Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun atau perayaan.
5. Rajin Mengetahui Promosi Destinasi Yang Dituju
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Camping Outdoor Dengan Cara Selamat, Mudah & Menyeronokkan!
Tidak dapat dinafikan trend aktviti outdoor seper bekhemah kini menjadi sangat popular. Ia lebih katara sejak kebenaran rentas negeri telah dibenarkan di seluruh negara. Lihat sahajalah perkongsian di laman media sosial terutamanya grup aktiviti outdoor di Facebook.
Memang sangat meriah dengan pelbagai perkongsian foto dan video. Melakukan aktviti outdoor seperti berkhemah di kawasan hutan memang menyeronokkan. Namun ia perlu dilakukan dengan baik untuk mengelak anda dan keluarga berdepan masalah.
Apatah lagi jika lokasi yang dipilih berada jauh dari ketamdunan manusia normal. Berikut LIBUT kongsikan beberapa tip untuk anda!
CARI LOKASI SEBELUM GELAP
Perkara pertama sekali adalah sentiasa mencari lokasi sebelum malam. Anda perlu menentukan perkhemahan jenis apa yang sesuai dengan anda sama ada sebuah khemah, kenderaan rekreasi atau sebuah kabin.
Jika anda seorang pengembara yang primitif, tidur berlangitkan bintang mungkin pilihan anda. Jika anda mahu tidak mahu terlalu terdedah, sebuah khemah pilihan terbaik saat mengembara di luar.
Sebelum mahu membeli khemah, minta pendapat penjual khemah mana yang sesuai dengan pengembaraan anda dari segi harga, keselamatan dan keselesaan. Terdapat banyak pilihan khemah yang boleh anda perolehi dari segi penggunaan tirai mahupun tingkap dan pintu yang berzip.
BEG TIDUR SESUAI
Jika anda merancang berkhemah secara solo, pilih beg tidur yang sesuai mengikut cuaca. Beg tidur membantu menutup keseluruhan badan anda sehingga ke kaki, menghangatkan badan pada waktu malam dan mudah untuk dilipat. Dari segi material, kebanyakan beg tidur terdiri daripada fiber sintetik di mana ia cepat kering malah anti alahan. Membawa beg tidur lebih mudah kerana ringan.
BEKALAN MAKANAN BERBUNGKUS
Senarai persiapan untuk berkhemah tidak akan lengkap tanpa menyenaraikan makanan dan minuman, bukan? Tidak kira sama ada anda mengembara solo, beramai-ramai, mendaki, berkhemah dengan kenderaan reakreasi mahupun kabin, makanan memang diperlukan.
Peraturan berkhemah adalah mengikut keperluan supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda bersama kumpulan yang kecil, memadai membawa dua cawan oatmasak segera berbanding membawa satu balang untuk 48 hidangan. Guna beg plastik yang berzip utnuk elak makanan bercampur.
JANGAN ROSAKKAN KAWASAN PERKHEMAHAN
Setiap kali anda selesai berkhemah, pastikan anda tidak meninggalkan kesan negatif seperti merosakkan lokasi atau apa saja kerana ia membantu anda melindungi alam sekitar untuk generasi lain yang mahu berkhemah akan datang. Jangan lupa bersihkan lokasi perkhemahan seperi membuang sampah di tempat sepatutnya.
Pastikan anda meletakkan khemah anda di tapak perkhemahan yang disediakan. Adalah lebih baik anda menanam bahan buangan sedalam 15 hingga 20 sentimeter jika tidak terdapat tong sampah, cuci pinggan 200 kaki jauh dari sungai dan tasik, jangan ambil benda semula jadi, simpan unggun-unggun api kecil di tempat selamat dan jauh dari hidupan serta jangan beri makan kepada haiwan.
PAKAI DAN BAWA PAKAIAN SESUAI
Biarpun anda bukan seorang ‘fashionable’ tetapi adalah penting menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika berkhemah. Pilih pakaian yang selesa dan sesuai dengan cuaca serta aktiviti yang ingin anda lakukan.
Semestinya pada waktu malam, anda memerlukan sarung tangan dan sarung kaki untuk elak digigit serangga dan elak rasa sejuk. Pada waktu siang, pakaian nipis dan menyerap peluh adalah penting supaya anda tidak merasa panas dan mudah melakukan aktiviti. Jangan lupa pilih kasut bertutup dan selesa untuk elak kaki melecet dan tidak sakit.
JAUHI HIDUPAN LIAR DAN BERBAHAYA
Sebelum mendirikan khemah, waspada dengan kawasan sekeliling. Jika lokasi terdiri dari banyak tumbuhan, lebih baik pakai pakaian lengan panjang dan seluar panjang. Jangan lupa sapukan losen pelindung serangga sekali.
Jika anda tidak arif mengenali tumbuhan yang beracun atau sebaliknya, lebih baik jauhkan daripada terus memerhati kerana ada sesetengah pokok dan tumbuhan boleh menyebabkan anda alah. Ia idea yang baik jika anda ada membawa losen calamine yang sering digunakan untuk merawat kulit gatal.
GUNAKAN ALAT BANTUAN ARAH
Pastikan salah seorang dari kumpulan anda pakar dalam menggunakan kompas, peta atau kemudahan GPS. Sebelum merancang untuk berkhemah, minta pendapat rakan-rakan yang telah berkhemah di lokasi yang sama. Ia satu bonus jika anda mendapat tip-tip berguna daripada mereka.
KIT KELENGKAPAN MENCUKUPI
Sebut saja perkhemahan, slogan bersedia memang relevan untuk anda. Mengapa anda perlu membawa kit kelengkapan? Kit kelengkapan biasanya terdiri daripada pil bersih air, penapis air dan satu bekas logam.
Pisau kecil juga diperlukan untuk memburu dan melindungi diri. Mancis kalis air, ubat-ubatan, sarung tangan, pembalut serta lampu suluh adalah penting untuk isyarat kepada bantuan.
KEKALKAN KEBERSIHAN
Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana untuk mengekalkan kebersihan dalam keadaan yang tidak lengkap. Pastikan anda membawa sebotol gel pembersih tangan dalam poket anda dan sentiasa bersihakan tangan sebelum menyentuh makanan atau wajah.
Rendam kapas dan lap pada wajah dan kawasan anggota badan yang kotor. Ambil kain kering dan lap kawasan lembap supaya ia tidak melekit. Rendam kaki di dalam air berdekatan untuk beberapa minit. Jauhi kolon dan losen wangi kerana akan menarik minat serangga datang ke arah anda.
LEBIH PEKA JIKA ADA KANAK-KANAK
Berkhemah bersama kanak-kanak memerlukan banyak tugas namun ia memudahkan anda jika anda memberi mereka kelengkapan untuk dipakai. Pastikan mereka mengenakan pakaian lengan panjang untuk kesesuaian dan keselesaan suhu siang dan malam. Sediakan lampu suluh atau alat bercahaya (glowstick) pada setiap kanak-kanak dan berikan beberapa peraturan kepada mereka.
Dengan adanya tip-tip berkhemah ini, kami yakin anda lebih menikmati aktiviti ini tanpa sebarang masalah. Boleh jadi, anda akan menjadikan aktiviti ini sebagai percutian perkhemahan wajib lakukan setiap bulan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronok Ya Mandi Depan Eiffel Tower. Perancis Sedang Dilanda Cuaca Panas Mencecah 46 Darjah Celsius.
Buat rakyat Malaysia yang ingin ke Perancis, ambil langkah keselamatan dengan menjaga kesihatan diri daripada terkena strok haba. Perancis kini dilanda cuaca panas dan gelombang haba tertinggi negara itu dengan suhu dilaporkan mencecah sehingga 45.9 darjah Celsius.
Susulan itu perkhidmatan cuaca negara itu mengeluarkan amaran merah di empat kawasan buat pertama kalinya pada Jumaat lepas. Perancis antara beberapa negara di Eropah kini berdepan dengan keadaan cuaca melampau yang telah meragut beberapa nyawa.
Di ibu kota Perancis, ramai dilihat berkumpul di kawasan air pancut terutama di tempat tumpuan pelancong di sekitar Menara Eiffel bagi menyejukkan badan.
Kawasan-kawasan sekitar pantai dan kolam umum juga dipenuhi dengan ramai orang yang datang untuk menyejukkan badan.
Menurut pakar meteorologi, gelombang haba ini disebabkan udara panas dari utara Afrika dan juga ribut yang kini sedang melanda Lautan Atlantik. Sebelum ini pada 2003, gelombang haba yang melanda Perancis mencatatkan suhu tertinggi 44.1 darjah Celcius.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Masuk Thailand Guna Kereta, Ini Prosedur Yang Patut Anda Buat Dulu
Kalau anda memilih nak masuk Thailand dengan memandu kereta melalui pintu sempadan negara seperti di Padang Besar, Perlis dan juga di Kelantan, ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memudahkan perjalanan.
Melalui satu perkongsian di Facebook, Ammar Naufal menyenaraikan beberapa dokumen penting yang perlu ada bersama anda jika hendak melancong ke Thailand menggunakan kereta.
Jom semak satu persatu.
1. Pasport
Pastikan masih sah dan tiada sekatan ke atas pasport.
Ketika hendak memasuki Thailand, isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Di sana, ada individu boleh tolong isikan tetapi kena bayar RM2.
2. Geran kenderaan
Bawa geran kenderaan yang asal (original).
Kalau tak ada yang asal, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan.
Bayaran RM50 akan dikenakan untuk dapatkan salinan daripada JPJ.
Peringatan penting, jangan laminate geran, ada kemungkinan tak diterima.
3. Insurans kenderaan
Boleh dibeli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customs declaration form.
Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan enam bulan.
Apabila dah selesai dan siap cop pasport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta.
Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).
Kemudian mereka akan keluarkan simplified customs declaration form.
Borang ‘simplified customs declaration’
Lepas dah dapat borang dari pihak sana, keluar pergi minta cop daripada pegawai mereka di luar.
Pegawai berkenaan akan cop dan kita tandatangan sebagai perjanjian.
Jangan lupa bagi semula borang simplified customs declaration form kepada pegawai bertugas ketika pasport dicop untuk keluar.
Jika tidak, nanti susah anda nak bawa kenderaan masuk semula ke Thaildand pada masa-masa akan datang.
Hah, jangan seronok sangat nak masuk Thailand ya! Pastikan semua tip di atas sudah disemak untuk memudahkan perjalanan anda ke sana.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI