Jerman meliputi kawasan seluas 357,021 kilometer persegi dan mempunyai iklim bermusim yang agak sederhana. Dengan kira-kira 82 juta penduduk, Jerman adalah negara Eropah paling ramai penduduk.

Selepas Amerika Syarikat, Jerman adalah destinasi imigresen kedua paling popular di dunia. serta memiliki ekonomi ke-4 terbesar di dunia. Sebagai peneraju global dalam beberapa sektor perindustrian dan teknologi, ia adalah pengeksport dan pengimport barangan ketiga terbesar di dunia.

Budaya & Alam Semulajadi

Seni kebudayaan dan alam semulajadi adalah dua tarikan utama pelancong ke Jerman. Jerman miliki 42 tapak warisan dunia, 113 muzium seni, 6710 muzium dengan 115 juta pelawat setahun, dan lebih satu pertiga persembahan opera dunia dipentaskan di Jerman.

Bandar utama Jerman, Berlin antara tumpuan utama pelancong dengan senireka bangunan moden dan tradisional yang juga boleh dilihat di Hamburg, Cologne, Bavaria, Munich, Frankfurt, Stuttgart, Düsseldorf, Leipzig, Bremen, Dresden, Hannover,Dortmund, Essen dan Nuremberg. Sementara pekan kecil popular dengan rekaan bangunan kayu balak dan suasana romantik yang merupakan tarikan bagi pelancong.

Jerman terkenal dengan istana lama binaan zaman medivel. Binaan dari batuan besar dan pintu berjeriji besi, kebanyakan istana popular berada di Bavaria, dengan istana Neuschwanstein, Nuremberg atau Coburg Fortress. Ada antara istana ini menyediakan ruang untuk bermalam jika anda mahu.

Image result for neuschwanstein castle
Istana Neuschwanstein

Kempen pesta makanan Jerman juga faktor utama tarikan ke sini. Pretzel, potato salad, mashed potato, dan pelbagai jenis roti yang popular antara hidangan utama di sini. Jangan risau soal makanan halal kerana di Jerman terdapat makanan halal seperti seperti kebab, ayam panggang halal dan nasi goreng yang dijual oleh penduduk Jerman berbangsa Turki, Pakistan, India mahupun komuniti Islam lain yang membentuk 5% dari jumlah keseluruhan penduduk.

Jerman negara empat musim dengan setiap satu musim menjadi pilihan untuk pelancong. Ada pelancong menggemari suasana sejuk dan salji ketika bulan Disember serta bersama dengan kemeriahan Hari Krismas di sini. Namun waktu terbaik ketika musim panas atau luruh di mana anda boleh akses ke banyak lokasi menarik.

Pusat Teknologi

Bagi penggemar teknologi automotif, anda boleh memilih pilihan pakej pelancongan ke pusat Mercedes Benz, BMW, Volkswagon, Audi atau Porsche, atau sewa kenderaan di sana dan memandu tanpa had laju di beberapa bahagian lebuhraya Autobahn yang popular tanpa had laju atau pakej ke beberapa siri perlumbaan di Jerman atau sewa kenderaan dan memandu di litar ternama dunia, Nurburgring.

Big NO!

  • Anda tidak boleh membuang sampah sesuka hati .Jika di Jerman bayaran denda akan dikenakan sebanyak 25 Euro atau lebih.
  • Jangan dengan sengaja menunjukkan simbol nazi, penghormatan, bendera, slogan atau gurauan mengenai Hitler. Anda boleh dihukum penjara atau perlu membayar denda.
  • Di Jerman terdapat larangan untuk menghidupkan muzik secara kuat atau apapun yang menimbulkan suara keras bahkan membersihkan menggunakan vakum. Anda dibenarkan membuat bising antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang pada hari Ahad atau pada 10 malam hingga 7 pagi.
  • Jangan menunggu tempat duduk restoran kosong. Mereka sangat mengalukan anda untuk berkongsi meja walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
  • Jangan tenung orang. Anda akan dianggap tidak berpelajaran, ataupun sakit jiwa jika anda merenung orang.