Golongan Cina Peranakan boleh dikatakan ramai yang mengetahu tentang kewujudan mereka. Tetapi bagi masyarakat India Peranakan pasti ramai yang kurang mengetahui tentang keunikan kaum ini yang terdapat di Negara kita. Di Melaka, terdapat satu perkampungan India Peranakan yang diberi jolokan Perkampungan Chetti.

Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka

Di sini terletak sebuah muzium yang menceritakan segala sejarah awal hingga barang-barang tinggalan nenek moyang mereka. Pengunjung juga boleh melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai kebudayaan dan adat istiadat masyarakat Chetti dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Pelbagai artikel dan susur galur masyarakat Chetti boleh didapati di sini. Peralatan-peralatan bagi upacara perkahwinan, memasak, serta pakaian menjadi tarikan muzium ini turut dipamerkan selain memaparkan identiti dan jati diri masyarakat minoriti negeri ini.

IKLAN

Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka

Masyarakat Chetti wujud ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semuanya bermula apabila terdapat perkahwinan campur antara pedagang dari India yang berkahwin dengan penduduk Melaka tidak kira Melayu atau Cina.

Oleh kerana pada ketika itu lelaki berkuasa, maka perempuan yang berkahwin dengan perdagang tersebut harus mengikut status agama yang dianuti suaminya.

IKLAN

Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka

Di perkampungan Chetti, majoriti kaum ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Walaupun ketika upacara keagamaan di kuil, mereka masih menggunakan Bahasa Malaysia sebagai komunikasi antara satu sama lain.

IKLAN

Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka Muzium Chetti Bongkar Kisah Kaum India Peranakan Melaka

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai komuniti ini boleh melawat ke muzium ini yang di buka dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin

Maklumat lanjut hubungi:MUZIUM CHETTI. PERSATUAN CHITTY. 14 KAMPUNG BUDAYA CHITTY.GAJAH BERANG 75200 MELAKA | TELEFON: 06-283 0926

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI