Sebuah feri penumpang terbakar ketika dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pukul 2.50 petang tadi selepas lima minit berlayar dari Terminal Feri Kuah, Pulau Langkawi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira tiga kilometer di perairan Langkawi dari terminal feri itu dipercayai bermula di bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang feri berkenaan.

52 penumpang yang berada di dalam feri berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan bot persendirian yang berada di sekitar perairan tempat kejadian.

IKLAN

Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 2.48 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.

IKLAN

Disamping JBPM, misi menyelamat penumpang dan memadamkan kebakaran turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta bot nelayan. Kerja-kerja pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan dan mangsa yang terperangkap sudah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.

IKLAN

Sumber: hmetro.com.my

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI