Biasalah kalau kita ke negara luar, 2 ke 3 hari mungkin boleh lagi telan segala juadah tempatan di depan mata. Cukup seminggu pasti ramai yang sudah rindu nak rasa makanan yang biasa di makan di Malaysia. Jika anda berada di Mekah, terdapat sebuah pasaraya yang menjual produk makanan atau bahan-bahan masak dari Malaysia.
Perkongsian ini daripada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Mekah
Siapa tahu Abraj Hypermarket?
Ianya terletak di dalam bangunan menara jam, di level P4 dalam shopping mall Abraj al Bait.
Kalau dari Masjidilharam, keluar dari masjid boleh terus menghala ke Bangunan Menara Jam, masuk dalam mall Abraj Albait, main entrance bersebelah Alnahdi Pharmacy.
Dari situ boleh lah naik escalator terus ke tingkat 4 atau guna lift tekan P4. Nanti akan bertemulah dengan Abraj Hypermarket ni.
Bermacam-macam barangan menarik di sini. Lebih menarik apabila barangan kita original dari Malaysia juga sudah berjaya masuk ke hypermarket ini! Khabarnya setakat ini sudah 100 barang kita berada di sini dan akan bertambah dari semasa ke semasa. Wow sangat ni.
Malam tadi saya berkesempatan pergi ke majlis Malaysia Day (beautiful Terengganu) yang berlangsung di sini untuk memperkenalkan beberapa produk usahawan dari Terengganu.
“Tetiba saya bulih cakak terengganu tadi lepah rase kepok lekor. ?”
Jadi, kalau tiba-tiba rasa rindu pada makanan kita tu.. boleh lah jenguk-jenguk ke sini.. tahniah ‘Kedai Asia’ yang telah berjaya membawa masuk produk-produk Malaysia ke Makkah al mukarramah.
Sumber: FB Masnira Ramli
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Bandar Warna-Warni Di Dunia
Bukan senang untuk melihat bandar-bandar yang penuh berwarna-warni. Tapi situasi ini tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa bandar yang kami paparkan. Kami percaya, kunjungan ke bandar ini membantu menceriakan hari anda!
Riomaggiore, Itali
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri dari batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Willemstad, Curacao
Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan bersatu dengan perairan Caribbean. Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian iaitu Punda dan Otrobanda. Bangunan beli belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
La Boca, Argentina
Bandar La Boca merupakan kawasan kejiranan yang diwujudkan oleh kemasukan pendatang dari Itali dan kebanyakan reka bentuk bangunan meniru gaya kota raya tepi laut Genos dari segi seni bina yang banyak dipengaruhi oleh Eropah.
Wroclaw, Poland
Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Seperti sebahagian besar negara di Eropah, bandar ini mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Di sebabkan itu, terdapat banyak gereja yang berwarna-warni menghiasi bandar ini.
Longyearbyen, Norway
Bayangkan apabila sebuah bandar terletak berdekatan dengan pulau artik yang sejuk berais, bandar yang penuh warna-warni memang sangat dihargai! Setiap rumah dan bangunan yang penuh warna berlatarbelakangkan salji membuatkan pengunjung tidak mahu berganjak.
Nyhavn, Denmark
Kawasan yang wujud sejak abad ke-17 ini terletak indah sepanjang laluan berair bersebelahan bangunan berwarna-warni. Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Guanajuato, Mexico
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan arkitektur kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan. Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Lima, Peru
Bandar Lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar ini bukan saja merupakan perpaduan unik antara budaya tempatan dan asing tetapi turut terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza. Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan art nouveau menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Jodhpur, India
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Stockholm, Sweden
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12 yang telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden. Bangunan yang indah, udara segar, pemandangan hijau dan dikelilili air merupakan ‘pakej menarik’ dari kota Stockholm.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Takah Pengkoi, Bekok ‘Port Camping’ Viral Di Johor. Nikmat Lepak 3H2M Berkhemah Kat Sini!
Aktiviti perkhemahan selain bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan baik dalam suasan alam sekitar yang damai mendapat tempat hari ini. Lokasi ‘pacak khemah’ di tepi pantai atau lokasi air terjun menjadi kegemaran dan pilihan.
Di Johor, terdapat sebuah kawasan air terjun menjadi viral dek lokasinya yang tampak begitu menarik dan berbeza dengan tapak perkhemahan yang lain. Tak perlu risau akan aspek keselamatan, semuanya sangat terjaga dan pasti berpuas hati.
Camping 3D2N Takah Pengkoi, Bekok
Perkongsian oleh Adeela Mokhtar via Family Camping Malaysia
First night ada ditemani family campers dari JB. Second night tinggal lah 3 orang gadis di dalam takah pengkoi tanpa orang lain camping ni masak dan makan jelaa. Kitaorg bawak makanan memang banyak masak dan bagi jiran. Jemput tok batin dengan Kak Ros (owner) datang makan. Nak balik bagi nasi lemak dekat satu group campers ni.
Buka mata nampak air terjun. Pagi mengopi depan air terjun sambil dengar air terjun. Ya Allah betul nikmat indahnya ciptaanmu. Tempat ni actually kawasan perkampungan orang asli. Dekat daerah Segamat Johor. Tempat memang sangat cantik. Boleh camping dan ada juga chalet. Ada juga penginapan dalam ‘Lori Bas’ nanti saya letak gambar.
- kalau rasa malas nk bawak barang dari rumah. Dekat pekan bekok tu ada kedai speedmart 99. So boleh laaa shopping kt situ before masuk
- kereta semua jenis boleh masuk.
- line phone semua tak ada off dari dunia social media sebentar
- toilet sharing tp lelaki perempuan asing
- air terjun sesuai untuk kanak kanak and dewasa. Pandai berenang pun ada tempat yg dalam.
- plugpoint ada. Tapi time saya pegi tak boleh hidup, sbb pakai generators ja. So better bawak powerbank kalau yg camping tu. Yg chalet plug ada kt dalam sana. Tiup tilam angin pakai mulut you all. Hebat partner camping saya
- Meja kerusi ada disediakan dekat situ. So boleh ja ambil untuk duduk makan tepi air terjun
- pelampung pun ada disediakan
- bbq pit pun ada disediakan
- kedai terdekat dlm 10 minit keluar dari kawasan situ. Dekat simpang Y nk masuk ke kawasan takah pengkoi ada satu kedai runcit
- nak mandi saja tanpa bermalam pun boleh
- kalau tak suka ramai org elok pegi time hari biasa, kalau weekend nk jalan pun berlaga bahu ramai sangat. Kalau weekdays tulaaa kekadang nasib baik ada laa org kalau tak mmg mcm kami laa jadinya. Mujur tok batin dgn kakros teman tidur kt chalet
Pesanan ringkas
- sila bawak plastik sampah sendiri
- jaga kebersihan kawasan ni sbb kawasan ni sangat bersih nk jumpa sampah pun susah
- kalau camping bawak lampu lebih, sebab lepas pukul 11 malam. Spotlight semua akan off so akan gelap. Tinggal lampu yg malap dan biasa terang dia.
- untuk campsite tkleh nk booking kt mana kita nak sbb kak ros dgn tok batin cakap siapa cepat dia dapat. Ada yg tunggu seawal 6 pagi pun ada nk tempat yg saya pacak khemah ni ni cerita time weekend and public holiday.
Harga:
- Camping RM40 per pax / night (barang sendiri)
- Chalet RM70 per pax / night
- Mandi sahaja RM15 per pax
Harga ada yg ckp mahal and baik duduk hotel oyo harga mcm ni. Sampai sana dulu tengok sekeliling and baru anda tahu kecantikkan dia. Jalan nak masuk pun bersimen walaupun dlm hutan mmg patut bayaran mcm tu. Tak payah nk hiking bagai nk sampai kt tempat cantik mcm ni. Tekan minyak kereta je terus sampai. Part yg suka campsite dia berpasir so mmg kalau hujan pun tk akan kotor khemah and lecak. So erti kata tepuk dada tanya lah selera.
Contact person Kak Ros – 019 659 9316. Booking dulu before ke sana. Selamat tinggal Takah Pengkoi nanti ada rezeki saya akan datang lagi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Besar & Pulau Harimau, Pulau Hidden Gem Di Mersing, Johor
Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Jeti Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di indah sekitar Johor.
Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar dan Pulau Harimau.
Pulau Besar
Pulau ini dahulunya dikenali sabai Pulau Babi Besar. Ini kerana banyak babi hutan liar berkeliaran di sini, namun kini sudah menghilang. Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Jika anda pernah menonton rancangan realiti TV Expedition Robinson, maka anda tahu anda bakal ke syurga dunia.
Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat empat pilihan resort untuk menginap seperti D’Coconut dan Resort Aseana. Antara aktiviti yang ditawarkan sekitar kawasan ini seperti sukan air, bola tampat pantai dan bermain golf 18 lubang.
Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa bersama penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.
Pulau Harimau
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik.
Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI