Cuti-cuti Malaysia, ramai yang memilih untuk pergi ke lokasi air terjun, mandi sungai atau pantai. Memang seronok kerana Malaysia antara negara yang mempunyai destinasi alam yang begitu indah dan cantik.
Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti air terutamanya apabila bersama kanak-kanak.
Sumber data Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) telah mengenalpasti 15 kawasan Hot Spots berisiko mati lemas di seluruh Malaysia. Mungkin senarai ini boleh dijadikan panduan kepada anda agar lebih berwaspada jika ingin berkelah atau mandi-manda di kawasan ini. Ibu bapa juga diminta mengawal pergerakan anak-anak mereka semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
LOKASI BERISIKO TINGGI LEMAS:
Kawasan Pantai:
- Pantai Nipah, Bachok, Kelantan
- Muara Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan
- Teluk Bahang, Pulau Pinang
Kawasan Lombong/Empangan:
- Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor
- Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
- Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor
Kawasan Air Terjun:
- Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor
- Sekayu, Terengganu
- Lata Berembun, Raub, Pahang
- Chamang, Bentong, Pahang
Kawasan Sungai:
- Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
- Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor
- Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
- Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rakyat Kemboja Sambut Hari Kemenangan Raikan Kejatuhan Rejim Khmer Rouge Setiap 7 Januari
Buat anda yang suka untuk mengetahui dan melihat sejarah sesuatu tempat dengan lebih dekat berbanding membaca di buku dan google di internet, anda boleh merancang percutian ke Kemboja pada 7 Januari setiap tahun kerana rakyat Kemboja akan menyambut Hari Kemenangan atau Victory Day sebagai memperingati kemenangan tertumbangnya rejim Khmer Rouge pada 1979.
Sewaktu pemerintahan rejim Khmer Rouge ini telah berlaku pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Kemboja. Dianggarkan lebih 1.7 juta rakyat Kemboja terbunuh akibat kekejaman rejim Khmer Rouge yang mahu mengubah negara Kemboja menjadi negara komunis. Kejam kan?
Ini 10 fakta yang anda perlu tahu berkenaan dengan sejarah tersebut:
- Berbeza dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di tempat lain, di mana kumpulan etnik tertentu disasarkan sebagai mangsa tetapi di Kemboja, pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu tidak mempunyai pengecualian dan turut melibatkan doktor, guru, golongan minoriti, orang yang mempunyai pendidikan, kanak-kanak dan juga bayi!
- Pol Pot menghendaki negara itu kembali kepada cara hidup yang ‘cukup-diri-sendiri’ di mana wang tidak mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Ini membawa kepada pemindahan besar-besaran rakyat secara paksa dari bandar ke luar bandar untuk permulaan doktrinisasi tersebut.
- Hampir dua juta orang yang mati semasa pemerintahan Khmer Rouge adalah 100,000 orang Cham Muslim dan 20,000 orang Vietnam.
- Walaupun beberapa fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai di Kemboja mendapat pengiktirafan antarabangsa, tragedi itu tidak disiasat di peringkat antarabangsa kerana kekalahan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam dan Amerika Syarikat tidak mahu terlibat di rantau ini lagi.
- Pada beberapa tahun selepas malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja, negara itu mula membuka peluang kepada komuniti antarabangsa untuk mendekati mangsa yang selamat dan berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Dengan fakta-fakta mengerikan mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku, Hollywood mencipta filem The Killing Fields berdasarkan pengalaman kisah benar mangsa. Filem ini membawa perhatian seluruh dunia kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja yang diabaikan di peringkat antarabangsa.
- The Extraordinary Chambers di Mahkamah Kemboja, atau dikenali sebagai ECCC, ditubuhkan pada 1997 dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk mendakwa pemimpin kanan Khmer Rouge terhadap jenazah yang dilakukan dalam pembunuhan beramai-ramai dahulu.
- Pol Pot menghadapi pertuduhan pertama pada tahun 1997 di mana dia dijatuhkan hukuman tahanan. Dia meninggal dunia kurang dari satu tahun kemudian dan tidak pernah menghadapi perbicaraan sebenar kerana jenayahnya dan meninggalkan berjuta-juta orang terkilan kerana tidak berpeluang untuk membawanya ke muka pengadilan.
- Mangsa dibenarkan secara aktif mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah percubaan sebagai pengadu bagi memberikan mereka keadilan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan baharu. Jumlah mangsa yang hadir pada setiap kes perbicaraan adalah berbeza daripada 94 hingga 4,128.
- Sepanjang percubaan, tiga tertuduh telah dijatuhkan hukuman dan empat lagi didakwa atas tuduhan yang berkaitan dengan kejahatan terhadap kemanusiaan, pembunuhan, pencabulan Kanun Keseksaan Kemboja 1956 dan pelanggaran Konvensi Geneva 1949 dan pembunuhan beramai-ramai.
- Kenyataan penutup untuk kes terakhir berlangsung sembilan hari pada bulan Jun 2017 dan penghakiman terakhir diadakan pada tahun 2018.
Itu serba sedikit fakta mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Kemboja. Pemeintahan rejim Khmer Rouge tak lama, dari tahun 1975 hingga 1979 sahaja, tetapi kesan daripada tindakan kejam mereka itu berterusan sehingga berdekad lamanya.
Jadi kepada anda yang suka melancong untuk mengetahui perkara-perkara seperti ini, jangan lupa untuk melawat Kemboja bukan Januari nanti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Maut Kemalangan Belon Panas di Turki, Pesan Lelaki Ini Ada Betulnya. Yang Pergi Sendiri Kena Lebih Hati-hati!
Dua hari yang lalu berita tempatan dan antarabangsa melaporkan dua pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia.
Hal itu disebabkan cuaca yang tidak menentu yang mana menyebabkan belon panas yang dinaiki pelancong tersebut terpaksa membuat pendaratan cemas.
Menaiki belon panas bila bercuti ke Turkiye antara perkara yang menjadi kelaziman untuk dibuat oleh pelancong. Namun dengan keadaan cuaca masa kini yang tidak menentu, lelaki yang dikenali sebagai Naufal Tahsin Pasha memberi sedikit pandangan dan nasihat buat traveler dari Malaysia.
Berkongsi pandangan tersebut melalui grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Naufal menyatakan setiap pelancong yang ingin menaiki belon panas lebih peka dengan cuaca yang ada di sana dan mendapatkan maklumat daripada guide atau agen yang menguruskan belon panas itu sehari sebelum tarikh menaiki belon panas.
Jelasnya, keselamatan adalah lebih penting berbanding hal lain terutamanya bagi yang melancong sendiri tanpa menggunakan khidmat ejen dan sebagainya perlulah lebih berhati-hati.
Ikuti perkongsian lelaki ini:
Saya nak kongsi sikit pada semua yang nak naik Hot Balloon di Cappadocia
Kalau pergi dengan tour,biasanya jika naik esok, hari ini biasanya dah tahu samada esok boleh naik atau tidak sebab kita memang ada informer yang valid tentang cuaca. Memang benda ni yang kita takut jadi.. Saya, jika pembantu guide (Orang sana) beritahu esok cuaca mungkin tak berapa okay, saya akan terus tukar pada jeep safari untuk semua yang ikut trip saya..Walau ada yang sedih. tapi tetap saya fahamkan by words..Macam trip yang lepas-lepas pun ada begitu. Kena faham dan redha.
Jika pergi sendiri dan bukan ikut tour, sila hati-hati. Memang kita tak nak terlepas naik hot baloon jika kesana, Tapi faktor keselamatan lebih penting. Orang sana memang dia okay ajer sebab nak payment. 235 USD per person tuu. Ada juga yang berharap tapi akhirnya tak dapat pulangan pembayaran lepas tak dapat fly. Ini juga kita risaukan.
Kalau consultant / tour guide anda beritahu “esok cuaca tak menentu, Kita lihat esoknya bagaimana.”
So better dont, and jangan mengharap lebih. Sebab confirm 80% consultant/guide anda takkan proceed. Nyawa lebih penting. Tukar aja pada jeep safari. Worth it juga dan jangan risau walau extreme tapi berbaloi.
Hati-hati jangan ambil risiko. Cappadocia cuaca lain macam, tiba-tiba pun suhu boleh drop, angin kuat, dan ada juga hujan batu. Jika apa-apa jadi disana, medical tak murah, nak bawa balik Malaysia pun costing lagi nanti.
Memang secara amnya jika cuaca tak okay, semua balloon tak akan fly, tapi lebih saya tekankan pada semua aspek termasuk aspek pembayaran yang tidak dipulangkan semula oleh orang sana dan scammers yang menjanjikan bulan bintang disaat akhir. Hati-hati!
Jika sehari sebelum dapat info cuaca okay, just proceed. Tapi atas keselamatn sendiri.
Sebab ini memang menjadi bucketlist sesiapa yang ke Turkiye kan. Kena cuba jika keadaan ok.
Spread awareness
Kredit: Naufal Tahsin Pasha
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendaki Otai Malaysia Ini Bengang Dengan ‘Organizer’ Dari Luar Negara. Sebab Apa?
Di kalangan pendaki tegar di Malaysia, mesti kenal dengan nama Aznal Bakesh Ahmad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nal. Pak Nal ni salah seorang gogo yang ternama juga di Malaysia tetapi pada zahir siapa yang berjumpa dengan beliau, humble sahaja orangnya.
Sebagai seorang gogo, memang menjadi periuk nasi mereka untuk membawa pendaki tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk mendaki gunung. Tak kisah di Malaysia ataupun gunung-gunung di negara luar.
Bagi siapa yang tak tahu, gogo ni merupakan satu istilah atau jargon dikalangan pendaki yang membawa maksud seseorang yang organize sesuatu trip terutamanya mendaki.
Gogo ni akan bertanggungjawab terhadap semua perkara bermula dari tarikh trip, route pendakian, kelengkapan, penginapan, makanan, keanggotaan trip, kesihatan dan keselamatan peserta dan sebagainya. Makna kata, gogo ni yang akan in-charge segalanya berkenaan trip tersebut. Peserta ni macam client, hanya sediakan wang secukupnya dan upah pada gogo untuk selesaikan segalanya.
Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, terjadi satu trend di mana ada gogo dari luar negara mula mengganggu market dalam Malaysia. Mereka mula masuk ke pasaran Malaysia secara terbuka dan menawarkan harga yang cukup murah dan kadang-kadang harga tersebut tidak masuk akal.
Perkara ini yang menimbulkan kemarahan Pak Nal serta rakan-rakan yang lain. Dalam posting Facebook Pak Nal, beliau mempersoalkan, pernah ke gogo Malaysia menawarkan trip di dalam page atau group pendaki negara luar?
Malah, Pak Nal turut mempersoalkan bahawa gogo dan pendaki kita yang selalu terhegeh-hegeh untuk pergi mendaki di negara luar dan tiada siapa pendaki luar negara yang sudi untuk bertandang ke gunung Malaysia.
Libur sempat untuk berhubung dengan Pak Nal untuk bertanya tentang perkara ini. Perbualan melalui whatsapp bersama Pak Nal menjelaskan bahawa promosi gogo dari luar negara ini menjejaskan sumber pendapatan mereka sebagai gogo tempatan.
Tambah Pak Nal, antara penyebab lain yang menyumbang kepada kebejatan pasaran mendaki di Malaysia adalah gogo tempatan masih belum bersedia untuk bersaing dengan gogo dari luar negara, tidak kira daripada segi promosi mahupun servis yang cemerlang.
Servis yang dihasilkan oleh kebanyakkan gogo dari Malaysia masih berada di tahap yang ‘biasa-biasa’. Yang betul mampu menyediakan servis terbaik kepada pendaki boleh dibilang dengan jari. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di kalangan gogo dari negara luar.
Libur masih teringat perbualan bersama sahabat-sahabat mendaki yang lain apabila pergi mendaki di Indonesia, waktu sarapan pagi di atas gunung, gogo Indonesia siap tatang pinggan sarapan ke depan muka pintu khemah kita! Kalau nak keluar khemah tu siap nak pasangkan kasut ke kaki kita, layan kita macam raja!
Ada ke gogo Malaysia yang sanggup buat hingga ke tahap itu?
Jadi melalui keresahan yang ditonjolkan Pak Nal, ada dua pengajaran yang kita boleh dapat daripada otai ini. Pertama, kalau kita tak jaga pasaran negara kita sendiri, orang luar dengan mudah potong periuk nasi kita. Yang kedua, kalau kita tak tingkatkan promosi dan mutu kualiti servis kita kepada pelanggan, nescaya industri pendakian dalam negara kita sendiri akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Macam mana pelancong nak datang, kan?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI