Sejak 17 tahun lalu, sebuah restoran di Kota Makassar, Indonesia hanya memutarkan lagu penyanyi terkenal Nike Ardilla yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1995.
Restoran yang turut diberi nama Rumah Makan Nike Ardilla itu dibuka pada 2002 dan pemiliknya memasang lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan setiap hari.
Malah, makanan serta minuman turut bersertakan judul lagu-lagu nyanyian Nike yang juga pelakon dan model dari Bandung. Antara masakan kegemaran pelanggan adalah sate ayam Seberkas Sinar, ayam goreng Sandiwara Cinta, ayam bakar Nike Ardilla dan nasi goreng Bintang Kehidupan.
View this post on InstagramA post shared by @ gosulselcom on
View this post on Instagram?Eat Again… ?????? #menikmatihidup #RumahmakanNikeArdilla
A post shared by Naufidha Madia (@aidaa_m13) on
Nike yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas kereta dipandunya merempuh konkrit jalan di Bandung, kira-kira jam 3 pagi.
Alamat: Rumah Makan Nike Ardilla | Jl. Tamalanrea Raya No.44, Tamalanrea, Kota Makassar, Sulawesi Selatan 90245, Indonesia
Sumber: msn.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Air Terjun Menarik & Cantik Di Selangor, Lepas PKP Boleh Pergi!
Malaysia sangat bertuah kerana memiliki destinasi alam semula jadi yang menarik. Seperti di Selangor terdapat banyak lubuk lokasi pelancongan alam semulajadi seperti destinasi air terjun yang menakjubkan.
Antara yang menjadi pilihan pengunjung seperti:
1) Sungai Tekala
Salah satu air terjun menakjubkan di Selangor ialah Sungai Tekala yang terletak kira-kira 14km dari Semenyih di daerah Hulu Langat. Jarak Sungai Tekala dari Kuala Lumpur pula adalah kira-kira 50km. Pada tahun 1982, orang ramai akhirnya dapat menikmati keindahan Sungai Tekala setelah Taman Reaksi dibuka secara rasmi. Ia adalah tempat yang ideal untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan kerana anda hanya memerlukan 10 minit untuk sampai ke air terjun dari pintu masuk utama. Dengan caj masuk serendah RM 2 bagi orang dewasa dan RM 1 bagi kanak-kanak, lokasi air terjun ini dilengkapi dengan deretan gerai makan, surau, aksara dan tandas awam. Bagi yang ingin bermalam, perkidmatan menyewa chalet juga disediakan, atau anda boleh menyewa tapak untuk mendirikan khemah untuk lebih penjimatan.
2) Air Terjun Kanching
Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak di antara Bandar Rawang dan Kuala Lumpur. Pada hujung minggu, hutan ini sangat terkenal sebagai lokasi untuk berkhemah, berkelah, berenang dan meredah hutan kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan pusat bandar. Laluan atau trek di hutan ini adalah agak mudah bagi yang mula ingin berjinak-jinak untuk meredah hutan dan ia juga dipenuhi oleh pelbagai spesis tumbuhan yang jarang dapat dilihat di tempat lain. Hutan ini diuruskan oleh pihak Tourism Selangor, dan mempunyai 7 lapisan air terjun yang indah dan menakjubkan. Tambahan lagi, adalah suatu pemandangan biasa jika anda terlihat sekumpulan monyet bergayutan dari pokok ke pokok dalam habitat asli mereka. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 seorang dan RM 2 untuk caj parkir bagi sebuah kereta.
3) Lata Medang
Terdapat satu lagi air terjun mencabar yang terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Air terjun ini berhampiran dengan kampung Orang Asli yang menjadi penduduk tetap di Kampung Pertak. Jika anda ingin ke air terjun Lata Medang, anda perlu bersiap sedia untuk mendaki ke lokasi diingini. Laluan trek adalah agak mudah bagi yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian. Di sepanjang jalan ke air terjun Lata Medang, anda akan dapat menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan dan pepohon, disertai permandangan yang indah. Anda akan dikenakan caj masuk sebanyak RM1 seorang untuk tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan lokasi air terjun tersebut.
4) Sungai Pisang
Air terjun ini terletak di pinggir Lebuhraya Karak. Untuk sampai ke air terjun ini, anda perlu memulakan aktiviti meredah hutan dari lokasi yang dinamakan sebagai Jungle Lodge (terletak di sepanjang Jalan Gombak lama ke Genting Highland). Perjalanan ke sana akan mengambil masa selama satu jam. Anda akan menyeberangi sungai beberapa kali, melalui terowong yang terletak di bawah Lebuhraya Karak dan mendaki melalui hutan berusia 100 tahun. Anda boleh melewati terowong dengan mengharungi laluan yang mempunyai air atau berjalan di bahagian tebing. Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati sensasi ala spa dengan air sungai yang menempatkan ikan-ikan kecil menggigit manja kulit-kulit mati yang terdapat di tapak kaki anda,
5) Sungai Chiling
Sungai Chiling adalah salah satu daripada air terjun yang menakjubkan dan luar biasa yang terdapat di Negeri Selangor. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa kira-kira satu jam melibatkan aktiviti berjalan dan meredah hutan, Jadi anda perlu bersiap siaga untuk sebuah penggembaraan dengan keberangkalian pakaian menjadi basah seusai sampai ke lokasi. Air terjun dan sungai ini merupakan salah satu dari tapak Perlindungan Ikan Mahseer yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor. Air terjun Chiling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama manakala 2 paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam.
Sumber: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Blue Tears Di Kuala Selangor
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
View this post on InstagramA post shared by Sky Mirror Kuala Selangor (@skymirrormalaysia) on
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Sumber Foto: wonderfy.asia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Masuk ‘Bali Malaysia’, Patutlah Ramai Singgah Pantai Pasir Lanun
Pantai Pasir Lanun ini tempat viral ‘Bali Malaysia’ katanya, ramai orang pergi sini dek kerana pemandangannya yang cantik.
Geng kaki healing memang suka lah view macam ini. Salah satu tempat best di Mersing, hidden gems iaitu Pantai Pasir Lanun, Mersing Johor.
Buat pengetahuan anda, sebenarnya Pantai Pasir Lanun ini memang dah berkurun wujudnya. Yang sekarang ni viral adalah laluan jalannya.
Jalan baru ni telah diturap bagi memudahkan pengunjung singgah. Jalan baru ini melalui bahagian berbukit tinggi dan curam. Oleh kerana kedudukan jalan ini laluan berbukit dan di bahagian tepi laut, boleh anda bayangkan suasana pemandangannya tak?
Tip Masuk Pantai Pasir Lanun
1. Datang hari bekerja.
Kalau pergi hujung minggu, tak mampu nak
healing. Ramai betul orang menyinggah pun.
2. Pergi belah petang.
Kalau anda jenis suka tengok matahari terbenam, sila datang belah petang. Bonus anda akan nampak sunset dari bukit. Awesome!
3. Cuaca elok, bukan nak hujan.
Kaji cuaca sebelum datang, jangan datang waktu cuaca mendung. Tak feel lah, duduk kejap dah hujan.
4. Kenderaan tak semput.
Pasal bukitnya mencanak. Berjaga-jaga takut tetiba kenderaan ada masalah pula.
5. Pastikan bawa geng pandai ambil gambar/video.
Ini sangat penting. Tempat dah lawa, yang ambil gambar pula tak reti. Sedih kan?
Landmark:
Waze Pantai pasir lanun penyabung, bersebelahan dengan jeti penyabung. Dah sampai kawasan penyabungg, masuk ke kanan. Terus naik bukit. Hati-hati. (bukit curam)
Oleh kerana kawasan ni agak pedalaman, memang tiada pengangkutan awam disediakan. Jadi, kalau nak ke sini kena datang sendiri.
Dah alang-alang sampai sini, boleh lah singgah lokasi berdekatan.
Tempat best yang berdekatan:
1. Jeti penyabung.
2. Ikan Celup Tepung (|CT)
3. Resort, challet dan campsite.
3. Pantai penyabung, teluk gorek, pantai mawar, Teluk Arong.
Hah, sudah tahu tempat best di Mersing Johor, selepas ini boleh lah ajak keluarga datang bercuti di sini. Sesekali kena pulihkan emosi yang berat dengan suasana cantik begini. Barulah nikmat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI