•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sekilas Tentang Panduan Pelancong Muslim:

Untuk memuat turun salinan panduan pelawat tersebut, layari laman www.halaltrip.com atau www.australia.com dengan versi cetakan boleh didapati daripada agensi-agensi pelancongan.

Kajian paling komprehensif dikeluarkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2015, oleh CrescentRating dan MasterCard menunjukkan pada 2014, pasaran pelancongan halal bernilai 145 juta dolar dengan sejumlah 108 juta pelancong Muslim yang mewakili 10% daripada keseluruhan ekonomi pelancongan. GMTI untuk 2015 menunjukkan Australia berada pada kedudukan ke-13 dalam senarai bukan destinasi-destinasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ketua Pegawai Eksekutif HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata, “Australia kekal sebagai destinasi menarik buat para pelancong Muslim di rantau ini kerana ia menawarkan pengalaman berbeza dan sangat unik terutamanya hidupan liar, landskap urban dan gabungan budaya. “Kami cukup gembira dapat memainkan peranan dan berkerja di samping Tourism Australia dalam menghimpunkan informasi untuk buku panduan ini yang bakal menjadi sumber utama bagi meningkatkan pengalaman buat mana-mana pelancong Muslim yang melawat negara ini.”

Panduan tersebut menyediakan maklumat lokasi dan pengalaman-pengalaman menarik di lapan buah negeri dan wilayah utama di Australia iaitu Australian Capital Territory, New South Wales, Northern Territory, Queensland, Tasmania, Victoria, Western Australia dan South Australia. Ia juga menyentuh tentang masjid berhampiran dan tempat menunaikan solat di setiap negeri dan senarai lokasi-lokasi makanan halal terbaik di rantau tersebut yang menampilkan pengaruh Turki, Selatan Asia dan Timur Tengah yang masih-masing diiktiraf CrescentRating.

“Kami berasa gembira berkerjasama dengan HalalTrip, peneraju berwibawa berkaitan pelancongan halal dalam menghasilkan panduan berinformasi khas buat para pengembara Muslim. Gabungan menarik penghijrahan manusia dan budaya dari serata dunia ke Australia telah mewujudkan sebuah negara dengan masyarakat yang pelbagai dan bersemangat dan ini membantu mengalu-alukan lebih 850,000 pelawat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia sehingga tahun berakhir bulan Jun 2015. Daripada pasaran-pasaran ini, kami mendapati pelancong-pelancong Muslim merupakan segmen yang signifikan dan panduan ini pasti akan membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya percutian di Australia. Di samping cadangan-cadangan tentang pengalaman percutian menakjubkan di seluruh negara, panduan ini juga memberikan informasi penting mengenai fasiliti yang diperlukan para pelancong Muslim. Panduan ini boleh dimuat turun dari www.australia.com atau www.halaltrip.com yang membolehkan para pelawat memperoleh akses mudah untuk mendapatkan informasi walaupun mereka sudah berada di Australia,” kata Michael Newcombe, Pengurus Besar Serantau, Selatan/Asia Tenggara dan Negara Teluk, Tourism Australia.

Hari ini, pasaran pelancongan Muslim merupakan antara sektor yang berkembang pesat,  dianggarkan bernilai lebih 200 juta dolar menjelang 2020 dan Autralia berminat mengambil kesempatan ini berdasarkan rangkaian-rangkaian rapat dan posisi geografinya di Asia Tenggara.

Tourism Australia dan HalalTrip menghimpunkan segala informasi yang diterjemahkan dalam bentuk panduan berbahasa Inggeris setebal 68 muka surat itu. Kini, panduan tersebut diedarkan kepada agensi-agensi pelancongan dan rakan kongsi di rantau ini. Sementara itu, format digital boleh dimuat turun menerusi laman www.australia.com dan www.halaltrip.com.

Panduan Pelancong Muslim ke Australia edisi terbaharu ini memfokuskan kepada memenuhi keperluan para pelancong Muslim-dengan membantu mereka meneroka lokasi-lokasi terbaik untuk dilawati, membeli-belah, menjamu selera dan menunaikan solat. Panduan yang bertajuk “Explore Australia from Unique Wildlife to Urban Wonders” (Terokai Australia dari Keajaiban Urban dan Keunikan Hidupan Liar), menampilkan kepelbagaian landskap dan keunikan Australia merentasi lapan buah negeri dan wilayah merangkumi aspek kebudayaan, populasi, iklim, geografi dan sejarah.

Tourism Australia baru-baru ini telah memperkenalkan panduan pelawat terbaharu bagi menarik minat serta meningkatkan pengalaman percutian buat pelancong Muslim, terutamanya yang datang dari Asia Tenggara, ke Australia.

Panduan setebal 68 muka surat

Liputan merangkumi tarikan dan pengalaman membeli-belah di lapan negeri dan wilayah-wilayah utama di Australia

Senarai masjid dan restoran-restoran halal terbaik di setiap negeri

Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris

Boleh didapati dalam versi cetak dan muat turun secara percuma dalam bentuk e-book (www.halaltrip.com atau www.australia.com)

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

POST BERKAITAN

Pelancaran Destinasi Baharu Scoot di Malaysia

2017-08-09 11:38:53
putri-adila

18

Pelancaran Panggung Utama MBO Starling

2017-07-18 12:14:51
putri-adila

18

SSPA LANCAR STRATEGI PEMULIHARAAN JERUNG & PARI

2017-07-08 15:30:23
mohd-zulfadli

18

Pelancaran Karnival Jualan Mega Malaysia

2017-07-04 14:34:38
putri-adila

18

ITENERI
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Instagram

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: