Ipoh antara bandar banyak tinggalan bangunan sejarah British. Antaranya Menara Jam Memorial J.W.W Birch. Menara ini terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak. Ia dibaik pulih cantik oleh Dewan Bandaraya Ipoh dan termasuk antara Jejak Warisan di Perak.

Menara Jam Memorial Birch, lihat satu patung diputihkan…Siapa patung itu?

Residen British Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch (3 April 1826 – 2 November 1875). Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk SagorSiputumPandak EndutLaksamana Mohamad AminNgah IbrahimNgah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Menara jam ini dibina pada 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian ke 34 Birch. Jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Sir Ernest Woodford Birch.

IKLAN
Siapa Dalam Lukisan ‘Hilang’ Di Menara Jam Memorial JWW BIRCH, Ipoh?
Lukisan yang dipadam. Siapa dalam lukisan tu?     Foto:Hafezdzullah Hassan

 

Ernest; anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Pada memorial jam ini, Sir Ernest Woodford Birch berdamai dengan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.

Siapa Dalam Lukisan ‘Hilang’ Di Menara Jam Memorial JWW BIRCH, Ipoh?
Antara lukisan di penjuru lain  Foto:Hafezdzullah Hassan

 

IKLAN

Menara ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.

Di empat penjuru atas jam tersebut diletakkan empat patung terakota yang mengambarkan empat prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).

IKLAN

Terdapat lukisan yang mengambarkan figura pembangun tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad. Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh dan Malaysia.

Siapa Dalam Lukisan ‘Hilang’ Di Menara Jam Memorial JWW BIRCH, Ipoh?
Imej Nabi Muhammad SAW antara dalam 44 pembangun tamadun. Namun dipadamkan kerana Nabi tidak boleh digambarkan dalam bentuk lukisan,   Foto: Hafezdzullah Hassan

 

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI