Sabah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber alam semulajadi, hasil bumi yang pelbagai dan lokasi yang menarik menjadi tumpuan dunia. Terbaru Sabah kini telah didedahkan menjadi salah sebuah negeri pengeluar emas utama di Malaysia. Tahniah Sabah!

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia ‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia ‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

Bagaimanapun Pahang dan Kelatan masih merupakan pengeluar utama emas di negara ini. Pada tahun 2018, terdapat 19 buah lombong emas yang beroperasi di seluruh negara iaitu 10 lombong di Pahang, enam di Kelantan, dua di Terengganu dan sebuah di Sabah.

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

Pahang masih lagi memegang status pengeluar utama emas negara pada tahun 2018 dengan pengeluaran sebanyak 1.5 juta gram diikuti dengan Kelantan (1.13 juta gram) dan Sabah (75,750 gram). Lombong emas di Terengganu masih tidak mencatatkan pengeluaran pada tahun yang sama kerana masih dalam peringkat pembangunan lombong.

IKLAN

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

Bagaimanapun, di Sabah hanya ada sebuah sahaja lokasi melombong emas yang beroperasi iaitu di Balung, Tawau. Lombong emas tersebut mendapat pajakan melombong emas seluar 945 hektar atau 2,338 ekar. Lombong berkenaan mula membuat pengeluaran emas pada September 2018 dan sehingga Mac 2019, sebanyak 230,000 gram emas telah direkodkan dengan nilai lebih kurang RM40 juta.

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

IKLAN

Menurut laporan permohonan pembaharuan Skim Pengendalian Melombong di bawah Akta Pembangunan Mineral 1984, sumber emas yang masih terdapat di lombong itu adalah sekitar 6,500 kilogram. Berdasarkan kepada prestasi satu-satunya lombong emas di Sabah setakat ini, pengeluarannya agak memberangsangkan dan dijangka dapat mengekalkan pengeluarannya untuk beberapa tahun akan datang.

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

IKLAN

Begitupun, Sabah masih mempunyai beberapa kawasan lain yang telah dikenal pasti mempunyai sumber emas untuk dibangunkan antaranya Ranau, West Sualog dan Kiabau.

‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia ‘Bling Bling’ Sabah Sekarang! Sejak-Sejak Jadi Negeri Terbaru Pengeluar Emas Utama Malaysia

Untuk yang suka akan rantai, gelang atau cincin, lepas ini bolehlah ramai-ramai ke Sabah beli emas yang sudah dijadikan perhiasan. Mungkin suatu hari nanti harga emas di Sabah murah dan berbaloi untuk dibeli. Mana nak tahu kan 🙂

Sumber: Astro Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI