Bercuti dalam kumpulan yang ramai bersama teman-teman atau ahli keluarga yang sekepala memang menyeronokkan. Sepanjang percutian tersebut pasti banyak tempat menarik yang boleh dijadikan spot untuk ambil gambar.
Kalau ambil gambar berkumpulan atau ramai-ramai ni selalunya tak berdiri tegak, mesti silang kaki tambah dengan pandang tempat lain. Ataupun nak buat nampak kreatif sikit ambil gambar tunjuk simbol tangan ‘peace’ atau ‘love’. Itu sahajalah pose terbaik yang boleh diberikan.
Tak salah pun cara-cara tersebut, kadangkala berdiri tegak tetapi disuntik sedikit dengan elemen kreatif gambar yang terhasil sangat meletop. Ada banyak cara baru yang anda dan kumpulan anda boleh cuba tau.
Ada banyak kelebihan apabila mak ayah bawa anak-anak pergi bercuti yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran mereka. Sebagai mak ayah yang dicintai anak-anak, sekurang-kurangnya peruntukkan sedikit masa dan asingkan sedikit bajet untuk bawa anak-anak keluar bercuti walaupun sekali seumur hidup.
Perkongsian daripada Zainurulazwa Zakaria menjelaskan membawa anak dan keluarga bercuti ini memerlukan komitmen lebih-lebih lagi ketika anak-anak masih kecil, renyah. Kalau bukan kaki berjalan, memang confirm tak bawa anak berjalan tetapi sebolehnya, sebagai mak ayah perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least setahun sekali! Disamping erat hubungan keluarga, ada sebab saintifik mengapa mak ayah perlu bawa anak-anak anda bercuti.
6 sebab saintifik mengapa perlu bawa anak bercuti
1. Dapat mencipta memori indah zaman kanak-kanak
Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga. Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.
2. Mengasah kemahiran berfikir anak-anak
Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak. Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
3. Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak. Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.
4. Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik. Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat
5. Bantu kurangkan hyper active
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau. Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum. Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.
6. Buat anak lebih positif dan gembira
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes. Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.
Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari. Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai: “Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit. Dah ade duit sikit, masa pulak takde. Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”
Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya.
Kepada mak ayah diluar sana, bawalah anak-anak anda bercuti dan berikan mereka masa bersama dengan anda. Percayalah, peluang hanya datang sekali. Berikan mereka peluang untuk bermesra dengan anda sebelum segalanya terlambat.
Trend travel secara solo semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagi anda yang baru pertama kali ingin travel solo, anda boleh bermula dengan melancong ke destinasi yang dekat atau negara Asia. Mengembara solo bagi lelaki memang tidak asing lagi, namun untuk wanita, ianya mendapat reaksi dan persepsi yang negatif kerana dianggap berbahaya. Kebimbangan besar bagi pelancong perempuan solo adalah keselamatan.
Yang penting adalah anda perlu buat research terlebih dahulu dan betul-betul faham tentang tempat yang akan anda lawatI, sekurang-kurangnya semua benda telah tersedia.
Perancangan Awal
Apabila nak melancong solo, pelan terlebih dahulu. Lakukan beberapa perancangan awal, itu salah satu tip terbaik untuk pelancong solo. Anda tidak memerlukan pelan terperinci tetapi anda harus tahu, untuk malam pertama sekurang-kurangnya, di mana anda akan tinggal. Tempah tempat tinggal anda sebelum anda pergi.
Pack Barangan Yang Perlu Sahaja
Packing barang yang ala kadar sahaja supaya anda boleh menguruskan barang anda sendiri dengan mudah. Satu beg sahaja sudah memadai kerana ia sepatutnya cukup jika anda keluar selama satu minggu atau tiga.
Sampai Ke Destinasi Waktu Siang
Rancanglah untuk tiba ke destinasi pada hari siang supaya anda tidak cuba mencari jalan anda melalui bandar yang tidak dikenali dalam gelap, terutamanya semasa perjalanan bersendirian.
Berhubung dengan pelancong lain.
Bilik-bilik umum dan ruang istirahat asrama adalah tempat yang bagus untuk bertemu rakan-rakan jangka pendek serta mengambil tip yang sangat baik untuk perjalanan sahaja.
Bertemu dengan penduduk setempat
Temui penduduk tempatan semasa perjalanan solo. Berhubunglah dengan penduduk tempatan. Banyak bandar-bandar mempunyai pemandu pelancong tempatan percuma tetapi anda juga boleh berhubung dengan orang tempatan melalui laman-laman web.
Perhatikan dunia di sekeliling anda
Luangkan masa untuk memerhatikan bagaimana orang berinteraksi, dan bagaimana keadaan berfungsi. Semasa duduk di kafe, berjalan kaki, di bangku taman, atau hanya menghabiskan waktu senggang, anda boleh belajar bagaimana menggunakan transit awam, sama ada untuk membayar bil anda di meja atau di kaunter, bagaimana untuk membuat tip atau bagaimana untuk memanggil teksi dan banyak lagi .
Bersikap Terbuka
Ketahui cara bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Senyum dan mulakan perbualan. Bertanyalah soalan terbuka dan soalan susulan.
Relaks dan Chill
Pergi ke konsert dan teater jika berkunjung ke lokasi yang terkenal dengan semua ni. Semua boleh dilakukan secara solo.
Makan dan berkenalan dengan orang tempatan
Waktu makan juga boleh dijadikan waktu untuk bersahabat. Pergi ke restoran dengan meja seperti kaunter denga kerusi single yang memerlukan anda duduk bersebelahan dengan orang lain. Mintalah pendapat mereka tentang makanan tempatan yang sedap di situ sebagai memulakan perbualan.
Simpan barang-barang penting di satu tempat
Sentiasa jaga item penting anda di tempat yang sama dan semaklah dengan mudah. Pasport, dompet, kamera dan telefon. Ini adalah barang yang perlu diperiksa selalu kerana ia sangat penting.
Ambil foto anda sendiri
Ambil foto anda semasa perjalanan solo. Rakan-rakan anda akan lebih berminat dengan foto anda apabila anda balik nanti.
Guna Simkad Tempatan
Pertimbangkan membeli kad SIM untuk telefon anda di setiap negara semasa anda melancong. Ini akan menjimatkan banyak wang.
Gunakan Skype
Muat Skype ke telefon anda supaya anda boleh berhubung dengan rakan dan keluarga secara percuma apabila anda mempunyai akses ke Internet.
Ambil kesempatan daripada aplikasi lain yang berguna
Semasa belajar bagaimana untuk bergerak bersendirian, anda akan mendapati berguna untuk memuat turun aplikasi yang berguna ke telefon anda seperti GPS, penterjemah, penukar mata wang dan beberapa panduan perjalanan.
Percaya pada naluri anda
Berhati-hati dengan persekitaran anda dan dengarkan naluri anda. Jika sesuatu tidak kelihatan betul, tinggalkan. Elakkan juga lorong gelap. Tempat awam sentiasa lebih selamat daripada tempat persendirian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Premis makanan, merupakan kemudahan dan khidmat penting bagi penduduk menikmati juadah makanan dan minuman, selain dijadikan sebagai tempat bersosial dan bekerja.
Ketika pandemik COVID-19, operasi sektor ini sangat penting untuk diteruskan bagi memastikan ekonomi negara kekal berjalan. Disebabkan itu, pelbagai cara dan kaedah perlu dilakukan untuk menjaga jarak sosial selain menjaga keselamatan pelanggan.
Ini antara restoran yang dipuji setelah foto mereka menjalankan perniagaan dalam suasana normal baharu seperti penjarakan sosial tular. Idea unik dan kreatif ini patut dicontohi premis makanan lain.
1. Restoran Fish Tales Bar & Grill in Ocean City, Ocean City, Maryland
Restoran tepi air (waterfront) ini menyediakan meja berbentuk bulat bagi mengekalkan jarak sosial antara pelanggannya. Penggunaan bumper saiz gergasi itu membantu para pelanggannya mengekalkan jarak sosial dengan jarak enam kaki ketika menggunakan meja berkenaan. Selari dengan arahan ditetapkan kerajaan, meja individu itu memiliki empat roda bagi memudahkan pergerakan pelanggan.
2. Restoran makanan tengah hari, Bangkok, Thailand
Bagi penggemar restoran mee di Bangkok, Thailand, peluang untuk menikmati makanan tengah hari kini kembali tersedia selepas kelonggaran perintah berkurung dilaksanakan. Pelanggan yang ingin makan di premis, bagaimanapun, perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) penjarakan sosial. Tidak cukup dengan meletakkan penghadang plastik yang memisahkan antara dua pelanggan pada satu meja, restoran malah menetapkan syarat kepada mereka untuk duduk secara bersilang bagi memaksimumkan jarak. Kaedah penghadang plastik ini bukan sahaja boleh dilihat di Thailand, malah normal baharu ini juga dilaksanakan di negara China dan Taiwan
3. Restoran Mediamatic Eten, Amsterdam
Sebuah restoran Belanda tepi air di Amsterdam menyediakan ruang khas seperti rumah kecil dikenali ‘rumah hijau kuarantin’. Ia dibina khas dengan dinding kaca bagi memberi peluang dua orang pelanggan untuk duduk dan makan sambil menikmati pemandangan pesisiran air. Selain itu, untuk lebih selamat, para pelayan di restoran itu memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan dan pelindung muka ketika menghantar pesanan makanan ke meja. Restoran Mediamatic Eten ini dijangka mula beroperasi pada Khamis (21 Mei).
4. Kedai kopi, Art of Coffee, Bangkok, Thailand
Watch: A cafe in Bangkok is using a clever pulley system to follow social distancing rules while serving customers during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/6f4nTmmCWa
Watch: A cafe in Bangkok is using a clever pulley system to follow social distancing rules while serving customers during the coronavirus outbreak pic.twitter.com/6f4nTmmCWa
Memetik laporan Channel News Asia, sebuah kedai kopi di Bangkok, Thailand bertindak kreatif dengan menyediakan satu sistem atau alat untuk mengurangkan sentuhan antara pembuat kopi dan pelanggan. Kedai Art of Coffee ini menggunakan sistem takal (tali dan roda) ketika menyediakan cawan kopi kepada pelanggan dalam jarak 1 meter selain urusan bayaran melibatkan kad dan duit tunai.
Restoran makanan segera, McDonald’s difahamkan juga beroperasi dalam suasana normal baharu. Di Taipei, Taiwan, umpamanya, cawangan McDonald’s memastikan pelanggan mereka untuk merekod nama, nombor telefon dan angka suhu yang diperiksa di premis berkenaan. Selain mewajibkan pekerja untuk memakai pelitup muka, mereka juga perlu merekodkan suhu para pekerja bagi setiap pesanan makanan yang diambil.
Jika di Hong Kong pula, pelanggan perlu berdiri di hadapan alat pengimbas suhu badan (thermal monitor) sebelum mengambil pesanan di kaunter.Pelaksanaan dan SOP ini mungkin berbeza-beza di setiap restoran seluruh negara.