Pelancong dan sesiapa sahaja dianggap melakukan kesalahan berat sekiranya didapati merakam gambar atau berswafoto ketika pesawat sedang berlepas atau sedang mendarat berhampiran Pantai Mai Khao, Phuket. Biar betul ni?

Pihak berkuasa Thailand menjelaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati kerana mengganggu juruterbang dan keselamatan kesemua penumpang kapal terbang.

Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand

Mereka turut memberi amaran kepada pelancong bahawa ia adalah hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan mengikut Akta Navigasi Udara 1978 sekiranya pelancong atau penduduk tempatan masih berdegil. Manakala hukuman lebih ringan termasuk denda sehingga 40,000 baht (RM5,126) atau penjara sehingga 20 tahun.

IKLAN

Kebanyakan pelancong berkunjung ke situ untuk merakam gambar atau berswafoto di kawasan pantai dengan latar belakang pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang sibuk itu sebelum memuat naik gambar di akaun media sosial. Pantai Mai Khao, Phuket menjadi tarikan ramai kerana sudah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi mengambil gambar dengan kapal terbang dari jarak dekat. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, sehinggakan kawasan sekitar itu turut menempatkan pelbagai gerai jualan kerana penduduk tempatan akui pelancong sentiasa ramai berkungjung ke situ.

Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand

IKLAN

Namun tindakan itu menimbulkan kemarahan pihak lapangan terbang yang berjanji akan mendesak pihak berkuasa untuk menutup sebahagian kawasan pantai itu kerana boleh menyebabkan kemalangan.

IKLAN

Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand Hukuman Berat Diperkenalkan Buat Kaki Selfie Di Pantai Mai Khao Phuket, Thailand

Mereka tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengundang bahaya tetapi tindakan itu dipercayai berpotensi memberi gangguan kepada juruterbang, sama seperti dron dan pen laser. Timbalan pengurus besar lapangan terbang, Vijit Keawsaitiam berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan satu zon larangan di bawah laluan pesawat untuk menghalang pelancong mengambil gambar terlalu dekat.

Sumber: Dailymailmetro

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI