Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?

Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang

Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang

IKLAN

Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!

IKLAN

Ada Lagi Yang Menarik?

IKLAN
  • Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang, anda boleh menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Air terjun ini beroperasi iaitu: Isnin hingga Jumaat -10 pagi-12 tengah hari & 4 petang-6 petang. Sabtu & Ahad/cuti umum – 9 pagi-11 pagi,1 petang-3 petang & 5 Petang-7 Malam sahaja

Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang

Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang

  • Anda boleh menaiki bot mengelilingi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaikan.
Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang
  • Anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
  • Anda boleh memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar. Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.
  • Untuk si kecil, taman ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
  • Untuk melihat panorama kawasan ini, anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan.
Pit Stop Ipoh! Naik Bot Keliling Tasik Buatan & Bukit Batu Kapur Di Taman Reakreasi Gunung Lang

Sumber: Perak Hari Ini

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI