9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Andai berhajat ke Singapura, jangan ketinggalan melawat tempat-tempat popular malah menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara. Libur berkongsi lokasi wajib anda kunjungi. Biarpun Singapura kecil, namun memiliki tempat pelancongan yang pelbagai, unik dan menarik.

Sentosa Island

 Sentosa Island ini ialah pulau yang berbeza dari Pulau Singapura. Di sini terdapat hiburan dan keseronokan antara lain pantai, tempat hiburan, restoran dan lapangan golf.

Akses menuju ke Sentosa Island ini ialah menggunakan kereta gantung (Sentosa Skyride). Anda dapat menikmati pemandangan kota Singapura dari kereta gantung ini.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Merlion Park (Mermaid and Lion)

Patung Merlion berada di 1 Fullerton Rd, Singapura, Merlion Park ialah taman awam yang boleh diakses oleh siapa pun. Di sinilah terletaknya  Patung Merlion tempat tumpuan pelancong untuk bersantai sambil mengabadikan kenangan berlatar belakangkan patung ini.  

Patung Merlion berbentuk ikan duyung dengan kepala singa ini, dianggap sebagai ikon Singapura yang paling terkenal. Suasana malam, pemandangan lebih menarik dengan pancaran cahaya lampu yang gemerlap.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

 Orchard Road

IKLAN

Ramai pelancong berkunjung Orchard Road kerana lokasinya yang strategik. Jalan Orchard ini sudah terkenal bagi pelancong asing dan menjadi pusat membeli-belah buat mereka yang melancong ke negara ini. Tempat popular di sini ialah Lucky Plaza serta mall Ion Orchard.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Marina Bay Sands  

Ketika ini ramai pelancong  ingin mengabadikan memori dengan latar belakang Marina Bay yang berlokasi di Sands 10 Bayfront Avenue, Singapura, selain Patung Merlion. Latar belakang  Marina Bay Sands melengkapi diri bahawa anda sedang berada di Singapura.

Marina Bay Sands ini terdiri dari tiga buah bangunan yang dihubungkan dengan bangunan mirip kapal sehingga tempat ini kelihatan unik. Di dalam Marina Bay Sands terdapat ribuan hotel, gedung membeli belah, kasino, teater, restoran, kelab malam, ruang kesenian juga taman.

Uniknya, terdapat kolam renang terpanjang ukuran 150 meter di ketinggian 200 meter dengan pemandangan kota Singapura. Pada malam hari ada pertunjukan “Wonder Full—Light & Water Spectacular” berupa laser, efek, dan cahaya.

Universal Studios Singapore  

IKLAN

Universal Studios terletak di Sentosa Gateway, Singapura. Terdapat banyak restoran dan kios yang menjual pelbagai cenderahati unik khas Universal Studios. Untuk menikmati setiap permainan di Universal Studios Singapore anda perlu membeli tiket masuk. Jangan lupa berselfie di depan ikon Universal Studios berupa bola dunia yang berputar,di pintu masuk.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Jurong Bird Park

Jurong Bird Park merupakan taman burung terbesar seluas 20 hektar berlokasi di Jurong Hill, Singapura. Terdapat pelbagai spesies burung dari seluruh dunia dan burung langka dunia.

Ada dua jenis pertunjukan burung di Jurong Bird Park yaitu Kings of the Skies Show dan High Flyers Show. High Flyers Show dikatakan lebih menarik, burungnya lebih lucu.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

 Masjid Sultan

IKLAN

 Masjid yang berlokasi di  Muscat Street, Singapura, Kampung Glam ini ialah masjid pertama dan tertua di negeri Singapura. Masjid Sultan ini sampai saat ini tetap menjadi salah satu tarikan pelancong. Awalnya masjid ini dibangun pada tahun 1826, oleh masyarakat Jawa yang merantau menjadi pedagang di Singapura. Masjid ini memiliki keunikan kerana kubah emas serta interiornya yang indah.

 Arab Street

Arab Street merupakan area perpaduan antara Melayu dan Timur Tengah. Terdapat kafe kecil yang menjual teh tarik, namun juga tempat yang menjual murtabak. Bagi pelancong muslimboleh datang ke Kampong Glam Cafe yang menyajikan menu halal.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Haji Lane

Lokasi  jalan paling trendi di Singapura, itulah kata yang tepat untuk menggambarkan suasana di Haji Lane. Haji Lane merupakan jalan kecil tidak jauh dari Arab Street dengan suasana santai. Jalan kecil di sini sangat menarik dihiasi grafiti. Anda boleh menemui rumah kedai Cina yang berusia lebih dari seratus tahun.

Bangunan ini tetap rapi dan terjaga serta dicat warna-warni. Bangunan sepanjang jalan Haji Lane ini dimanfaatkan sebagai kafe, restoran kecil dan butik-butik lokal Singapura.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Ramai pelancong mengunjungi jalan ini menjelang malam ketika kafe mulai dibuka. Banyak produk tekstil antaranya kain sifon, sutera  dan pelbagai kain warna-warni dijual sepanjang trotoar. Selain itu anda juga boleh membeli wangian, permaidani bahkan Batik Indonesia.

9 Tarikan Di Singapura Yang Wajib Anda Kunjungi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI