Merancang percutian memang cukup mengujakan dan pastinya dalam setiap percutian perlu ada penginapan yang selesa. Hari ini ramai yang memilih untuk menginap di hotel atau resort yang mempunyai kelainan dan lain daripada kebiasaannya. Disebabkan itu pelbagai konsep dan reka bentuk penginapan yang kreatif serta unik wujud sejak akhir-akhir ini disebabkan permintaan ramai. Antaranya penginapan yang berkonsepkan kabin atau kontena yang sangat menarik untuk di cuba. Di Malaysia sendiri telah wujud beberapa penginapan sebegini. Jom la cuba, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup anda. Cari penginapan terbaik anda dengan muat turun app OYO Rooms di sini,  platform yang membantu anda mendapatkan penginapan yang bersih dan berpatutan.

Sarang By The Brook, Kuala Kubu Bharu

Penginapan di kontena atau kabin ini terletak di kawasan yang dikelilingi landskap hijau yang tenang. Selain itu, konsep warna serta kemudahan di sekelilingnya bertemakan alam semulajadi. Bagi anda yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota, di sini la lokasi percutian terbaik.

Lokasi: Jalan Seruling 20,  Kuala Kubu Bharu 44000, Selangor

 

Farm Ville Cafe & Homestay, Kuala Selangor

Berada di persekitaran sawah padi, penginapan dalam kontena ini pasti memberi kelainan dan kepuasan yang berbeza. Kemudahan kolam renang yang disediakan pasti mengujakan tetamu yang hadir bersama si kecil.

Lokasi: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

 

The Kabin, Kuala Selangor

Terletak berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor. The Kabin menyediakan penginapan kontena sesuai untuk individu, pasangan dan berkumpulan. Terdapat kemudahan kolam renang di tengah-tengah kawasan utama ‘hotel kontena’ ini.

Lokasi:  Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Kuala Selangor, Selangor

 

Sekinchan Padi Box Homestay, Kuala Selangor

Sekinchan Padi Box penginapan dalam kabin yang berwarna-warni serta mempunyai permandangan sawah padi yang luas terbentang. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar.

Lokasi: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

 

KeCabin by Bungalow in A Village, Melaka

Penginapan di sini menyediakan unit kabin dan banglo yang terhad. Bagi yang ingin merasai konsep penginapan kabin yang agak mewah di sini perlu membuat tempahan lebih awal. Terdapat kemudahan kolam renang yang sesuai dijadikan destinasi untuk berkumpul seisi keluarga.

Lokasi: Lot 463 jalan Bunga Kemboja 8, Semabok Dalam, 75050, Melaka

 

Homestay Kontena Melaka

Penginapan kabin ini disediakan khusus untuk pelanggan Muslim sahaja. Terdapat kemudahan sebuah kolam renang di ruang utama yang pastinya menjadi lokasi penginapan yang sangat sesuai untuk anda yang berkeluarga.

Lokasi: Lot 2951 , Jalan Imam Kadir, Bukit Katil, 75450 Melaka, Bukit Katil, 75450 Melaka

 

Pilah Kontenastay

Berkonsepkan rumah kontena moden dengan sedikit sentuhan inggeris, Pilah Kontenastay sesuai dijadikan destinasi untuk berkumpul atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Lokasi: No 40 1/2 72000, Batu, 23, Jalan Kuala Pilah, Kampung Parit Tengah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

 

The Cabin, Langkawi

Mencari kelainan percutian ketika di pulau, anda boleh memilih untuk menginap di The Cabin Langkawi. Penginapan kontena berkonsep kampung dalam taman yang selesa sesuai untuk penginapan secara solo dan berkeluarga. Lokasinya juga berdekatan dengan Pantai Chenang dan kawasan bersiar-siar utama di Langkawi.

Lokasi: Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

 

T-Box Sungai Lembing, Pahang

Bagi yang menggemari lokasi percutian dengan suasana nyaman dan mendamaikan serta jauh dari kesibukan kota, menginap di bilik penginapan Resort T-Box @ Sungai Lembing (T-Box), Pahang, mungkin pilihan tepat. T-Box memiliki keistimewaan tersendiri dan anda pasti teruja apabila melihat deretan kabin comel pelbagai corak berwarna-warni bagaikan koc kereta api mainan kanak-kanak di atas bukit berhampiran kawasan peninggalan lombong bijih besi terkenal suatu ketika dahulu.

Lokasi: EB 33, Jalan Sungai Lembing, Kampung Tengah, 26200 Sungai Lembing, Pahang

 

Kasturi Kabin

Berada tidak jauh daripada bandaraya Kuala Lumpur, penginapan kabin dalam suasana alam yang dikelilingi pepohon hijau ini terasa begitu tenang. Bawa yang tersayang lari sebentar dari kesibukan bandar ke tempat penginapan sebegini!

Lokasi: Jalan Pansoon, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

 

Container Hotel, Kuala Lumpur

Container Hotel mempunyai cawangannya di Kuala Lumpur, KLIA2, Ipoh dan Pulau Pinang. Konsep penginapan yang diilhamkan di bawah jenama ini berupa kabin serta kapsul esklusif tetapi ditawarkan pada harga berpatutan. Penginapan di sini sangat sesuai bagi individu dan pasangan yang ingin mencari kelainan untuk beristirehat.

Lokasi:  Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Nafas Cube, Serdang

Nafas Cube terletak dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu di MAEPS, Serdang.Terdapat pelbagai jenis penginapan yang tersedia mengikut citarasa pengunjung. Bagi anda yang merupakan peminat agro pelancongan, menginap di sini adalah pilihan terbaik.

Lokasi: Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor

 

Dash Box Hotel Cyberjaya

Tetamu yang menginap di sini pasti teruja dengan kemudahan kolam renang yang beberapa jarak dari lokasi bilik penginapan. Terdapat beberapa jenis pilihan penginapan yang menarik tersedia di sini. Secara amnya, reka bentuk di sini tidak menggunakan 100 peratus kabin sebagai daya tarikan utama, tetapi di Dash Box Hotel ini menerapkan unsur-unsur seperti sebuah kabin yang asal.

Lokasi: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

 

Container Gardenstay @ Bangkok Village, Johor Bahru

Bagi anda yang gemarkan konsep penginapan dalam taman boleh memilih untuk menginap di hotel kabin ini. Jika ingin bersantai terdapat sebuah kafe untuk anda menjamu selera di sini.

Lokasi: Lot 19882, Jalan Harmonium 3, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

 

PPT Muar & Container Hotel

Hotel kabin yang terletak di Muar ini berkonsep warna yang ceria dan sesuai bagi ibu bapa yang ingin bercuti membawa anak-anak kesayangan. Terdapat beberapa penjuru yang pasti menjadi kegemaran si kecil untuk teroka di sini. Keselesaan ruang kabinnya sama seperti menginap di hotel lain.

Lokasi: Jalan Bakri, Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

 

Sumber Gambar: Google Image / PM kami untuk kredit sumber gambar asal kepunyaan anda.