terlebih kilogram, tambah luggage kilo di website. Bayar. (kalau tak mahu org mengata). Passport jaga baik-baik jangan sampai hilang.
Sumber: Nur Syawaludin / News Alert
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Masa Yang Sesuai Nak Melancong Di Malaysia?
Perkara ini terlintas di fikiran bila melihat ramai juga kawan-kawan yang pergi melancong waktu-waktu off season. Jadi saya terfikir, ohh mungin mereka tidak tahu atau baru nak mula backpack.
Jadi, saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai season backpack yang sesuai di Malaysia. Kalau ada otai-otai diluar sana yang lebih expert, boleh kita bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.
1. Cuaca di Malaysia adalah beriklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
2. Suhu cuaca juga adalah sederhana lebih kurang 30 darjah Celcius setiap hari.
3. Walaupun begitu, Malaysia menghadapi dua musim perubahan cuaca yang besar iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
4. Monsun Timur Laut dikenali sebagai off season manakala Monsun Barat Daya dikenali sebagai on season.
5. Artikel sebelum ini telah menjelaskan mengenai kedua-dua monsun atau season tersebut. Klik di sini untuk ke artikel tersebut.
6. Namun, masih menjadi trend pelancong domestik untuk bercuti ketika off season.
7. Tidak salah untuk bercuti ketika off season di Malaysia tetapi banyak agenda menarik yang boleh dilakukan sewaktu percutian mungkin tergendala akibat hujan.
8. Faktor keselamatan lebih berat jika beraktiviti ketika off season.
9. Memang benar, majoriti rakyat Malaysia banyak menghabiskan cuti hujung tahun.
10. Menghabiskan cuti hujung tahun sudah menjadi tradisi turun-temurun kepada semua rakyat jelata kerana hujung tahun juga jatuh musim cuti sekolah.
11. Jadi, bilakah masa yang sesuai kalau sekadar ingin bercuti dalam negara?
12. Masa yang terbaik adalah sekitar bulan Mac ke October.
13. Cuba elakkan bulan November dan Disember kerana waktu itu adalah waktu musim hujan yang teruk.
14. Banyak kawasan peranginan di pulau-pulau, kawasan hutan lipur dan kawasan pantai di Semenanjung terpaksa ditutup atas faktor keselamatan para pelancong.
15. Sekiranya anda ingin ke Sabah, masa yang sesuai adalah di pertengahan bulan Mei.
16. Anda boleh berkunjung ke tapak-tapak festival kerana Sabah sedang meraikan Pesta Kaamatan ketika itu.
17. Bagi yang ingin ke Sarawak, bulan Jun adalah yang paling baik kerana Pesta Gawai akan berlangsung di sana.
18. Jadi cuba adjust masa yang terbaik untuk anda keluar bercuti supaya tidak dilanda kemurungan akibat cuaca.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI