Pernah dengar tentang Ranu Kumbolo? Jika anda seorang pendaki tegar pasti anda tahu tentang Gunung Semeru yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, Indonesia. Ranu Kumbolo merupakan syurga dunia yang sering menjadi bualan ramai pendaki yang dalam perjalanan ke puncak Semeru, mahupun di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Oleh: Putri Adila
Jadi untuk berkenalan dengan Ranu yang membawa maksud tasik atau danau ini, ia memerlukan perancangan bijak. Bukan main redah sahaja kerana perjalanan ke Ranu Kumbolo sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Tak kiralah sama ada kaki gim atau sebaliknya, kalau persiapan tidak kena cara, pasti mengundang insiden tidak diduga.
Terletak di ketinggian 2400 meter daripada paras laut, perjalanan ke Ranu Kumbolo mengambil masa kira-kira lima jam waktu trekking. Itu pun jika anda cukup stamina dan tidak berhenti terlalu lama di setiap pos rehat.
Jika tidak, pasti masa perjalanan mengambil masa lebih lama. Tip untuk kekal bertenaga, jangan lupa bawa air minuman secukupnya dan beli beberapa paket madu yang banyak dijual di setiap pos rehat. Tidak mahal harga sepaket hanya Rp2,000. Percayalah madu ini memang sangat membantu kerana ia meningkatkan stamina.
Sejujurnya, perjalanan menuju ke Ranu Kumbolo bukanlah perjalanan yang mudah, namun berbaloi kerana kanvas alam yang menanti memukau pancaindera. Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cukup indah ditambah suasana hening yang mendamaikan fikiran. Satu perkara yang diidamkan oleh setiap pendaki apabila menjejak kaki sini ialah menyaksikan keindahan mentari di saat ia menyapa pagi.
Biarpun badan terasa penat, otot-otot mula sakit-sakit, jangan sesekali lepaskan saat-saat indah ini. Pengalaman menyaksikan sang mentari terbit dari balik dua bukit di pinggiran tasik, pasti sukar dilupuskan daripada ingatan. Biarpun cuaca sejuk mencengkam tubuh badan, namun cetusan rasa kepuasan mengatasi segalanya. Indah bumi ciptaan tuhan!
Teruja sepanjang perjalanan ke Ranu Kumbolo
Keterujaan ke lokasi perkhemahan ini sebenarnya bermula seawal perjalanan, iaitu ketika menaiki jip untuk ke Ranu Pani, pos pendaftaran dan gerbang ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendengar taklimat keselamatan terlebih dahulu. Seronok mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh renjer hutan. Banyak juga info berguna untuk dijadikan panduan.
Dari pos Ranu Pani ini anda perlu berjalan kaki sejauh lima sampai tujuh kilometer menyusuri lereng bukit yang ditumbuhi dengan Bunga Edelweis. Kemudian anda akan tiba di Watu Rejeng. Dari sini anda sudah boleh melihat pemandangan lembah dan bukit yang ditumbuhi pohon cemara dan pines.
Semakin tinggi pendakian, semakin sejuk cuaca, jadi pakai pakaian yang sesuai jika tidak mahu menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, terdapat empat pos rehat yang membolehkan anda melepaskan lelah. Ada gerai-gerai kecil yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan dan juga madu. Satu perkara yang anda perlu tahu, semangat untuk sampai ke Ranu Kumbolo akan berkobar-kobar setiap kali berselisih dengan pendaki-pendaki yang mula turun dari gunung.
Mereka memberikan kata-kata semangat agar tidak mudah berputus asa. “Semangat, semangat! Pasti kamu boleh,” itu ucap mereka. Setibanya di Ranu Kumbolo, carilah tempat atau tapak yang dirasakan ideal untuk mendirikan khemah. Kalau gunakan khidmat porter, tak perlu susah-payah sebab mereka yang akan lakukan semua. Sambil menunggu, bolehlah melihat ribuan bintang menghiasi langit.
Selamat bereksplorasi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keindahan Tersembunyi Cameron Highlands: Trans-Gandik, Plot Hutan Pinus & Gunung Riul
Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis:
Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi,
UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Family Bawa Anak Kecil Ke Switzerland & Italy. Lelaki Ini Kongsi Tip, Itinerari & Bajet. Tempat Cantik, Anak-anak Pun Enjoy!
Dapat bawa isteri dan anak-anak bercuti memang best, tambah pula holiday kat tempat cantik di luar negara. Switzerland dan juga Italy antara negara Eropah yang selalu menjadi pilihan ramai pelancong termasuk dari Malaysia.
Fakhruddin Mansor baru-baru ini telah membawa keluarganya bercuti ke Switzerland dan juga Italy. Membawa dua orang anak yang masih kecil, masing-masing berumur tiga dan satu tahun tidak membataskan keseronokkan mereka bercuti walaupun dalam cuaca yang sejuk.
Persediaan rapi dan juga perancangan yang dibuat sepanjang 11 hari 10 Malam ke luar negara berjalan lancar. Berkongsi tip, itinerari dan juga bajet sepanjang percutian mereka, lelaki ini berharap apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada keluarga lain yang ingin bercuti ke Swiss dan Italy seperti mereka.
Memang teruja melihat gambar-gambar keluarga mereka bercuti, jom ikuti perkongsian Fakhruddin Mansor:
Trip ke Switzerland & Milan, Italy.
Seperti yg kami janjikan, kami ingin kongsi itinerary, kos, dan tips sepanjang trip kami sekeluarga (2 dewasa & 2 kanak2 (3 & 1 tahun) dr 9 Oct – 21 Oct 2022 ke Switzerland dan Milan, Italy.
Boleh share kepada sesiapa yg dlm perancangan ke sana.
Hari Pertama
– Flight kami pukul 9.20mlm (9 Oct) dr KUL – DOHA (7jam 30minit), DOH – Zurich (6jam 15minit)
o Transit di DOHA selama 7jam, transit agak lama sebab kami ambil flight tiket yang murah, transit akan jadi panjang. (nanti kat bawah akan share tips beli tiket flight)
o Touch down Zurich Airport pukul 1.45 ptg (10 Oct)
o Kami trus ke train station dalam airport untuk ke Luzern pakai Swiss Travel Pass (STP)
o STP ni kami beli via Klook, if korang rely on pakai public transport, STP memang pilihan yang terbaik sebab tiket ni da cover untuk semua train, bus, tram dan cruise kat seluruh Switzerland.
o Dan entitled few discounts untuk ride cable car ke mountain.
o Terus check in Ibis Hotel Luzern untuk 2 malam.
o Plan asal drop barang dan berehat sekejap terus keluar. Tapi disebabkan kepenatan jalan jauh dengan 2 kids lagi kite continue berehat smpai esok pagi.
Hari Kedua
o Kami gerak awal pagi untuk ke Mount Titlis, dah check weather forecast memang pagi tu Titlis clear. Bile nak naik gunung ni disarankan untuk selalu check whether forecast sebab bile da bayar mahal tak dapat view best, rugi juga
o Stay di Titlis sampai tenghari dan lunch bawa packed food, Kembara.
o Otw balik tu kami singgah di Mount Rigi naik cruise Lake Lucern dalam pukul 4 ptg.
o Kami naik mount rigi sebab STP cover FOC tu yang just naik tanpa pikir keadaan cuaca.
o Malangnye memang berkabus bile dah petang, so tak nampak clear view Luzern dari Mount Rigi.
o Balik dari Mount Rigi, kami jalan-jalan di Luzern ke Chapel Bridge.
o Pulang ke hotel pukul 7 malam.
Hari Ketiga
o Early check out awal pagi dalam pukul 7 sebab nak ke Interlaken.
o Kami pilih Interlaken sebagai base kami yang paling lama selama 4 malam sebab kat sini main station train yang dekat untuk ke Jungfrau region. Bila decide pilih base, korang jangan stay terlalu jauh dengan public transport.
o Di Interlaken, ade 2 station, Main station adalah Interlaken OST, other station Interlaken West.
o Hotel kami 5 minit je ke Interlaken West, 450m.
o Drop luggage kat hotel then trus keluar ke Isetwald, satu perkampungan yang cantik dan tenteram. Ini pun tempat famous CLOY main piano.
o Kat sini kami continue naik cruise untuk pusing Lake Brienz. Interlaken ni antara dua tasik, Lake Brienz dan Lake Thun.
o Lake yang cantik adalah Lake Brienz sebab color tasik biru turquoise.
o Smpai di Brienz, kami terus naik train ke Kandersteg untuk main toboggan run sampai kol 4 ptg. Tak sempat ke Lake Oeschinen sebab kami diberitahu nak ke lake tu ambil mase sejam pergi dan balik. Cable terakhir turun adalah 5 ptg. Hahaha
Hari Keempat
o Kami pergi naik gunung lagi, kali ni gunung yang tertinggi di Eropah, Jungfrau. Ade few ways nak smpai ke gunung ni sama ade via cable car or train.
o Di Jungfrau, kami main sledging and snowboarding. Yusof anak kami yang pertama tu boleh tahan even suhu da -5C.
o Kami pilih untuk pergi naik cable car, Eiger Express dan turun via train ke Kleine Scheidegg
o Kleine Scheidegg ni antara must visit place sebab view kat sini cantik antara gunung-gunung kat Bernese Oberland bertemu. (Tempat CLOY)
o Bernese Oberland ni adalah Kawasan pergunungan yang tercantik di Switzerland. Kire datang Swiss kene sampai sini.
o Kami sambung ke Wengen, untuk lalu Kawasan kampung yang tak de pakai kereta. Car free village dan terus pulang ke hotel untuk berehat.
Hari Kelima
o Kami pergi ke Grindelwald First, top of hiking trail Europe. Tempat favorite kami di Switzerland.
(Tempat CLOY)
o Ini lokasi yang kami sangat suke datang sebab suhu yang normal around 5-10C, sambil tengok view gunung-gunung.
o Petang kami turun ke Lauterbrunnen, untuk enjoy Staubbach Falls, air terjun yang tertinggi.
Hari Keenam
o Sambung main snow lagi hari ni, kali ni di gunung chocolate Toblerone, Matterhorn.
o Zermatt ni antara car free village di sini. Memang boleh rase fresh air kat sini.
o Di Zermatt, tempat geng-geng T20 Europe shopping sebab kat sini banyak barang-barang luxury brand
o Then, kite terus ke Sigriswil Bridge, boleh tengok view Lake Thun dari atas jambatan tergantung. (Tempat CLOY)
Hari Ketujuh
o Kami naik Bernina Express dari Chur ke Tirano, Italy. Perjalanan ambil mase 4 jam dan langsung tidak membosankan sebab view dari dalam train memang mengujakan.
o Plan tidur 2 malam di Milan sebab dah alang-alang dekat dengan Switzerland.
o Smpai di Milan, Italy pukul 8.30 malam dan naik Taxi ke Airbnb pukul 10 mlm.
o Untuk beli tiket tren di Italy boleh guna apps Trainline.
Hari Kelapan
o Pergi ke Duomo , salah satu landmark di Milano.
o Sebelah Duomo ialah shopping mall paling lama iaitu Galleria Vittorio Emanuale II
o Visit tugu Leonardo Davinci. Asalnya nak pergi National Museum Science and Technology Leonardo da Vinci tapi hari isnin tutup. Jadi kami pergi Leonardo Da Vinci Milan Museum.
o Lepas tu kami pergi Sforzesco Castle. Takde apa sangat dekat sini tempat untuk lepak-lepak saja
o Petang sikit kami jalan-jalan ke Naviglio. Tempat lepak-lepak minum.
Hari Kesembilan
o Kami patah balik ke Switzerland sebab flight balik kami dari Zurich. Then naik Euro train dari Milan ke Zurich.
o Kami singgah di Interlaken untuk naik cruise Brienz lagi sebab tak puas. Cruise kami naik dari pukul 1 smpai pukul 4 petang.
o Lewat petang trus ke Zurich untuk check in hotel final 2 nights.
o Asalnye kami book hotel 3 star, tapi disebabkan hotel tu penuh, hotel tu offer sister hotel dia yang berdekatan. Yang bestnye dapat upgrade 4 star hotel sekali dengan bath tub dalam bilik air. Happy la our kids!
Hari Kesepuluh
o Pagi kami terus pergi ke kilang Chocolate Lindt di Zurich.
o Lepas lunch, kami ke Rhine falls (largest waterfall kat Europe). Dapat naik boat untuk tengok dari dekat waterfalls.
o Kami jalan-jalan dekat bridge Munsterbrucke (Tempat CLOY)
o Beli souvenir kat bandar Zurich – Teddy Sourvenier depan bridge Munsterbrucke
o First makan kat restoran, kami pilih McD sebab packed food semua dah habis.
Hari Kesebelas (Last Day)
o Kami pusing-pusing town Zurich naik tram then sambung naik cruise
o Naik cruise kat Lake Zurich untuk yang short distance spent dalam 1 jam setengah
o Then, collect luggage kat hotel then naik tram ke Zurich airport
o Smpai airport pukul 2 petang dan flight kami pukul 4.10 petang.
Okay, ni part paling tunggu nak share cost!
Transportation
Flight MAS – Qatar Airways – RM8,900 (4paxs) including Chubb travel Insurance
STP Pass 8 Days – RM 3,600 / 2 paxs. Bdk2 bawah 16 tahun FOC travel with parents
Bernina Express (Reservation Seat) – RM 345/ 3 seats. Including anak kami yg 3 tahun.
Train Tirano to Milano – RM 124/ 2 paxs
Taxi train station to AirBnB – RM 112, swipe dlm taxi je, setiap taxi ade machine
Euro train Milan to Brig (Switzerland) – RM 275/ 2paxs
Total: RM 13,356
Accomodation
AirBnB Milano – RM 700 / 2 nights
Hotel Blume Interlaken – RM 1500/4 nights
Hotel Stroller Mercure Zurich – RM 1087/ 2nights
Hotel Ibis Luzern – RM 1100/ 2nights
Total: RM 4,387
Activities
Mount Titlis: RM 462/ 2 paxs
Mount Jungfrau: RM 1,367/ 2 paxs
Mount Matterhorn: RM 533 / 2 paxs
Kandersteg: RM 200 / 2 paxs
Grindelwald: RM 313 / 2 paxs
Muzeum Leonardo Davinci – RM 138 / 2paxs
Entry to Rheinfall – RM 48/ 2paxs
Rheinfall Boat – RM 68/ 2paxs
Lindt Chocolate Museum – RM 143 / 2paxs
Snowtubing & Sledging – RM 73/pax
Total – RM 3,345
Meals
Since kami banyak bawa packed food around RM 1,000
TOTAL: RM 22,088/4 paxs
TIPS & TRICKS
o Selalu survey pakai Skyscanner, tengik trend harga tiket. Harga tiket ni bersifat dynamic, selalu berubah-ubah. Selalunye if below RM3K KL-Zurich tu kire rezeki, if bawah RM2.5K bonus.
o Flight depart hari Ahad dari KLIA selalunye akan murah compare hari lain.
o Make sure beli tiket STP Flexible kalau itinerary macam kami masuk milan 2 hari lepas tu patah balik Swiss
o Harga hotel include dengan tak includes kids jadi berbeza. Jadi pilih Airbnb atau hotel yang betul-betul review ok
o Banyak hotel dekat Interlaken tandas di luar, dinding pula nipis
o Makan beli pack food -Kembara (recommended dan sedap) sekali dengan food warmer. Senang tak perlu cari air panas. Selain Kembara, Ezeefood dan MudahMakan pun sedap.
o Air paip dekat Swiss semua boleh minum
o Bawa mainan lebih untuk anak-anak main dalam flight.
o Train sangat kids friendly. Pilih coach yang khas untuk stroller/wheelchair.
o Dekat Milan banyak pickpocket nak offer tangkap gambar dan sebagainya. Jangan layan dan sentiasa berhati-hati.
o Di Switzerland wajib singgah Coop. Must try food ialah tomato cherry dengan Nutella. Rotinya pun sedap-sedap.
o Bila di gunung pastikan pakai heatech. Waktu naik gunung kami akan pastikan anak pakai baju 3 lapis, seluar 2 lapis, stokin tebal selapis, snow cap dan penutup telinga.
o Untuk main ledge dan snowboarding di Jungfrau pastikan ada cash. Kalau tak perlu naik atas semula dan bayar guna kad dan turun semula bawa resit
o Tandas-tandas kat overseas ni memang takde hos air. So sediakan air botol kosong.
o Naik gunung kalau boleh pakai snow boot sebab jalan licin
o Switzerland lambat 6 jam dari Malaysia. Hari pertama touchdown mesti akan jetlag. Banyakkan rehat dan jangan trlalu rush nanti badan akan penat.
o Bawa extension, universal adaptor, tripod, powerbank, wayar usb caj sebab ada sesetengah train boleh caj guna usb
o Act the best season kat Switzerland ni takde, semuanye best sebab ade keistimewaan tersendiri. Tapi elakan untuk pergi in between season macam dari summer ke autumn, autumn ke winter. Sebab peralihan musim tu selalunye akan hujan dan membataskan aktiviti kite di sana.
o Kami selalu pakai Google Maps untuk tengok mase train, tram and cruise. More user friendly to us. Compare SBB apps.
o Bawa ubat-ubatan standby in case of emergency. Everyday ambil multivitamin, dan anak-anak bagi Vitamin C.
Overall, kami sgt berpuas hati dgn trip kami ini, dan InsyaAllah ade rezeki kami dtg lg ke sini. Aamiin.
Kredit: Fakhruddin Mansor Via BBM
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guide Lengkap Untuk Anda Yang Nak Ke ‘Salar De Uyuni’ Malaysia Atau Sky Mirror, Kuala Selangor!
Sebut sahaja Sky Mirror di Kuala Selangor, orang ramai pasti tahu sebab tempat menarik tu tengah trending sebagai destinasi pelancongan paling popular di Selangor ketika ini.
Memang ramai yang nak pergi, dan ramai juga yang tengah tercari-cari info macam mana nak ke sana. Jadi di sini Libur nak kongsikan panduan kepada anda yang nak ke Sky Mirror, Kuala Selangor demi sekeping gambar yang marvellous di Instagram.
1) Hubungi operator bot Sky Mirror, Kuala Selangor (0162234788) untuk tahu tarikh dan waktu lawatan yang sesuai ke Sky Mirror. Ini kerana beting pasir yang menjadi lokasi popular itu hanya boleh dilawati sekali sehari sahaja ketika air laut surut. Jadi dalam perancangan anda nak ke sini, call dahulu operator bot untuk tahu tarikh dan waktu yang sesuai.
2) Anda juga boleh membuat tempahan secara online. Taip sahaja www.skymirrorworld.com dan anda boleh membuat tempahan online di.
? TRIVIA
Beting pasir yang menjadi tempat pelancongan popular ini berkeluasan lebih kurang 50 padang bola sepak!
3) Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah RM60 untuk kanak-kanak, RM80 untuk orang dewasa dan RM100 untuk pelancong luar negara.
4) Apabila sudah tahu tarikh dan waktu yang sesuai, booking dan bayaran telah di buat, anda perlu datang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor bersama rombongan anda.
⭐ PRO TIP
Bagi mereka yang berada di luar negeri Selangor, anda boleh jimatkan masa perjalanan dengan menggunakan penerbangan daripada Firefly. Dapatkan tiket penerbangan anda segera di www.fireflyz.com.my.
⚠️ PENTING
Hadir ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ikut masa yang telah ditetapkan! Ini kerana, untuk ke beting pasir Sky Mirror ini mengikut arus pasang surut air laut. Sekiranya anda terlewat, anda tidak akan dapat pergi ke sana.
5) Register diri anda dan kumpulan. Selepas pendaftaran, tour guide akan memberikan anda jaket keselamatan dan wajib dipakai sepanjang masa berada di atas bot.
6) Jarak perjalanan dari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ke beting pasir Sky Mirror lebih kurang 45 – 60 minit. Taklimat ringkas berkenaan aktiviti akan diberikan di atas bot.
⭐ PRO TIP
Ada masa lawatan akan dilakukan di awal pagi kerana arus pasang surut air laut yang tidak tetap. Bawa sedikit makanan dan minuman untuk anda jamah di atas bot bagi mengelakkan kelaparan.
7) Tiba sahaja di beting pasir Sky Mirror, anda akan nampak puluhan pelancong yang berada di sana. Kenali siapa tour guide anda dan ikut beliau ke mana sahaja yang beliau bawa. Tour guide akan bawa anda ke lokasi sesuai dan setup mini studio bagi menghasilkan gambar sky mirror yang terbaik untuk anda dan kumpulan anda.
8) Akan ada banyak prop yang di bawa. Jadi siap sedia dengan aksi-aksi menarik untuk pengambaran anda di sana sebagai kenangan. Buat apa sahaja aksi, balik nanti baru pilih mana yang terbaik untuk diupload ke Instagram. Anda hanya dapat peluang ini sekali sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
⚠️ PENTING
Di sekeliling anda sewaktu berada di beting pasir Sky Mirror ini terdapat ramai lagi pelancong lain. Jadi berhati-hati ketika melalui kawasan ini kerana anda mungkin akan mengganggu sesi pengambaran mereka. Perhatikan laluan yang diberitahu oleh tour guide anda.
9) Anda akan berada di beting pasir Sky Mirror ini lebih kurang satu jam sebelum tour guide akan memanggil anda pulang. Jangan lengahkan waktu balik kerana sekiranya terlambat, bot akan tersangkut di kawasan air cetek dan anda mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam sambil ber’huhuhu’ di atas bot.
10) Sampai sahaja di jeti, kembalikan jaket keselamatan anda kepada tour guide dan pergi ke ruangan menunggu. Makanan akan disediakan kepada anda berupa nasi lemak dan air mineral.
? TRIVIA
Sky Mirror ini dilawati hampir 200 pelancong setiap hari dari dalam dan luar negara. Tempat ini juga sangat popular dikalangan pelancong dari Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.
11) Berikan nombor telefon anda kepada tour guide kerana gambar-gambar anda akan dihantar menggunakan Google Drive. Dapat sahaja gambar, anda boleh upload gambar anda di Instagram, Facebook dan Twitter untuk men’jealous’kan kawan-kawan anda yang lain. Hahaha.
12) Jangan lupa tag sekali Majalah Libur di Facebook dan Instagram.
Okay, itu sahaja panduan untuk anda yang ingin ke Sky Mirror, Kuala Selangor. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan enjoy your trip!
Penghargaan
Libur ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Selangor, Firefly dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur kerana sudi membawa kami rakan-rakan media ke trip yang sempoi ini!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI