Kalau dahulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja.

Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim cuaca tidak menentu ini. Ini ada beberapa cadangan pusat membeli-belah yang menarik untuk membawa si kecil tersayang di sekitar kawasan Lembah Klang.

Keriangan Berganda Di Taman Tema Indoor Skytropolis Funland, Genting Highland

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama AndaSkytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.

Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.

Dunia London Si Kecil The Parenthood Sunway Pyramid West & Sunway Putra Mall

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

The Parenthood terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West dan kuha Sunway Putra Mall khusus untuk seisi keluarga, ‘The Parenthood’ Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman keibubapaan masa kini untuk setiap golongan.

Reka bentuk luar biasa dilengkapi ‘Big Ben’ iaitu bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik di sepanjang jalan bertanda kuning dan berlatarbelakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis kota London yang mengagumkan.

IKLAN

Meluncur Ais Di 101 Mall Putrajaya & Sunway Pyramid

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.

Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda
mde

Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah IOI City Malll di The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.

Aktiviti Indoor Pecah Lemak Di District 21

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

IKLAN

Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.

Lakukan Apa Sahaja Di Dunia KidZania Kuala Lumpur

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.

Taman Tema Indoor Cosmo World Di Berjaya Times Square

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

IKLAN

Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.

Menggembara Di Petrosains KLCC

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.

Menyelam Di Aquaria KLCC

7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda 7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras de­ngan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.

Sumber Foto: Google Image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI