Ada yang suka travel solo, travel berdua dengan pasangan sahaja atau berkumpulan. Kalau jenis bahagia travel seorang diri tidak menjadi masalah dengan siapa nak berkawan dengan siapa nak ajak berjalan. Tetapi kalau jenis travel mesti ada pasangan atau geng ini, ada rumitnya sedikit. Rumit dari segi perangai-perangai rakan atau individu yang kadangkala menyesakkan dada. Masa itu, mula la rasa menyesal seumur hidup ada orang sebegitu ‘menghancurkan’ sedikit kegembiraan ketika bercuti. Kalau dapat kawan jenis sekepala ketika travel pula anda memang cukup bertuah la. Memori yang cuba dipahat dalam hati di setiap destinasi yang anda dan rakan kunjungi pasti akan dikenag sampai bila-bila.

Ini jenis rakan yang mesti ada dalam senarai anda jika ingin ajak melancong bersama-sama.

Jenis Kawan Yang Seronok Ajak Travel. Kalau Dapat Geng Tak Best Memang Sesak Nafas

Jenis Penakut Tapi Berani Cuba – Kita akan ada seorang kawan yang jenis penakut, tetapi dalam masa yang sama bernai untuk mencuba sesuatu. Sebagai contoh ada yang takut akan ketinggian, namun disebabkan tidak mahu menghampakan rakan travelnya yang ingin melakukan terjunan bungee dia pasti turuti. Kawan jenis ini memang bagus dijadikan geng untuk menggembara.

Jenis Suka Cuba Makanan Baru – Kalau kawan anda sejenis yang suka mencuba makanan-makanan baru yang ada di mana sahaja lokasi, dia adalah individu yang boleh disenaraikan dalam trip akan datang. Kawan jenis ini memang best, anda pasti tidak akan kelaparan kerana mereka tahu selok-belok lokasi makan yang sedap atau unik yang boleh di cuba. Bahkan, perjalanan anda juga akan menjadi lebih singkat dan cepat memandangkan mereka ini mengikuti blog-blog makanan tempatan dan luar negara.

Jenis Kawan Yang Seronok Ajak Travel. Kalau Dapat Geng Tak Best Memang Sesak Nafas

IKLAN

Jenis Pandai Ambik Gambar – Ini kawan yang sangat diharapkan ada dalam setiap kumpulan travel. Pendek kata suruh ambil gambar je memang terbaiklah setiap hasil yang dibidik. Yang gemuk boleh jadi kurus, yang pendek boleh jadi tinggi, lokasi bergambar yang tidak berapa menarik boleh jadi seperti di kayangan. Percutian anda pasti penuh dengan gambar-gambar menarik dan indah.

Jenis Pak Lawak – Kawan jenis pak lawak ini kadangkala mengjengkelkan, tetapi percayalah kehadiran mereka mampu membuatkan sesuatu percutian itu tidak bosan. Tetapi kalau lawaknya seringkali tidak kena pada tempat, kau tinggalkan sahaja dia!

Jenis Kawan Yang Seronok Ajak Travel. Kalau Dapat Geng Tak Best Memang Sesak Nafas

IKLAN

Jenis Merancang – Sebuah pengembaraan pasti berjalan lancar sekiranya ada rakan yang suka merancang terlebih dahulu. Sebelum ke mana-mana sahaja, dia sudah mengkaji berapa jumlah kos, membuat itenerari,  dimana hotel terdekat, pengangkutan, apa yang menarik dan sebagainya. Umpama seorang ibu atau bapa di dalam keluarga, si perancang ini selalunya gemar akan kesempurnaan. Tetapi kena ingatkan pada dia juga bahawa travel secara spontan dan bebas adakalanya menyeronokkan.ini Pengembara kebiasaannya cintakan aktiviti-aktiviti yang spontan dan bebas.

Jenis Kawan Yang Seronok Ajak Travel. Kalau Dapat Geng Tak Best Memang Sesak Nafas

Jenis Tak Boros – Kalau anda memang mempunyai bajet yang banyak ketika melancong ia tidak menjadi satu masalah. Tetapi kalau memang jenis travel semata-mata untuk melihat tempat orang dengan bajet yang terhad memang elok cari kawan yang penjimat. Individu yang jenis tidak boros ini selagi boleh akan cuba berjimat cermat walau dimana sahaja mereka berada. Mereka ini juga selalunya kawan yang ‘bagus’ untuk membantu dalam tawar-menawar ketika membeli barang. Bukan itu sahaja, kemungkinan tiket penerbangan anda juga boleh jadi dibeli pada harga murah sahaja.

IKLAN

Jenis Kamus Begerak – Mempunyai kawan yang mampu bertutur dalam banyak bahasa memang merupakan satu bonus. Jadi tiada masalah komunikasi yang akan timbul antara anda dan penduduk tempatan sesuatu destinasi.

Jenis Kawan Yang Seronok Ajak Travel. Kalau Dapat Geng Tak Best Memang Sesak Nafas

Jenis Kaki Travel – Dapat angkut kawan yang memang kaki travel ini dalam percutian anda pun agak menarik. Bukan apa, kadangkala mereka ini sudah biasa dengan selok-belok lokasi yang anda ingin pergi maka peratusan untuk sesat itu bakal berkurang. Mereka juga akan menjadi penasihat apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Paling best, mungkin si kaki travel ini akan membawa anda ke destinasi unik lain yang tidak ramai orang tahu.

Jenis Bukan Emosi – Ini senarai kawan yang paling penting perlu ada. Penatlah nak layan kawan-kawan jenis kuat sentap ini. Kalau tidak turut kemahuannya akan merajuk dan mengasingkan diri. Kalau ada kawan-kawan jenis ini pangkah siap-siap tau. Bukan apa, kadangkala dalam setiap trip yang kita rancang ada yang tidak menjadi atau lain daripada yang anda bayangkan, jika ada kawan-kawan yang bersikap tenang semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Kalau yang jenis tahu nak membebel, baran atau tidak boleh bersabar ini, silap haribulan timbul kejadian buruk pula.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI