Selepas fenomena bunga sakura ala Jepun, jerami padi ala Texas, dan rumput karpet ala New Zealand tular di media sosial di negeri utara Semenanjung Malaysia, kali ini petak sawah atau padang terbiar pula ada tarikan terbaru. 

Kawasan-kawasan ini dipenuhi dengan bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar. Ia juga dikatakan menjadi port terkini di Kedah untuk instagrammable. Namun, permandangan sebegini tidak akan lama, kerana ia hanya muncul pada musim-musim tertentu dan tidak boleh dijangka.

Antara Kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat bunga lalang ini adalah berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil dan berdekatan Balai Bomba Alor Setar Jalan Tun Razak. Lokasi ini dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung.

Untung Orang Kedah. Bunga Lalang Pula Jadi Port ‘Instagrammable’ TebaruUntung Orang Kedah. Bunga Lalang Pula Jadi Port ‘Instagrammable’ Tebaru Untung Orang Kedah. Bunga Lalang Pula Jadi Port ‘Instagrammable’ TebaruSumber Foto: Facebook UTC KEDAH RASMI

IKLAN

View this post on Instagram

#lalang

A post shared by NASUHA | نصوها (@honey.nasuha) on

IKLAN
View this post on Instagram

?

A post shared by hafiz64 (@hafiz_9451) on

View this post on Instagram

bagi ada cerita ja?

A post shared by 19 (@wankecik02) on

IKLAN

Ramai yang tidak menyangka kawasan itu begitu cantik setelah mengalami beberapa musim seperti musim tengkujuh dan musim panas yang sedang berlaku sekarang ini. Keindahan kawasan itu hanya disedari penduduk setempat selepas melihat gambar yang tular di media sosial.

Walau bagaimana pun ketika berkunjung di kawasan berkenaan, pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan apabila bergambar kerana dibimbangi ada haiwan berbisa disebalik bunga lalang tersebut.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI