Perlis merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, namun mempunyai banyak tarikan pelancongan hebat dan menyeronokkan.

Tenang dan memiliki bentuk muka bumi istimewa menjadi faktor tarikan utama dalam kalangan pelancong untuk menerokai Perlis.

Negeri Indera Kayangan ini menyimpan khazanah hutan yang amat berharga. Kawasan hutan di Perlis menjadi satu-satunya negeri di Malaysia mempunyai spesies Pokok Bogak terbanyak untuk dinikmati pencinta alam.

Hutan Simpanan Kekal, Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu merupakan hutan simpan tertua di negara ini dengan sebahagian besar Banjaran Nakawan terdiri daripada formasi batu kapur berusia kira-kira 500 juta tahun. Ini lokasi alam semulajadi lain yang menarik ada di Perlis:

Gua Kelam

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Gua Kelam merupakan satu daripada gua batu kapur tertua di Malaysia terletak di Kaki Bukit. Gua ini dahulunya terkenal dengan lombong bijih besi selain menjadi laluan antara penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit. Sejarah perlombongan di sini dianggarkan berusia kira-kira 100 tahun yang lampau dan Gua Kelam dikatakan merupakan satu-satunya aktiviti perlombongan dalam gua yang dijalankan.

  • Gua Kelam 1 atau dikenali sebagai Taman Rekreasi Gua Kelam terkenal dengan laluan di dalam gua melalui jambatan kayu tergantung. Panorama di dalam perut gua ini begitu indah dibantu dengan sorotan lampu berwarna-warni menemani pengunjung sepanjang perjalanan. Gua Kelam 1 boleh dikatakan sebagai ‘bintang’ di Perlis, jika tidak sampai ke sini, umpama anda belum jejakkan kaki di Perlis. Pada hujung minggu, lokasi ini agak meriah dengan kehadiran penduduk setempat yang gemar melakukan aktiviti perkelahan dan mandi air sungai yang mengalir dari gua ini.
  • Gua Kelam 2 -Kini terdapat tarikan terbaru di Gua Kelam 2, orang ramai diberi peluang untuk menyusuri laluan dalam terowong bekas kerja-kerja perlombongan sejauh kira-kira 3.8 meter. Jujur penulis kata kan ini merupakan satu pengalaman menarik yang sukar dilupakan. Laluan ke dalam Gua Kelam 2 diterangi dengan sedikit cahaya lampu jingga yang malap, namun disepanjang perjalanan masih kelihatan jelas kesan tapak aktiviti pemindahan bijih besi masa lampau. Hampir semua kesan peninggalan aktiviti perlombongan dapat dilihat dalam keadaan baik kerana barangan yang terdapat di situ tidak mengalami proses pereputan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai formasi batuan, stalaktit serta stalagmit dalam bermacam rupa dan bentuk.

Bukit Tok Dun

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Bukit Tok Dun terletak di Ulu Pauh, Arau berhampiran dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Bukit yang mempunyai ketinggian 325mdpl ini menjadi tumpuan pemburu matahari terbit/terbenam dan juga fenomena awan karpet.

IKLAN

Bukit Chabang

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Bukit Chabang boleh dikatakan sebagai ikon negeri Perlis. Bukit yang terbelah dua ini ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi. Berketinggian 390 mpdl dan mempunyai trek mendaki yang hampir 90% climb dengan struktur baerbatu tajam. Untuk mendaki, perlulah mendapatkan permit dan mempunyai guide yang terlatih.

Stesen Penyelidikan FRIM Perlis

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Stesen Penyelidikan FRIM Perlis merupakan pusat penyelidikan perhutanan jati, yang memiliki landskap sesuai menikmati panorama flora hutan dan beriadah. Terletak di Hutan Simpan Mata Ayer, FRIM Canopy Walk sepanjang 100 meter dengan ketinggian 17 meter pada aras laut merupakan tarikan utama pengunjung singgah ke sini. Dari aras ketinggian ini anda boleh menikmati kehijauan semula jadi hutan hujan tropika dan mengenali secara lebih dekat flora hutan. Jika bernasib baik, terdapat juga beberapa haiwan yang bermain-main berhampiran kawasan ini seperti monyet, tupai dan burung.

IKLAN

Wang Burma

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Wang Burma terletak di Taman Negeri Perlis. Sebenarnya ada lagi beberapa gua di Perlis dan ada diantaranya yang masih belum diteroka dan dibuka untuk pelawat. Gua Wang Burma ada 2 bahagian, iaitu Gua Wang Burma 1 yang terdiri dari formasi batuan menarik seperti ‘stalactite’ dan ‘stalagmite’ manakala Gua Wang Burma 2 pula memerlukan gabungan kekuatan fizikal dan mental seperti merangkak di laluan sungai yang sempit.

Puncak Bukit Cenderawasih

Puncak Bukit Cenderawasih tidak jauh dari pusat bandar Kangar dan di kenali sebagai Gua Sami. Terdapat laluan mendaki yang merupakan tangga buatan. Dari puncak, anda dapat lihat pemandangan sekitar bandar Kangar, Kuala Perlis dan juga matahari terbenam.

Denai Larian Pengkalan Asam

IKLAN

Denai Larian Pengkalan Asam menyediakan trek jogging yang terletak di sekitar sungai. Antara tarikan yang ada di sini ialah jambatan gantung. Lokasi ini juga menarik untuk anda bergambar sambil beriadah.

Empangan Timah Tasoh

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

Empangan Timah Tasoh merupakan empangan utama Perlis. Tasik buatan ini memiliki keindahan panorama yang permai lagi mempersona. Menjadi lokasi sesuai untuk bergambar dan video. Selain menjadi sumber hasil kepada nelayan darat, terdapat juga sukan air dan aktiviti memancing yang dijalankan di sini.

Bukit Keteri

Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Bukit Keteri ini sebenarnya salah satu daripada laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.

Jom pakat mai Perlis!

10 Tarikan ‘Nature’ Kena Pergi Bila Dah Sampai Negeri Indera Kayangan

image via google & FB Perlis Aktif

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI