Persoalan yang selalu bermain dalam kepala lebih-lebih lagi saat-saat akhir sebelum nak siap packing beg. Yela, toiletries ni beg kecik dan side item berbanding barang-barang keperluan penting yang lain.
Tapi, FYI, kalau tak ada toiletries ni, baru tahu erti penyesalan. Sebab dalam toiletries ni la ada semua kelengkapan kebersihan diri macam sabun mandi, shampoo, ubat gigi, dan macam-macam lagi benda lain. Pssttt.. Kalau tengok perempuan punya barang, anda akan faham la. Toiletries dia boleh bukak kedai runcit.
Barang yang terlalu banyak dalam toiletries pun tak sesuai juga untuk travel tau sebab memberatkan beg. Nak buat apa bawa banyak barang kalau kadar nak pakai pun tak la sebanyak mana.
Jadi jom Libur kongsikan items dan tips kepada anda apa barang dalam toiletries yang just nice untuk anda bawa:
??Berus gigi, ubat gigi, flos, cecair mulut
??Berus atau sikat rambut, ikatan rambut, barrettes / pin bobby
??Deodorant
??Shampoo and conditioner
??Pelindung matahari dan muka dengan SPF
??Alat solek yang diletakkan didalam satu beg/wristlet
??Pembersih muka, makeup remover dan q-tips
??Pelembap / Losyen waktu malam
??Balm bibir dengan SPF dan lipstik atau lip gloss
??Barang kebersihan diri
??Produk kebersihan feminin
??Ubat dengan label supaya anda boleh isi semula jika diperlukan
??Cologne / minyak wangi
??Cermin kecil
??Produk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggut
??Sedikit sabun basuh baju
??Kit pencukur dan pisau cukur tambahan
??Kit jahit / penjagaan pakaian, penghilang kotoran
??Tisu muka atau tisu tandas
??Travel Towel
??Gunting, gunting kuku, dan pinset
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pergi Tengok Olimpik Jepun 2020 Nanti Jangan Bawa Dron!
Penggunaan dron masa kini seakan menjadi satu trend bagi pelancong terutama mereka yang mahir dalam penggunaan gajet dan fotografi dalam siri pengembaraan yang dipilih. Ia satu khabar yang baik dalam industri pelancongan dan fotografi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Cuma, sejak akhir-akhir ini, sering kedengaran kisah yang membabitkan penyalahgunaannya sama ada membabitkan kes di dalam dan luar negara. Penggunaan dron secara meluas telah banyak mendatangkan ancaman, pengintipan dan juga mampu membunuh. Di Malaysia sendiri ada akta yang diperuntukan untuk salah laku penggunaan dron.
Undang-Undang Penggunaan Dron Di Malaysia
- Penggunaan dron termaktub bawah Civil Aviation Regulation 2016 (CAR 2016) atau Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 bawah Kaedah 140 hingga 144.
- Bagi pengendali dron yang melanggar undang-undang, hukuman bawah Peraturan 206 (3)(a) atau 206 (3)(b) CAR 2016 boleh dikenakan iaitu individu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
- Syarikat yang didapati bersalah pula boleh didenda tidak lebih RM100,000.
- Bagi dron yang digunakan untuk mengambil gambar atau merakam video, ia tertakluk Akta.
- Rahsia Rasmi 1972 bawah Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 iaitu Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat.
- Pengendali dron yang ingin menjalankan kerja mengambil gambar atau video dan kerja ukur perlulah memohon permit bagi menjalankan aktiviti.
- Sekiranya pengendali dron melakukan kesalahan dengan mengambil gambar di kawasan larangan dan sensitif tanpa permit, pengendali boleh disabitkan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 bawah Seksyen 4 iaitu larangan mengambil atau membuat apa-apa suratan, ukuran, pemeruman atau kerja ukur mengenai atau dalam sesuatu kawasan larangan yang membolehkan hukuman iaitu dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun.
- Pengguna yang menerbangkan dron di kawasan sensitif yang digazetkan, mereka boleh didakwa bawah Seksyen 7 iaitu larangan membawa perkakasan fotografi yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Jepun Perketat Syarat Baru Penggunaan Dron
Di Jepun pula, indidividu yang mengendalikan dron tidak kira warganegara atau pelancong luar, anda perlu mengikut peraturan baru yang diperkenalkan. Undang-undang pengendalian dron telah diperketatkan hingga melaksanakan hukuman penjara buat pesalah. Dewan Rakyat meluluskan undang-undang baru itu, susulan siri kemalangan membabitkan peranti terbang berkenaan meningkat.
Jepun juga berdepan isu berkait penerbangan dron oleh pelancong di kawasan sesak atau tumpuan pelancong asing seperti Kyoto. Ia boleh membahayakan keselamatan.
Pada tahun 2017 di Jepun, sebuah dron bersaiz industri diterbangkan pada satu festival robot di bandar Ogaki di tengah Jepun dan sepatutnya menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak kecil. Bagaimanapun, peranti yang dikendalikan oleh individu berkelayakan mencederakan enam orang selepas terjatuh ke tanah dari ketinggian 10 meter.
Antara undang-undang diperkenalkan Jepun bagi pengguna dron:
- Tindakan menerbangkan dron seberat 200 gram dalam keadaan mabuk boleh menyaksikan pesalah didenda sehingga 300,000 yen (RM11,520).
- Tindakan melakukan aksi berbahaya menggunakan dron seperti membuatkannya menjunam pada sudut berbahaya juga boleh menyebabkan seseorang itu didenda sehingga 500,000 yen (RM19,200).
- Lokasi tumpuan ramai, penjalan kaki atau kenderaan.
- Jepun meluluskan beberapa undang-undang untuk mengharamkan penerbangan dron di lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
- Larangan menerbangkan dron di kawasan fasiliti tentera.
- Melarang penggunaan peranti kawalan jauh itu di Pejabat Perdana Menteri dan istana.
Sumber: Japancheapo
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kajian Saintifik Kata Kesan Bawa Anak Bercuti Dapat Tingkatkan IQ Si Kecil
Ada banyak kelebihan apabila mak ayah bawa anak-anak pergi bercuti yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran mereka. Sebagai mak ayah yang dicintai anak-anak, sekurang-kurangnya peruntukkan sedikit masa dan asingkan sedikit bajet untuk bawa anak-anak keluar bercuti walaupun sekali seumur hidup.
Perkongsian daripada Zainurulazwa Zakaria menjelaskan membawa anak dan keluarga bercuti ini memerlukan komitmen lebih-lebih lagi ketika anak-anak masih kecil, renyah. Kalau bukan kaki berjalan, memang confirm tak bawa anak berjalan tetapi sebolehnya, sebagai mak ayah perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least setahun sekali! Disamping erat hubungan keluarga, ada sebab saintifik mengapa mak ayah perlu bawa anak-anak anda bercuti.
6 sebab saintifik mengapa perlu bawa anak bercuti
1. Dapat mencipta memori indah zaman kanak-kanak
Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga. Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.
2. Mengasah kemahiran berfikir anak-anak
Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak. Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
3. Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak. Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.
4. Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik. Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat
5. Bantu kurangkan hyper active
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau. Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum. Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.
6. Buat anak lebih positif dan gembira
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes. Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.
Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari. Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai: “Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit. Dah ade duit sikit, masa pulak takde. Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”
Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya.
Kepada mak ayah diluar sana, bawalah anak-anak anda bercuti dan berikan mereka masa bersama dengan anda. Percayalah, peluang hanya datang sekali. Berikan mereka peluang untuk bermesra dengan anda sebelum segalanya terlambat.
Sumber: Zainurulazwa Zakaria
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kompresor Kompak VAGO: Gadget Travel Yang Boleh Berikan Ruang Bagasi Lebih Besar Kepada Anda
Aktiviti percutian menjadi semakin popular pada hari ini dan pelancong gemar untuk menikmati budaya yang berbeza di pelbagai tempat dan mereka berhadapan pelbagai situasi semasa perjalanan. Selain dari bandar ke luar bandar untuk menikmati pemandangan yang indah, apa yang setiap pelancong mahukan adalah membawa pulang kenangan manis serta cenderahati yang banyak untuk rakan taulan.
Lebih ruang untuk cenderahati
Berikutan had saiz bagasi, bagaimana cara untuk membawa lebih banyak cenderahati balik ke tanah air? VAGO adalah satu peranti kecil yang boleh dibawa sepanjang perjalanan dan percutian dengan mudah. Ia boleh memampatkan pakaian secara automatik. Justeru, mewujudkan ruang tambahan dalam bagasi anda.
Lebih ruang lebih kompak
Untuk pengetahuan anda, pakaian, beg dan bahan-bahan lembut menggunakan sebahagian besar ruang dalam bagasi, kerana kebanyakan bahan-bahan ini terisi oleh angin. VAGO ini menyedut angin yang ada dalam bagasi anda dan menggunakan pemampat vakum untuk mengeluarkan angin daripada pakaian, untuk mendapatkan lebih banyak ruang dalam bagasi.
Alat kecil berkuasa tinggi
Dengan satu alat yang kecil, anda boleh mengecilkan barang-barang yang lembut seperti pakaian dan tuala ke dalam bekas vakum, sama ada untuk mengasingkan yang bersih daripada yang kotoratau untuk memberikan ruang yang lebih luas dalam bagasi anda ketika benar-benar diperlukan. VAGO ini cukup mudah digunakan; hanya dikuasakan mengguna pot mikro USB dan mampu membantu untuk masukkan pakaian anda ke dalam beg yang lebih kecil. Sensor pintar VAGO secara automatik berhenti apabila proses memvakum selesai dilakukan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI