Sekarang kita dah masuk musim tengkujuh. Dijangka musim tengkujuh ni berlarutan daripada bulan Oktober sampai Mac.

Hujan lebat biasa turun waktu petang atau malam dan musim tengkujuh ni kebetulan kena pada tarikh cuti sekolah, cuti panjang hujung tahun.

So Libur nak share tips macam mana nak plan percutian dalam musim hujan macam sekarang. Mula-mula sekali, planning ni ada tiga fasa; sebelum, semasa dan selepas.

Sebelum

1. Kaji dulu kawasan percutian mana yang korang nak pergi. Ada kawasan-kawasan yang tak available dalam cuaca sekarang.

Contoh macam pulau-pulau di Pantai Timur, semua kawasan ditutup sampai musim tengkujuh habis.

2. Aktiviti atau itinerary bersesuaian mengikut cuaca. Contoh korang nak sightseeing, jangan la pergi time hujan, rugi.

3. Check ramalan cuaca di Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Pergi website diorang – boleh click di sini.

Boleh check ramalan cuaca untuk daerah yang korang nak pergi bercuti dan MET Malaysia biasa akan bagi ramalan cuaca untuk tempoh 7 hari awal.

4. Check equipment korang. Apa peralatan yang korang kena bawa?

Perlu ke bawa baju hujan? Baju hujan atau payung lagi sesuai? Itu semua bergantung kepada aktiviti yang korang nak buat.

Jangan lupa, pakaian dan kasut tu sesuai ke tak? Orang kampung Libur kata when you pray for the rain, you gotta be ready for the mud too. Haa macam tu la bidalan dia.

Semasa

1. Sampai lokasi percutian, check faktor muka bumi – kawasan lapang, sungai dan tebing sungai, pokok, permatang, cerun.

Kalau korang bercuti di kawasan bandar, Libur rasa tak ada masalah sangat sebab ada banyak port korang boleh lepak berteduh dekat situ.

Libur nak tekankan untuk yang suka bercuti di rural area macam kawasan pendalaman atau kawasan hutan. Contoh, pergi bercuti di kawasan air terjun atau korang ada trip mancing.

2. Ambil tahu tanda-tanda kepala air. Sebelum kepala air datang, dia akan datang beberapa tanda macam air berubah jadi keruh dan berbuih, ranting kayu hanyut.

Itu semua tanda-tanda awal kepala air bakal menyusul.

3. Periksa tapak perkhemahan. Ada tak pokok tua dekat situ?

Pokok tua ni kalau angin kencang atau hujan, dahan dia rapuh dan mudah patah. Takut nanti terhempap kepala, benjol dahi.

Selepas

Jangan ingat dah nak balik, risiko kemalangan tak ada ya. Risiko ada di mana-mana, so jangan galak.

Make sure jangan tinggal apa-apa bekas atau sampah di kawasan tu. Double check semua equipment supaya jangan ada yang tertinggal.

Kita baru saja lepas cipta seribu kenangan sewaktu percutian dan tak nak la seribu kenangan tu end up dengan kisah sedih.

So be safe bila korang dalam perjalanan nak balik ke rumah. Jangan terburu-buru, just chill je.

Ya, kemalangan ni ketentuan takdir. Tapi sebagai manusia, itu bukan asbab kita nak terjah semberono je.

Kita kena ambil tanggungjawab untuk kurangkan risiko kemalangan supaya sama-sama dapat menikmati percutian yang enjoy!

Ingat satu pesan Libur – Be a professional traveler!

p/s: Kalau panjat gunung atau masuk hutan, Libur suka bawa beg plastik sampah hitam tu. Selain letak sampah, boleh juga letak barang kita daripada basah terkena air. Nak bungkus backpack pun boleh.

Tinggalkan Komen