Elemen penting dalam setiap trip percutian adalah tempat penginapan yang terbaik dan keindahan, keselesaan, kemudahan sesuai dengan harga yang kita keluarkan untuk mendapatkan tempat penginapan tersebut.

Sekalipun anda mengeluarkan harga yang mahal untuk mendapatkan serba serbi yang disebutkan di atas tadi, tidak pernah sesekali segala barang yang ada di tempat penginapan tersebut menjadi milik anda, apatah lagi untuk dibawa balik sesuka hati.

Saya terfikir, apa yang bermain di kepala sang penglibur itu untuk membawa balik barangan di hotel tanpa kebenaran a.k.a mencuri? Tak ke mereka sedar bahawa zaman sekarang zaman viral. Apa sahaja yang anda lakukan, dengan mudah akan tersebar ke serata dunia.

IKLAN

Itu yang terjadi kepada satu keluarga dari India yang datang bercuti ke Bali, Indonesia baru-baru ini. Terakam satu video yang menunjukkan keluarga tersebut kantoi mencuri di salah satu hotel penginapan di sana.

Suspek adalah dari India dan lokasi kejadian di Bali tapi disebabkan zaman viral yang saya katakan tadi, nah, sampai ke Malaysia tahu cerita mereka kantoi mencuri.

Apa yang berlaku dalam video tersebut adalah sebuah keluarga dari India menjadi tular khususnya dalam kalangan pengguna media sosial Indonesia sewaktu mereka bercuti di Bali. Mereka ditahan kerana didapati mencuri barangan dari hotel yang mereka inap.

IKLAN

Pada awalnya, ketika perbuatan mereka terbongkar sewaktu hendak meninggalkan hotel, keluarga itu cuba menafikan malah mengherdik pihak pengurusan hotel dan pegawai keselamatan yang mahu memeriksa bagasi mereka.

Namun, selepas pihak pengurusan berkeras, bagasi-bagasi mereka telah dikeluarkan semula dan beberapa barangan dalam bilik hotel seperti cermin muka, penyangkut baju, alat pengering rambut, bekas pasu rotan, pembesar suara, tuala dan botol besar barangan penjagaan tubuh ditemui.

IKLAN

Menyedari mereka tiada pilihan lain, kerana melakukan kesalahan mencuri dan mahu dibawa ke pihak polis, salah seorang daripada keluarga itu menyatakan bahawa mereka akan membayar harga barangan yang diambil tersebut.

Nah. Kau dah lah kantoi mencuri, nak menipu lagi. Alih-alih kau nak setel belakang?! Tak ada sivik betul la.

Kepada pelancong-pelancong dari Malaysia, tolong la jangan buat hal bila anda melancong ke luar negara. Zaman sekarang ni sekejap je berita nak sampai ke sini. Jangan sampai saya terpaksa buat berita anda buat hal ketika melancong di luar negara, sudah lah.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI