Travelstylebackpack ni kebiasaannya kita akan amal konsep minimalis. Semua benda akan diambil kira secara minima termasuklah dengan penyediaan pakaian untuk travel.
Ada yang mungkin tak biasa untuk travel dengan pakaian yang sedikit tapi percayalah, hakikat pakaian yang sedikit ini akan membantu daripada segi pergerakkan kerana semestinya backpack kita akan lebih kecil dan compact.
Keputusan untuk membawa pakaian yang sedikit ini boleh kita buat berdasarkan kepada guideline Trilogi.
APA ITU TRILOGI?
Trilogi ialah konsep membawa pakaian yang minimum ketika mengembara. Konsep ini sesuai diaplikasikan untuk mereka yang gemar mengembara secara backpacking. Ia berkait rapat dengan jumlah pakaian yang dibawa. Selain membantu meringankan beban yang dibawa anda juga mempunyai ruang yang lebih di dalam beg galas, sekali gus memudahkan pergerakan ketika berada di tempat orang.
IKLAN
TIGA
Tidak perlu bersusah payah memikirkan jumlah pakaian yang hendak dibawa. Cukup sekadar tiga helai baju dan tiga helai seluar. Tidak kisah, apa pun jua jenis baju dan seluar yang hendak dibawa asalkan kesemua jenis pakaian tersebut tidak melebihi daripada tiga helai. Yang penting, pakaian tersebut mestilah diperbuat daripada material nipis, mudah kering jika terkena air dan mempunyai fungsi yang pelbagai.
IKLAN
PRAKTIKAL
Nampak macam tidak praktikal kerana secara matematiknya konsep trilogi ini hanya sesuai untuk pengembaraan tidak lebih daripada dua hari ini. Namun, ia sebenarnya lebih daripada itu. Dengan konsep ini, anda boleh mengembara seberapa lama yang dimahukan asalkan sanggup memakai pakaian yang sama. Bukan menjadi hal kerana anda cuma seorang pengembara bukan penduduk tetap negara yang dikunjungi.
IKLAN
MEMBASUH
Bagaimana hendak memakai baju dalam jumlah yang minimum sewaktu mengembara dalam jangka waktu yang lama? Mudah sahaja, anda cuma perlu rajin membasuh. Contohnya, pakai satu, basuh satu dan jemur satu. Keringkannya di dalam bilik mandi ataupun balkoni hotel yang didiami. Sekarang ini, banyak hotel yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri. Jadi, membasuh bukan lagi satu masalah ketika mengembara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perlaksanakan PKP 2.0 yang bermula hari ini ternyata sedikit sebanyak telah menjejaskan industri pelancongan.
Malah bermula semalam, ramai yang sedang bercuti dan berada di luar Lembah Klang bergegas pulang sebelum PKP bermula.
Namun bagi mereka yang berada di Pulau Langkawi menghadapi kesukaran apabila dikatakan tiada info penerbangan dibatalkan sehingga 27 Januari depan.
Malah ramai yang terkandas di lapangan terbang Langkawi kerana masalah ini.
Seorang pengguna media sosial Roni Andika Zainintawa memberitahu oleh kerana tiket penerbangan dibatalkan, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Kuala Kedah dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur menaiki grab.
Dia juga terpaksa membayar sejumlah RM350 untuk perjalanan pulang berkenaan.
Sesiapa yang berada di Langkawi buat masa ini dan jadual flight pulang esok dan hari seterusnya. Sila chek balik.
Semua penerbangan esok sehinga 27.01.2021 dibatalkan.
Pada waktu ini airport Langkawi sedang dipenuhi manusia yang ingin pulang ke Kuala Lumpur.
Ramai yang kebingungan dan tiada idea untuk pulang. Petugas kaunter sangat perlahan dan tiada banyak infomasi yang diberikan.
Kaunter MAS, Malindo Air dan Firefly awal awal lagi ditutup.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur saya dijadualkan esok tetapi dibatalkan. Tiada langsung pengumuman dari Airasia tetang pembatalan penerbangan.
Saya akan pulang mengunakan feri ke Kuala Kedah malam ini dan pulang ke Kualau Lumpur mengunakan Grab.
Semoga semua Tabah
Dan posting terbaru dari Roni memberitahu dia sudah selamat sampai di Kuala Lumpur setelah melalui perjalanan yang panjang.
Waahhh.. terpesona tengok keindahan Pantai Penarik ini macam dekat pulau! Orang cakap celup tepung di sini cukup menggoda.
Malah banyak lagi menu best yang boleh korang cuba. Masakan panas, jenis sup pun ada juga tau. Semua sedap!
Tetapi tengoklah suasana sekitarnya, macam di pulau! Korang dah try ke? Apa yang penting tempat dia memang santai kena angin sepoi-sepoi bahasa, tenang sangat.
Sesekali ada live busking juga di sini, layan lah sambil makan dapat dengar orang menyanyi. Yang mana rasa nak tenang-tenang sambil layan tekak menu pantai yang fresh, boleh lah datang.
Ini Lokasinya:
Restoran NL Celup Tepung Bira Pata,
Pantai Penarik, Setiu, Terengganu.
Menurut sumber, kedai ini di buka dari pukul 10 Pagi hingga 10 malam, tutup hari Selasa. Jadi kalau datang Terengganu, korang boleh try hotel ni, betul-betul tepi pantai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung.
Tempat-tempat menarik di Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, dan Uluwatu adalah tempat yang mampu menggamit memori anda bersama yang tersayang. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.
Nah, ini idea ke mana anda boleh pergi jika sampai ke Bali. Jangan lupa untuk google dulu lokasi sebenar lokasi dan destinasi ini agar anda tidak sesat dan membazirkan masa ketika bercuti di Bali. Lain lah kalau anda memang bercadang untuk tinggal di sini lebih lama sekitar 2 ke 3 bulan, maka anda boleh melawat satu tempat ke satu tempat ikut gerak hati sahaja.
Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit
Terletak di hadapan Istana Puri Saren Ubud, Pasar Seni Ubud adalah lokasi membeli-belah yang mana anda dapat menemui bermacam hasil kraftangan yang menarik seperti sulaman beg, bakul, topi, layang-layang dan banyak lagi. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga!
Dahulunya, Kuta merupakan perkampungan nelayan yang tenang. Kini kawasan sekitar Pantai Kuta meriah dengan premis makan dan tempat penginapan termasuklah lokasi untuk berhibur. Sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam, jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai yang terletak di selatan Bali.
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Ingin mencuba kopi bali sedap yang pelbagai ? Anda boleh singgah di Bali Pulina. Terdapat bermacam info menarik mengenai kopi dari jenis buah kopi hingga proses menghasilkan minuman kopi yang lazat. Anda juga bakal disajikan dengan view yang menarik sepanjang di sini
Pasar tradisional itu merupakan antara pasar terbesar di Bali. Pasar itu beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa henti. Berminat mencari makanan penduduk tempatan atau buah-buahan yang unik boleh datang ke pasar ini.
Air Terjun Cepung yang berketinggian 15 meter ini kalau sekali dpandang seperti jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari, disebabkan ini jugalah air terjun ini turut dipanggil sebagai air terjun dari langit.
Terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan anda tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak.
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
Kuil ini dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
Ini adalah antara taman tema yang ada di Bali. Kalau anda nak tahu, salah satu tarikan di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia!
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.