Sesiapa sahaja pasti sukakan kejutan hari jadi lebih-lebih lagi jika ianya datang daripada seorang insan tersayang yang bergelar seorang anak.
Jeet Grewal melalui satu postingnya di Facebook, berkongsi saat-saat manis apabila beliau berjaya membuat kejutan kepada ayahnya di dalam pesawat AirAsia sewaktu dalam perjalanan ke Krabi bersama sembilan ahli keluarganya yang lain.
Video berdurasi 67 saat itu memaparkan ulang tahun Narangan Singh yang ke-65 disambut dengan nyanyian happy birthday daripada semua penumpang dan krew kabin pesawat Air Asia.
Selain daripada nyanyian, sambutan hari jadi Narangan juga diserikan lagi dengan kek hari jadi. Makan kek di ketinggian lebih 10,000 kaki di udara? Pasti ianya akan jadi kenangan manis seumur hidup Narangan.
Dalam komen posting yang mendapat 867 like di group Facebook – Backpackers Buddies Malaysia itu, Jeet turut berkongsi tip mudah mengenai sambutan tersebut. Beliau hanya berhubung dengan customer service Air Asia dan selepas lima hari, taddaa! Kejutan siap untuk dilaksanakan.
Rata-rata pembaca di posting Facebook tersebut tumpang gembira dengan apa yang dilakukan Jeet kepada ayahnya. Malah ada yang frust sebab tak dapat kek kerana duduk di seat yang paling belakang, hahaha.
So, lepas ni sesiapa ada idea untuk buat kejutan sambutan hari jadi kepada yang tersayang, idea sambutan atas kapal terbang ini antara yang menarik untuk dilakukan.
p/s: Happy Birthday Mr. Narangan Singh! Libur wish you love, hope and everlasting joy and happiness.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Day Trip Ke Pulau Tuba Langkawi. ‘Hidden Gem’ Paling Berbaloi Diterokai Sambil Layan Mee Udang!
Buat masa ini Langkawi menjadi travel bubble bagi merancakkan lagi industri pelancongan.
Jika sebelum jika bercuti ke Pulau Lagenda ini kita hanya ke tempat biasa seperti pekan Kuah, Gunung Matchingcang, Island Hoping atau melawat eco tourism, tetapi kali ini apa kata bercuti ke bahagian pulau.
Rupanya di Langkawi terdapat juga pulau yang cantik untuk diterokai. Antaranya adalah Pulau Tuba.
Ayuh, ikuti perkongsian itinerary Helmi Baharum dari sahabat Backpacker Buddies Malaysia untuk day trip ke Pulau Tuba, Langkawi yang cukup sinonim dengan penggemar mee udang.
𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐘𝐓𝐑𝐈𝐏 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐓𝐔𝐁𝐀:𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐘𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐄 𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆
+ Itinerati ringkas
Maksud Tuba: Sejenis tumbuhan di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik barat-daya yang biasa digunakan untuk meracun ikan.
Meh sini nak menuba/meracun pemikiran anda agar berkunjung ke sini.
Bersih-Pulau Ini sangat bersih, teratur dan tersusun. Paling penting pulau ini nampak tenang saja dan tidak sesak.
Murah-Kos makan di sini murah.Tapi kalau dah melantak mee yang popular itu memang costly sikit lah. Kos pengangkutan pun sangat murah.
Cantik-tak perlu pun pakej island hoping kalau setakat nak tengok kebiruan laut dan kecantikan pulau-pulau di sini pun best.
Penduduk tempatan yang ramah-saya di bawa penduduk tempatan sampai point mula nak hiking yang agak sukar dijumpai.
Pengalaman lain tumpang caj henset di kedai runcit sebab habis terus bateri, makcik siap tanya ‘awat sat sgt hang caj’? (Aku pun dah segan lama dah rasa)
Last but not least of course sebab banyak lokasi-lokasi menarik. Serba ringkas itinerary dan kos seperti berikut:
– 11pagi: Bot penumpang di Jeti Marbel Pulau Langkawi RM5 sehala.sambil nak tunggu bot kita pekena nasi lemak dulu di jeti.Memang padu
Bot tiba di Jeti Pulau Tuba setelah 10 minit perjalanan.Sewa motorsikal RM14 + pergi tuang petrol RM2.
– 11.30-2.00pm: Hiking 30 minit ke Bukit Batu Licin, turun kurang 20 minit, selebihnya menikmati keindahan di puncak bukit.
– 2-3.30pm: Mandi di air terjun Kg Selat Bagan Nyior. Walaubagaimanapun lokasi ini adalah dah masuk kawasan Pulau Dayang Bunting. Balik singgah jap Barkat Chalet-lokasi shooting filem Ombak Rindu.
– 3.30-5.00pm: Pantai Tanjung Pandan dan makan mee combo-Kombinasi seafood hanya RM20.most recommanded dengan berdepan lautan luas.
– 5.30-6.00pm- Bukit/Gua Batu Kecil
– 6.00-6.45pm- Padang ragut kerbau Pulau Tuba.penutup trip diakhiri lawatan hijau luas memukau macam kombinasi lautan lumut dengan kawasan sawah padi.Di sini khabarnya dulu kawasan sawah padi yang ditinggalkan.
– 7.00pm-bot pulang ke Pulau Langkawi
Nota kaki:Done jejak 8/99 Pulau di Langkawi.Tersisa lagi 91
Artikel Berkaitan:
‘Unplanned Short Trip’ Ke Langkawi. Tetap Puas 3H 2M Layan Eco Tourism Di Pulau Lagenda!
Ini Senarai Hotel Murah Sekitar Pekan Kuah Langkawi, Untuk Yang Ada Bajet Terhad
Gaya Mewah & Lebih Privasi. Ini 12 Resort Tepi Pantai Paling Best Untuk Staycation Di Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Perkara Yang Wajib Anda Periksa Di Rumah Sebelum Pergi Bercuti!
Tak lama lagi kita dah nak sambut puasa, dan selepas sebulan daripada tu, kita semua akan bercuti panjang untuk sambut perayaan aidilfitri. Mesti best kan dapat bercuti terutama lagi cuti raya. Dapat jumpa orang tua dan sanak saudara di kampung. Siapa yang tak excited apabila tibanya cuti raya.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
Cabut plug electrik
Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais). Ini untuk mengelakkan berlakunya litar pintas semasa anda tiada di rumah. Satu lagi tip, letak syiling atas air batu dalam peti ais anda. Sekiranya anda balik daripada bercuti seminggu kemudian, syiling tu ada di bawah air batu, maknanya pernah berlaku ketiadaan elektrik di rumah anda dalam jangka masa lama. Maknanya ada barang-barang dalam peti ais anda tidak lagi selamat untuk di makan.
Cabut kepala tong gas
Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas. Ini wajib. Cabut terus kepala tong gas, jangan ada dakwa-dakwi lagi. Lebih baik mencegah daripada merawat. Kita tak tahu sama ada akan berlaku kebocoran atau tidak. So pastikan anda cabut semut kepala tong gas yang ada dalam rumah anda.
Tutup paip air
Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock). Kalau tak tutup, alamatnya beratus la bil air sampai dekat rumah waktu hujung bulan nanti. Lebih-lebih lagi kalau ada kebocoran dalam paip rumah anda. Mana la nak tahu kan? So adalah lebih baik kalau anda tutup terus maincock paip rumah.
Pastikan haiwan peliharaan selamat
Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga. Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian di rumah. Siapa nak bagi makan, minum dan nak uruskan berak kencing mereka kan? So sebelum rumah anda huru hara apabila balik bercuti nanti, hantar dulu haiwan peliharaan anda kepada penjaga.
Kawasan rumah selamat
Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap adalah antara cara untuk mengurangkan risiko rumah anda dimasuki perompak semasa ketiadaan anda di rumah. Bukan bermakna kalau buka lampu, perompak tak datang terus. Tak. Tapi sedikit sebanyak perompak tak berani nak masuk semberono ke dalam rumah yang terang benderang.
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Perkara Yang Boleh Anda Buat Bagi Mudahkan Urusan Travel Dengan Anak-Anak Kecil
Ramai ibubapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata pasti pening berfikir apa yang perlu dilakukan kalau ingin keluar travel bersama-sama cahaya mata baharu mereka.
Mereka mesti tidak sabar untuk keluar bercuti bersama yang tersayang dan anak. Asal dapat cuti, peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan.
Tapi, keluar bercuti bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada meraka yang mempunyai anak-anak kecil. Dugaannya dan cabaran, hanya tuhan sahaja yang tahu.
Merancang percutian bersama anak yang masih kecil mesti teratur supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan bahagia. Ibubapa pun tidak stress.
Di sini kita kongsikan sedikit tips and tricks daripada Iera Zafirah Abd Rahim untuk mereka yang ingin membawa anak kecil keluar bercuti.
1. Sediakan keperluan anak secukupnya. Sediakan kelengkapan mereka dahulu sebelum kelengkapan diri sendiri seperti susu, botol susu, minyak angin, krim ruam, lampin dan pakaian.
2. Bawa pakaian extra sepasang dua. Lampin anak kecil kadangkala bocor selain daripada mereka suka main dengan makanan dan comotkan baju.
3. Asingkan sedikit barang-barang asas ini tadi sebagai hand carry atau baby bag. Bawa baby bag ini kemana sahaja kita pergi bersama anak kecil.
4. Bawa stroller. Stroller ini penting sewaktu keluar travel bersama anak kecil. Cuba dapatkan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak. Benda ini akan memberi kemudahan kepada kita dan keselesaan untuk anak. Tak perlu kita dukung anak sepanjang masa.
5. Anak kecil akan mudah bosan. Untuk elakkan perkara ini berlaku, selitkan tempat atau aktiviti yang menarik untuk anak-anak bermain dalam itinerary percutian kita.
6. Untuk perjalanan jauh menaiki kapal terbang, request bassinet (akan dikenakan surcaj) untuk anak kecil. Bassinet ini memudahkan anak kecil tidur dalam flight sebab kerusi kapal terbang tidak sesuai untuk saiz badan mereka. Request awal dengan syarikat penerbangan sebab tidak semua kerusi dalam kapal terbang ada menyediakan kemudahan bassinet.
7. Trick berguna sebelum penerbangan – biar anak kecil kita kenyang, penat bermain dan kurang tidur. Sebaik sahaja berlepas, anak kecil kita akan tidur lena berjam-jam sepanjang penerbangan.
8. Bawa kudapan kegemaran anak dalam flight. Anak kecil mudah meragam apabila perut mereka lapar.
9. Bawa sedikit alat hiburan kepada mereka. Bagi ibubapa yang tidak amalkan penggunaan gadget kepada anak, ketika dalam penerbangan, gadget mungkin boleh diberikan pengecualian.
10. Jangan tinggalkan first aid untuk anak. Anak kecil kebiasaannya mudah demam apabila pergi ke negara yang berlainan musim daripada Malaysia. Bawa ubat demam, batuk dan selsema untuk anak.
Apa-apa pun, bila bawa anak kecil ini, kita sebagai ibubapa kena sentiasa alert dengan masa rehat anak, makanan, pakaian dan lampin yang selesa. In Shaa Allah, anak akan okay dan happy, even though terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Meragam sikit-sikit tu perkara biasa, anak kecilkan? Inilah namanya cabaran travel dengan anak kecil ni. Selamat bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI