Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.

Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.


Dan Semalam, seramai tiga pelajar universiti ditemui maut dalam sebuah gua di Bandung,Indonesia selepas mereka terperangkap di dalamnya akibat hujan lebat dan banjir. Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan di gua Lele semalam menemukan lima orang yang masih hidup. Menurut salah seorang pelajar yang terselamat, cuaca adalah normal ketika pelajar memasuki gua berkenaan namun hujan lebat turun secara tiba-tiba. Air masuk ke dalam gua seperti air terjun. Pada awalnya hanya lima pelajar berada di dalam gua. Tiga yang lain datang untuk membantu tetapi terperangkap. Difahamkan, kesemua pelajar terbabit adalah sebahagian daripada kelab alam semula jadi universiti dan pergi ke gua itu untuk berlatih dalam meneroka asas gua.




Dua insiden mengenai aktiviti penorakaan gua ini perlu dijadikan tauladan dan pengajaran yang besar kepada semua orang.

IKLAN

Sebelum Meneroka Gua Apa Yang Perlu Dilakukan?



IKLAN
IKLAN
  • Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
  • Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.
  • Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
  • Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh 'mengganggu' pengunjung yang lemah semangat.
  • Pakai pakaian yang bersesuaian.
  • Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
  • Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.
  • Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
  • Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
  • Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
  • Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.