Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti televisyen terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Amber Court Apartment ini terletak 3 km berhadapan dan sedikit bawah dari First World Hotel, Genting Highlands. Walaupun apartmen ini terletak dalam negeri Pahang, namun di belakangnya tidak sampai satu kilometer ialah sempadan negeri Selangor. Dikatakan apartmen ini setinggi 23 tingkat.
Apartmen ini dibina dan dijual secara freehold. Ada dua blok apartmen dengan jumlah unit yang banyak. Setiap unit dibina luas dari jenis studiohouse ke penthouse. Dengan view yang cantik, udara segar dan sentiasa berkabus, waktu awal siap ramailah yang beli.
Amber court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands. Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands.
Ramai beli untuk jadikan homestay dan weekend house. Yelah sebab dekat dengan Genting Theme Park kan. Jangkaan awal lokasi ni akan popular sebagai homestay meleset. Dari satu sumber mengatakan, pemilik asal pun ramai yang dah jual unit diorang dan dah tak duduk situ. Lama kelamaan apartmen ni terabai.
Apartmen ini sekarang kelihatan usang dari luar dengan warna lumut keperangan kesan cuaca lembab di puncak. Sekali pandang memang seram. Tak pasti apa masalahnya tapi boleh kata pengurusan yang lemah.
Terkini, apartmen ini mula dibanjiri pekerja asing. Mungkin sudah dibaik pulih bahagian tertentu apartmen atau kerja sekitar Genting Highland. Hal ni tak disenangi oleh beberapa pemilik unit apartmen yang masih ada dan mereka tuntut penjelasan dari pihak pengurusan kerana kebanjiran warga asing.
Harga pun dah jatuh teruk serendah RM30,000 untuk unit studio. Unit lain ada dijual pada RM200,000. Kalau mampu boleh la beli.
Amber Court masih terima tempahan kalau-kalau hotel lain penuh. Ada lobi dibawah yang nampak OK. Dengan harga sewa murah, mungkin sukar nak ditolak. Luar usang, tapi bahagian dalam bilik selesa. Ada kedai runcit dan kedai dobi dibawah kalau-kalau anda nak bermalam di sini.
Ada juga beberapa unit yang masih didiami pemilik asal. Namun boleh kira bila tengok waktu malam beberapa unit yang lampunya menyala dari rumah dari beratus unit.
Carian di internet paling banyak jumpa pasal pengalaman seram diganggu makhluk halus disitu.
Mungkin sekadar cerita suka-suka tapi pelancong dari UK pun tulis di blog pasal gangguan di apartmen yang disewa ni, boleh faham sendiri. Lagipun memang banyak unit yang kosong dan hanya sekali-sekala ada pengunjung sewa bilik. Kalau da lama tinggal tu, memang suka lah jin duduk.
Cari di Youtube, ramai yang pergi sewa semalam dan eksplorasi waktu malam di apartmen ni. Saja diorang nak alami sendiri apa betul atau tak cerita gangguan makhluk halus di sana.
Dalam satu video ni, ramai kata bilik paling kerap diganggu ialah bilik B6 Tingkat 17. Sejauh mana nak percaya terpulang, tapi sunyi macam ni memang seram lah.
Oleh: Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sejak kerajaan Thailand memberikan lebih banyak kelonggaran untuk melepasi sempadan negara mereka, dah ramai yang tak lepaskan peluang bercuti ke negara yang terkenal dengan julukan Land of Smiles itu.
Rindu nak makan-makan, nak shopping, nak masuk ke Seven Eleven dan banyak lagi tempat yang ada kat tempat yang berhampiran sempadan terutamanya Hat Yai, Danok, Sungai Golok dan banyak lagi tempat.
Bagi yang masih lagi buntu dan kurang pasti apa yang diperlukan untuk melepasi sempadan Thailand khususnya yang mengikuti jalan darat, Mohd Shafiq Sabari berkongsi maklumat dan cara lengkap di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Selain cara lengkap yang dikongsikan, Mohd Shafiq turut berkongsi info tentang suasana di Hat Yai dan Danok, nak tahu apa yang dikongsikan, jom baca ni!
Prosedur Wajib Kena Tahu Nak Masuk Thailand Melalui Jalan Darat
Buat kawan kawan yang nak ke Thailand @ Land of Smiles , ni antara prosedur yang WAJIB kena tau :
BUKU MERAH @ PASPORT
( SELURUH THAILAND )
– Insurans Covid ( harga ikut masa berapa lama kita nak stay di sana )
– Thai Pass kena isi online ( paling cepat 1hari paling lama 3hari , sendiri bajet masa sendiri bila nak masuk ) https://tp.consular.go.th
– Insurans Compulsory@Por Ror Bor + Voluntary ( jika bawa kenderaan masuk , boleh google apa makna dua dua insurans ni )
– Geran kenderaan .
– Borang TM 2 ( maklumat kenderaan )
– Borang TM 3 ( bawa penumpang )
– Borang TM 6 ( White Card )
BUKU BIRU @ BORDER PASS
( SELATAN THAILAND bermula SATUN,SONGKHLA,YALA,NARATHIWAT dan PATTANI )
– Perlu Scan QR code sahaja ( lepas tu isi sendiri dalam tu dan screenshot siap siap nanti di border depa nak tengok . Ada gambaq saya letak kat bawah boleh scan siap siap lagi senang)
– Insurans Compulsory@Por Ror Bor + Voluntary ( jika bawa kenderaan , boleh google apa makna dia )
– Geran Kenderaan
– Semua borang TM 2,3,6 ( jika penumpang cuma perlu isi borang TM6@WHITE CARD sahaja )
– Insurans Covid , Thai Pass ( TAK PAYAH )
* Insurans kenderaan , borang TM 2,3 dan 6 boleh booking awai dekat mana mana ejen insurans di Changlun ( saya buat dengan Cikgu Burn kedai di RTC NAPOH )
* Dari Bukit Kayu Hitam belum ada van untuk ke HaYai .
* Dari Pdg Besar belum ada train ke HatYai Train Station , tapi boleh ambik option lain dengan naik van dari Pekan Siam terus ke stesen Bas HatYai dengan harga 60baht .
* Van setiap 30minit untuk ke Sempadan Padang Besar dari stesen bas HatYai .
* Dannok dah jadi pekan koboi , HatYai masih dalam 35% dari segi pelancongan tapi boleh la kalau nakpi tengok suasana + makan
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku semalam turut dikatakan mempengaruhi perilaku haiwan.
Ketika fenomena ini berlaku, kebetulan penulis berada ditepian sebuah pantai di Selangor. Kelihatan sekawan burung mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan jarang didengar disekitar itu. Rata-rata yang melalui jalan berhampiran penulis pasti mendengar bunyi aneh burung sambil mendongak ke atas mencari si empunya suara. Bunyi burung-burung tersebut agak janggal dan jarang didengari seakan memanggil-manggil dengan sayu.
Menurut sumber Bernama ketika fenomena ini berlaku, sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian memerhati terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
Mereka mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.
Ular bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.
Info
Fenomena gerhana matahari itu seharusnya mendatangkan keinsafan kepada umat Islam mengenai kebesaran dan keesaan Allah SWT. Pandanglah kejadian ini dengan mata hati bagaimana Allah SWT mengatur segalanya dengan cukup sempurna di mana bumi, bulan dan matahari bergerak secara cukup sistematik. Lihat juga bagaimana satu makhluk yang sebesar matahari juga mampu terjadi gerhana kepadanya, apatah lagi kita ini manusia kerdil. Adalah jelas betapa kita amat bergantung harap kepada Allah SWT untuk segala-galanya. -Imam Satu Masjid Zahir, Mohd Isa Abd Rahman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, Malaysia antara negara yang masih menyekat masuk pengunjung dan pelancong luar negara.
Namun kerajaan Malaysia digesa membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.
“Memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.
Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun menurut beliau berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.
Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau.