Sebelum ini tular mengenai kisah percutian sebuah keluarga rakyat Malaysia yang dihalau ‘owner’ Airbnb gara-gara menipu jumlah sebenar yang datang menginap. Sewaktu membuat tempahan, pelancong rakyat Malaysia tersebut membuat tempahan untuk menginap hanya seorang sahaja. Namun tiba-tiba yang muncul sekitar 9 tetamu lain yang dibawa sekali. 

Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia!

Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia!

IKLAN

Berang dengan ‘penipuan’ yang dibuat oleh pelanggan tersebut, pemilik Airbnb terus membatalkan tempahan lalu menghalau mereka sekeluarga. Bukan itu sahaja, malah polis juga dihubungi untuk masuk campur dalam kejadian ini. Kejadian tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia lain yang berada di negara tersebut, namun tidak dapat membantu kerana tempat penginapan yang terhad.

Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia!

IKLAN

Untuk makluman ramai, pengurusan penginapan di luar negara memang mengambil berat dan memandang serius mengenai jumlah tetamu untuk setiap bilik penginapan yang ditempah. Ini sebagai langkah keselamatan dan juga menjaga tahap kebersihan setiap bilik di premis penginapan mereka.

Kejadian ini bagaimana pun mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakkannya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit. Mereka mengatakan rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ‘kedekut’ ini ketika bercuti. Kalau boleh tempahan untuk satu bilik biasa yang selesa memuatkan 2 orang sahaja, tiba-tiba boleh ada sehingga 6 ke 7 orang siap dengan alas ‘toto’ bagai. Hebat rakyat Malaysia!

IKLAN

Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia! Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia! Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia! Booking Airbnb Untuk Seorang Tetapi Yang Muncul Sembilan Orang. Buat Perangai Betul Rakyat Malaysia!

Di Malaysia sendiri, dengar cerita sudah mula untuk memperketatkan undang-undang jumlah tetamu yang menginap. Sebelum ini mungkin ada hotel, resort atau homestay yang tutup mata, tetapi kini ada yang sudah ‘tersedar’ dan mula mengenakan caj yang lebih kepada tetamu yang merahsiakan jumlah tetamu sebenar. Oleh itu, jika ingin bercuti, pandai-pandailah untuk menguruskan kewangan dan mencari tempat penginapan mengikut bajet anda. Paling penting bercuti dalam keadaan selesa dan gembira.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI