Cuaca panas macam sekarang ni ada baiknya kalau kita pergi bercuti ke kawasan tanah tinggi. Ada juga terasa sejuknya berbanding di kawasan tanah rendah kan?

Kawasan tanah tinggi ni disukai ramai orang bukan sekadar suhu atau cuacanya yang sejuk dan nyaman, tapi produk pelancongan yang ada di sana turut menjadi kegilaan pelancong seperti sayur-sayuran tanah tinggi yang segar, pokok bunganya yang mengembang mekar seperti bunga kaktus atau bunga orkid, sentiasa menjadi kegilaan kaum hawa.

Jadi di sini Libur senaraikan kepada anda, 10 kawasan pelancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia:

Cameron Highland

Sumber Time Travel Turtle.

Little England Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas, Anda juga boleh menikmati makan malam di tempat penginapan ala Tudor.

Bukit Tinggi

Sumber Trip Zilla.

Tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park.

Bukit Fraser

Menawarkan aktiviti rekreasi seperti Allan’s Water di mana pengunjung boleh mendayung bot merentasi tasik keruh, sementara Paddock pula menawarkan aktiviti menunggang kuda dan memanah. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.

Bukit Larut

Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Untuk yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam.

Bukit Bendera

Sumber Jom Jalan.

Bukit Bendera terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit ini terletak kira-kira 6km dari pusat bandar Georgetown. Berketinggian 830 meter dan bersuhu lebih sejuk berbanding bandar di bawahnya. Ia dikatakan lebih kurang 3 darjah lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.

Kundansang

Kundasang War Memorial adalah tarikan yang selalu disebut-sebut di sini. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur-sayuran yang dibuka dibuka tujuh hari seminggu.

Gunung Ledang

Sumber Mat Salleh Cari Makan.

Bagi yang meminati aktiviti lasak, gunung ini sesuai untuk anda menjalani pelbagai aktiviti luar dengan laluan gunung yang mencabar, air terjun berais dan flora dan fauna eksotik, termasuk pelbagai spesies burung. Puncak gunung ini berada pada 1,276 m di atas paras laut, anda juga berpeuang melihat pemandangan panorama Selat Melaka dan juga pantai Sumatera pada hari yang cerah. Juga, Air Terjun Sagil adalah tempat perkelahan yang popular di kaki gunung itu.

Gunung Kinabalu

Mempunyai ketinggian 13,435 kaki , Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan kemuncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara. Mendaki gunung ini juga adalah satu aktiviti yang mencabar dan memerlukan latihan mental dan fizikal yang rapi.

Broga Hill/Bukit Lalang

Sumber Alfgee WordPress.

Broga Hill terletak di Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kebanyakan pengunjung lebih suka sama datang waktu pagi atau petang untuk mengelakkan matahari panas dan juga menikmati pemandangan terbaik Broga Hill.

Gunung Jerai

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Kedudukan Gunung Jerai yang berhampiran dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang mempesonakan. Lebih menarik, dari puncak gunung, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.