• 33
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    33
    Shares

 

Nikon; peneraju  teknologi pengimejan digital, optik dan pengimejan foto, telah melancarkan In Every Frame. 

In Every Frame adalah pertandingan dan platform perkongsian video bagi pencipta filem ringkas. Video terpilih akan dianugerahkan USD2,000 setiap seorang.

“Platform baru ini akan berfungsi sebagai pentas bagi peserta mempamerkan bakat hebat menghasilkan filem pendek dengan latar belakang pengalaman, kisah hidup dan kemahiran yang berbeza,” kata Pengarah Urusan Nikon (Malaysia), David Ng.

“Inisiatif ini mencabar penghasil video ringkas untuk berhubung dengan persekitaran mereka dan menolak sempadan bercerita melalui video.”

Hanya dengan empat langkah – Shoot, Share, Review, Be Awarded ; muat naik video ke pautan yang disiarkan di mana-mana laman web perkongsian video popular seperti Youtube atau Vimeo dengan rakaman yang menggunakan mana-mana kamera atau produk Nikon.

Video akan disemak oleh pasukan In Every Frame dan video terpilih akan diberikan USD2,000 serta dipamerkan di laman web In Every Frame.

Peraduan In Every Frame tidak terhad kepada hanya satu pemenang. Dalam masa sebulan selepas penutupan tempoh penyertaan, Nikon akan memilih lagi pemenang lain daripada penyertaan yang diterima.

Bukan itu sahaja! Jika anda hantar lebih dari satu video dan kedua-duanya terpilih, maka anda akan memenangi sejumlah USD4,000! Oleh itu, hasilkan seberapa banyak video bagi merebut peluang ini! Kunjungi https://www.ineveryframe.com/home/ untuk keterangan lanjut.

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: