Kalau ada peluang ke negara Jepun, anda boleh cuba mempelajari cara kehidupan masyarakat ini dan pasti anda jatuh cinta kepada makanan dan gaya hidup mereka yang begitu teratur. Perkara yang baik boleh diambil sebagai tauladan, yang buruk jadikan sempadan ya!
Ramai rakyat Jepun memang kita sedia maklum suka mengamalkan cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Disebabkan itu, rata-rata daripada mereka mempunyai kesihatan yang baik dan jangka hayat hidup yang agak lama berbanding masyarakat lain.
Tidak hairanlah apabila seorang wanita Jepun yang berumur 116 tahun secara rasminya diiktiraf sebagai manusia paling tua dunia, menurut portal Guinnessworldrecords.com minggu lalu.
IKLAN
Kane Tanaka yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di bandar Fukuoka di sini disahkan berusia 116 tahun 66 hari pada 9 Mac 2019. Dia lahir pada 2 Januari 1903. Tanaka merupakan anak ketujuh pasangan Kumakichi dan Kuma Ota.
Wanita itu berkahwin dengan Hideo pada 6 Januari 1922 ketika berumur 19 tahun. Mereka dikurniakan empat anak dan mengambil seorang anak angkat.
IKLAN
Antara aktiviti yang digemari Tanaka ialah bermain Othello bersama penjaga di pusat berkenaan.
IKLAN
Tanaka secara rutin akan bangun pada pukul 6 pagi dan mempelajari subjek termasuk Matematik pada waktu tengah hari. Portal Guinnessworldrecords.com menyatakan Tanaka pernah menjalani beberapa pembedahan sepanjang hidupnya termasuk katarak dan kanser kolorektum.
Bagaimanapun, Tanaka masih kurang enam tahun untuk memintas rekod manusia tertua dunia yang masih dipegang Jeanne Louise Calment dari Perancis sejak 22 tahun lalu. Jeanne lahir pada 21 Februari 1875 sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan di Arles, selatan Perancis pada 4 Ogos 1997, dengan usia terakhir 122 tahun 164 hari
Cameron Highland sememangnya menjadi pilihan destinasi percutian rakyat Malaysia. Cuaca yang sejuk dan nyaman menjadikan tempat ini lokasi percutian untuk seisi keluarga.
Selain dapat beli sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar, kat sini juga banyak tarikan dan aktiviti lain yang korang boleh buat.
Bukan sahaja port makan-makan tapi korang kena tahu juga bebebrapa tip dan panduan nak sampai sana. Lelaki ini kongsi tip dan port best yang wajib korang pergi bila bercuti ke Cameron Highlands.
Port Wajib kalau bercuti ke Cameron Highlands
Harga strawberry antara paling murah lepas Selepas PKP. RM15 boleh dapat selonggok sekarang memang puas hati
Musim Avocado.boleh beli avocado murah. RM18-RM20 sekilo
Floral Park dah berbunga penuh dan boleh naik sampai ke puncaknya sekarang
Cuaca Baik tiada hujan pagi jadi boleh jalan puas-puas pagi
Kek Viral Paktam dah buka dekat Kea Farm
30 tip kalau nak Ke Cameron Highlands
HARI DAN CUACA
Hari Selasa-Rabu adalah hari termurah rate Hotel.
Sabtu-Ahad adalah paling tak best. Bilik mahal, barang mahal dan juga JEM semua tempat. stress.
Petang selalu hujan…hujan dan ribut sejuk memang tak best jalan-jalan. Jadi sila habiskan jalan-jalan pagi sampai tengah hari. Petang lepak hotel makan strawberry minum teh panas
Keluar jalan-jalan pagi pakai longsleeve dah cukup. Tengah hari panas namati mesti menyesal pakai sweater.
4.1 Pasar Malam hanya ada pada hari Jumaat malam.
SHOPPING
Di Kea Farm strawberry, ubi jagung semua murah sebelah kanan.. Tempat bazar baru, sebelah parking kereta. Pilihan pun banyak.
Pokok bunga paling murah di Cactus Point..dah 4 tahun harga masih sama.
5.2 Tanya pokok yang anda beli boleh hidup atau perlu siram banyak air atau tidak. dia akan ajar
5.3. Ubi paling manis adalah yang isi kuning.. Yang purple lawa saja tapi tawar. harga RM9-11/kilo
5.4. Strawberry putih mahal. RAsa lebih lemak. ada di S’corner. Kena makan atas ni saja. Kalau bawa turub dia rosak
5.5. Bila sampai Cameron Highland beli strawberry dan coklat celup terus. Nanti boleh makan di bilik petang/malam memang best.
5.6 Jangan terkena dengan scam coklat kotak.. kadang2 kotak saja besar coklat biasa saja.. Jagung mutiara juga RM20. 3-5 batang..kalau jumpa Rm10 selonggok tu anda kena tipu.
MAKAN
Steamboat tersedap feveret kami adalah Fern Nyonya. Kedai cina tapi halal.
Steamboat lain-lain mostly pilihan banyak tapi rasa sama jah.(pandangan peribadi dah cuba semua)
Kedai Makan Kelate best di D Bamboo di Tanah Rata. memang masakan pior ori kelate. Tomyam panas2 best
Menu sayur goreng/sup adalah terbaik di Cameron sebab dia segar dooh. rangup krup-krup. wajib cuba
Sos Strawberry tersedap adalah jenama Chocoberry House. Rasa mahal, cair just nice memang sedap dooh. rm5 saja
Breakfast paling best adalah beli dekat Family mart/bungkus, makan picnic di taman taman. puas hati sungguh
Family mart best datang pagi pukul 7-8 memang takda orang
HOTEL
Paling best adalah duduk hotel yang tinggi2 macam Corpthorn view bilik dia boleh buat anda terkejut lawa. Minta view mengadap gunung.
Hotel best dengan view gunung/beranda lawa adalah Strawberry Park, Casa Loma, Corpthorn, De La Fern, Bala’s
Nak cuba glamping murah boleh cuba Backyard Glamping di dekat Abang Strawberry. tinggal dalam Khemah
Kalau datang nak shopping sila duduk area Kea Farm senang balik nnati
Hotel memang tiada aircond. Jadi kena cari hotel yang tingkap besar atau ada beranda untuk bernafas best..
16.1 Nak bajet boleh cuba Desa Anturium ke apa yang rumah Flat tu. Rumah banyak bilik harga bawah rm100
AKTIVITI
Mossy FOrest kena pergi dengan 4×4. Kereta rendah memang akan tersnagkut. Cara nak pergi join trip hotel..RM50++/kepala biasanya
Jogging Pagi memang best. dia punya nikmat lain sungguh
Bawa barang-barang picnic.. dan picnic di taman memang puas hati.
Ladang teh terbaika dalah Bharat Cameron Valley 1, boleh turun naik kereta dia RM15 saja. kalau jalan kaki RM3.
Floral Hills yang viral tu harga dia boleh tahan. Taknak bg tahu berapa kena cuba sendiri
JALAN
Bawa Kereta kecik sini senang sikit nak parking
Isi Minyak penuh-penuh bila sampai Brinchang Jalan one way, takut nanti tersekat dalam Jem susah pulok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah dua tahun tidak beroperasi kerana penutupan sempadan akibat pandemik, Perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) kembali memasuki stesen Padang Besar pada 15 Julai ini dan beroperasi bagi laluan Padang Besar-Hatyai.
Kalau sebelum ini ada yang ke sana menggunakan perkhidmatan van atau kereta yang di tempah, kali ini korang boleh gunakan perkhidmatan tren shuttle ini hanya dengan harga 50 Baht sahaja untuk perjalanan sehala.
Untuk kemudahan pengguna, KTMB melalui akaun instagramnya turut berkongsi jadual tren untuk rujukan. Yang nak bercuti ke Thailand dan yang rindu nak jalan-jalan cari makan kat sana dah boleh pack baju dan tempah tiket keretapi di laman web KTMB.
Berikut jadual tren untuk rujukan anda. Nak masuk Siam sekarang dah senang. Yang dah rindu pulut mangga kat sana, moh le ramai-ramai ke sana.
Bagi yang berada di Lembah Klang, kalau tak nak drive dan mahukan perjalanan yang lebih menyenangkan? Gunakan sahaja perkhidmatan (Kelas Bisnes) dan mulai perjalanan yang selesa dari KL Sentral, Penang, Ipoh dan bandar-bandar lain hingga ke Hatyai.
Sumber: Instagram ktmbofficial
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah pun bermula, bakal menggerakkan semula sektor pelancongan di Malaysia dan tidak terkecuali di Negeri Sembilan.
Buat anda yang mengambil peluang untuk ‘rentas negeri’ bercuti atau balik ke kampung masing-masing, jangan lupa untuk singgah menginap di Negeri Sembilan. Hotel-hotel yang berdaftar sebagai ahli (MAH Negeri Sembilan), akan menawarkan diskaun penginapan bermula dari 50 peratus dan ke atas. Anda boleh mula untuk dapatkan promosi tersebut dengan merujuk di laman sesawang nsholidaydestination.org
Antara lokasi pelancongan utama di Negeri Sembilan ialah pantai peranginan Port Dickson, dengan produk pelancongan seperti hotel dan penginapan serta Muzium Angkatan Tentera, selain beberapa lokasi lain di Kuala Pilah, Seri Menanti dan Seremban.
Jangan lepaskan peluang ini ya! Jom cuti-cuti Malaysia