Tidak kira ke mana sahaja kita pergi, kalau sudah masuk ke kedai, pasaraya atau pusat membeli-belah ada sahaja barang yang ingin dibeli. Semua kita nampak menarik lagi-lagi jika premis jualan tersebut menawarkan harga serendah RM2 atau pusat membeli-belah sedang mengadakan jualan murah.

Begitu juga ketika travel ke luar negara, rambang mata rasa semua benda nak dibeli untuk dijadikan ‘ole-ole’. Kononnya nak dapat di negara sendiri susah. Ini haa, ada tip berguna buat anda yang suka berbelanja kemudian menyesal kerana wang semakin berkurang.

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!

Ada punca dan sebab dikatakan kita terpengaruh untuk membeli sesuatu barangan walaupun kita tidak memerlukannya. Antaranya adalah mainan psikologi. Baca tip menarik yang dikongsikan seorang lelaki ini di sosial medianya.


ECO, DAISO, MR DIY : Masuk Nak Beli Bateri 2 Biki, Keluar Dengan 30 Barang. Pernah Berlaku? Kedai Ni Tak ‘Berhantu’, Tetapi Mereka Bijak Trigger Psikologi Manusia Yang Masuk Ke Kedai Untuk Beli Banyak Barang. Ramai yang melabelkan kedai Mr DIY, Daiso, Eco dan sebagainya sebagai berhantu kerana akan habiskan banyak duit bila dah masuk.

Siap lari dari tujuan asal, nak beli bateri tapi keluar beli langsir rumah, mentol, wayar, lantai vinil dan sebagainya. Itu ialah psychology effect yang berlaku apabila kedai-kedai ni menggunakan strategi psikologi dalam pelbagai aspek. Ini ialah apa yang mereka guna di dalam kedai & tips ringkas untuk atasinya.

1. TROLI & BAKUL

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!Penggunaan troli & bakul sangat bahaya di kedai seperti ini. Troli yang kosong akan memberi isyarat kepada otak bahawa anda masih mempunyai banyak ruang untuk meletakkan banyak barang. Kalau anda beli barang besar, troli cepat penuh, anda akan terus pulang. Barang yang dibeli sedikit sahaja.

IKLAN

Kalau anda beli barang kecil, troli lambat penuh. Anda akan habiskan banyak masa di kedai dan membeli lebih banyak barang. Sebab tu apabila keluar dari kedai sebegini akan berakhir dengan banyak barang.

TIPS : Bila anda masuk kedai sebegini, jangan pegang troli atau bakul. Jalan dengan tangan kosong sahaja, insyaallah barang sedikit sahaja yang mampu dipegang di tangan.

2. HARGA & PROMO

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!
Ini benda klasik, semua kedai dan bisnes gunakan untuk tarik minat pembeli. Tambahan pula harga di kedai sebegini sememangnya murah dan berkualiti. Promo akan membuatkan anda rasa tak puas membeli. Rasa nak beli lagi dan lagi. Promo kan?

TIPS : Jangan masuk kedai kalau anda nampak poster promosi. Harganya sama sahaja, cuma mereka bermain dengan psikologi anda untuk tarik masuk ke kedai.

IKLAN

3. SUSUNAN PRODUK

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!
Mereka menyusun produk harian & keperluan pada aras mata (eye level). Sebab tu bila lihat kiri, rasa nak ambil barang masuk troli. Lihat kanan, ambil barang masuk troli. Walaupun anda tak memerlukannya, namun otak anda berjaya stimulate barang tersebut dengan bayangan suasana di rumah.

Bukan tu je, otak anda juga akan membuat simulasi bayangan suatu produk akan rosak, kemudian anda perlukannya sebagai bahan spare part contohnya mentol lampu, wayat HDMI dan sebagainya. Akhirnya, anda membeli penuh stau troli barangan yang tidak digunakan.

TIPS: Jika anda masuk ke kedai, selalunya berjalan mendongak & menunduk. Jumlah barang boleh dikurangkan apabila otak kurang membuat stimulasi.

IKLAN

4. WARNA PRODUK

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!
Warna produk yang ceria memainkan peranan dalam mempengaruhi pemikiran manusia. Sebab itulah semua produk yang wujud dalam pasaran memilih warna yang ceria. Kadang-kadang anda tak perlukan produk tersebut, tetapi anda tetap membelinya kerana dipengaruhi oleh warna.

Masuk Kedai RM2 Elak Ambil Troli & Bakul. Cuba Buat, Confirm Duit Tak Habis Banyak!

Jika bakul yang anda pegang berwarna kuning, otak anda akan cepat terpengaruh untuk membeli produk berwarna kuning. Jika pemegang troli berwarna merah, anda cenderung membeli produk berwarna merah. Ini juga menjadi sebab mereka menyusun produk di kaunter pembayaran mengikut warna troli & bakul.

TIPS : Masuk kedai, pakai spek hitam supaya anda kurang tertarik dengan warna yang ceria. Unless anda buta warna, ini tidak akan mempungaruhi anda.

Nanti nak shopping raya, shopping mall pun pakai trick psikologi yang sama. Sebarkan supaya ramai orang boleh berjimat raya tahun ni.

Sumber: FB Fahmi Bin Samuni

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI