Tular di media sosial berkenaan pembukaan Masjid Camlica secara rasmi di Istanbul, Turki baru-baru ni. Pembinaan masjid berkenaan yang bermula pada tahun 2013 siap pada tahun ini dengan menelan belanja lebih RM270 juta dan mampu untuk memuatkan kira-kira 63 ribu jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini bukan sahaja mempunyai ruang solat yang besar malah turut menempatkan pelbagai lagi kemudahan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan dan ruang parkir bawah tanah sebanyak 3,500 bagi kemudahan setiap pengunjung yang datang ke masjid ini.

Apa yang lebih memberikan sentuhan hebat kepada masjid ini adalah rekaannya yang epik, ilham daripada senibina zaman Khalifah Uthmaniyah dan jangan terkejut apabila pereka senibina atau arkitek bangunan hebat ini adalah srikandi Turki bernama Bahar Mızrak dan Hayriye Gül Totu!

IKLAN

Bersama entri ini, kami lampirkan bersama kompilasi video Masjid Camlica yang hebat ini untuk tontonan anda. Lepas ni kalau ada perancangan untuk berkunjung ke Istanbul, jangan lupa untuk ke masjid ini ya!

IKLAN

IKLAN

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI