Peminat Liverpool di Malaysia berpeluang berada ‘dekat’ dengan pasukan kegemaran mereka, selepas Kuala Lumpur disahkan sebagai antara destinasi jelajah khas LFC World pada 20 dan 21 April ini yang berlangsung di One Utama Centre Court.
Dalam hab itu, peminat akan dapat merasai sendiri pengalaman berada di Anfield dengan replika Shankly Gates, pintu masuk bersejarah yang menjadi ikon stadium Anfield dan papan tanda ‘This Is Anfield’.
Terdapat juga bilik persalinan khas LFC World yang mana peminat boleh duduk di bawah baju pemain LFC kegemaran mereka seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino bagi mencipta imej bilik persalinan ikonik mereka sendiri.
Selain pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk peminat mengambil bahagian dan hadiah istimewa serta cenderahati, peminat juga dapat bertemu wira LFC iaitu Jason McAteer, Sami Hyppia dan Steve McManaman.
Sementara itu, Hyppia berkata: “Bagi Reds di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur adalah tempat yang perlu dikunjungi. Kami tahu tidak semua peminat boleh ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan mereka. Kami tidak sabar untuk berjumpa semua, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat.”
Sumber: hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Sampah Di Sepanjang Trek Ke Puncak Fiji, Jangan Pelik Kerana Orang Jepun Terdidik Dari Kecil
Islam mengajar cara menjaga kebersihan kepada umatnya. Baik dari bab kebersihan diri, sebelum berwuduk, ketika ingin solat serta lain lagi, aspek kebersihan ada di titik beratkan. Namun adakalanya, bila menyentuh bab menjaga kebersihan, kita hanya mahu rumah kita saja bersih tapi kalau di luar rumah, kita sering berfikir ada orang lain tukang bersihkan.
Dan hasilnya, tempat-tempat peranginan kita dipenuhi dengan sampah sarap kerana adanya pemikiran sebegitu. Dikongsi dari catatan fb oleh Zunita Ramli yang menetap di Jepun, owner dan founder Tokyo Organik HQ ini berkongsi kenapa tiada sampah di Jepun. Baca catatan darinya.
Masa saya panjat Gunung Fuji bulan lepas, saya memang tak nampak satu pun sampah, walaupun tong sampah tak disediakan di sepanjang pendakian Gunung Fuji tersebut. Nak kata tak ramai orang daki, tak juga, sebab Gunung Fuji ni antara gunung yang ramai orang daki iaitu kira-kira 20,000 orang setiap tahun.
Pelik? Sebenarnya tak lah pelik pun.
Orang Jepun ni sebenarnya dah dididik untuk jaga kebersihan sejak kecil lagi. Mereka anggap jaga kebersihan ni adalah satu tanggungjawab bersama yang wajib setiap orang buat. Jadi tak hairanlah kalau dekat sekolah-sekolah rendah di Jepun ni, memang tak ada janitor (tukang sapu sampah) pun.
Semua kerja pembersihan, murid sendiri yang buat. Dari basuh tandas, mop lantai kayu (biasanya lantai jenis parquet), lap tingkap, sampai lah ke susun rak dalam kelas, semua dilakukan oleh murid sendiri.
Betapa seriusnya mereka ambil berat pasal didikan kebersihan ni, sampaikan sekolah sediakan satu masa khas dalam jadual kelas untuk tujuan pembersihan setiap hari. Bagi mereka, sahsiah kanak-kanak perlu dibentuk sejak di bangku sekolah, termasuk jaga kebersihan.
Selain tu, budaya dan expectation masyarakat Jepun tu sendiri saya kira membentuk situasi macam ni.
Bila semua orang jaga kebersihan, tiber pulak kita sorang yang suka buang sampah merata, benda ni akan jadi isu besar dalam masyarakat mereka. Orang Jepun secara amnya adalah bangsa homogeneous (satu bangsa) jadi mereka mempunyai fikiran yang sealiran. Mereka tak suka jadi ganjil dalam masyarakat, jadi benda ni jadikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk disiplin dan jaga kebersihan.
Tapi saya kira ibu bapa pun memainkan peranan sangat penting juga. Ibu bapa Jepun yang dah terbiasa dengan amalan jaga kebersihan ni secara tak lansung ajar anak-anak mereka juga untuk jaga kebersihan dan tak buang sampah merata-rata. Orang Jepun kebiasaannya akan simpan sampah dan buang bila jumpa tong sampah. Kalau tak ada, mereka akan buang di rumah mereka sendiri.
Saya kira gabungan tiga faktor ni penyebab penting kenapa Jepun berjaya didik rakyat dia untuk jaga kebersihan dan jadi antara negara yang bersih di dunia. Dan tak hairanlah kalau Lapangan Terbang Haneda di Tokyo juga dianugerahkan sebagai lapangan terbang paling bersih di dunia pada tahun 2020 dan 2021.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beruang Kutub Ditemui Kebuluran Sedang Makan Sampah Meruntun Hati Penduduk Dunia
Memang teruja kalau nampak beruang kutub yang hanya boleh dilihat di kutub utara muncul di kawasan biasa orang ramai. Namun sayu hati melihat kelibat beruang kutub itu kerana ditemui sedang merayau dalam keadaan lemah, kebuluran dan sedang makan sisa kotoran di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia.
Situasi itu telah menggemparkan institusi pemuliharaan haiwan dan meresahkan golongan pemerhati sedunia khususnya pencinta haiwan serta alam sekitar. Beruang kutub ini telah meninggalkan habitatnya di Artik yang sejauh ratusan kilometer itu membuka mata ramai tentang isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat dan juga kerosakan besar yang dilakukan manusia.
Perubahan iklim ternyata telah memusnahkan habitat dataran ais di kutub dan itu memaksa haiwan-haiwan di situ bergerak lebih jauh untuk mencari makanan di tanah yang didiami manusia. Setakat ini masih tiada butiran terperinci tentang bagaimana beruang kutub itu sampai di Norilsk.
Beruang itu akhirnya berjaya ditempatkan di sebuah zoo di bandar Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan susulan.
Ketika gambar dan video beruang betina berusia dua tahun itu mula tular di Norilsk, ia dalam keadaan sangat tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.
Syarikat minyak Rosneft, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya turut terlibat dalam operasi memindahkan haiwan tersebut dari Nirilsk ke Krasnoyarsk. Beruang itu kini akan menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya.
Seorang pakar hidupan liar, Oleg Krashevsky, yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa ia berkemungkinan tersesat. Tambahnya, semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas. Buat masa ini beruang itu terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Kongsikan Sesuatu Di Media Sosial Sebab Mungkin Kena Check Waktu Nak Travel Ke Negara Lain
Kepada anda yang plan nak ke luar negara, please take note yang anda perlu berhati-hati dalam berkongsikan apa-apa di media sosial masing-masing sebab, ada kemungkinan sesuatu negara yang anda lawati itu akan memeriksa setiap media sosial kepunyaan anda.
Sebagai contoh untuk anda yang nak mohon visa ke Amerika Syarikat (AS), anda perlu senaraikan kesemua platform media sosial yang anda ada sebelum permohonan visa boleh diteruskan.
Penguatkuasaan peraturan baharu ini selaras dengan langkah pentadbiran Donald Trump untuk memperketatkan tahap keselamatan untuk pelancong atau imigran masuk ke negera itu.
Semua ini adalah atas dakwaan faktor keselamatan, sekiranya anda didapati berkongsikan sesuatu yang mempunyai unsur-unsur keganasan dan sebagainya, permohonan anda untuk melawati sesuatu negara itu mungkin dibatalkan.
Selain daripada senarai platform media sosial, anda yang didapati berisiko tinggi terhadap faktor keselamatan juga perlu mengemukakan alamat email dan butiran nombor telefon yang pernah anda miliki sebelum ini.
Peraturan baharu itu, menurut laporan daripada Associated Press (AP), akan menjejaskan lebih kurang 710 ribu pemohonan termasuk anda yang ingin ke sana atas tujuan pendidikan atau perniagaan.
Semua permohonan visa baru ke AS perlu menyenaraikan semua nama akaun media sosial mereka yang terkini sehingga lima tahun yang lepas seperti akaun Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, TikTok, WeChat, Weibo dan sebagainya.
Selain daripada itu, anda yang didapati mempunyai risiko tinggi perlu menyenaraikan semua nombor telefon, alamat email, maklumat perjalanan, termasuk maklumat mengenai keluarga terdekat sekiranya mereka ada terlibat dengan aktiviti keganasan.
Kalau anda ingin pergi ke AS dan mahu membuat permohonan visa ke sana, pastikan anda mempunyai maklumat yang disenaraikan di atas untuk mengelakkan kelewatan dalam proses permohonan visa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI