Negara China memang terkenal dengan ciptaan pelbagai ‘benda menarik’ baik dari segi produk dan juga destinasi pelancongan. Sekiranya anda takut pada ketinggian, jambatan kaca yang ada di China ini bukanlah lokasi pilihan tepat untuk anda.

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

Dikenali sebagai The Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge, jambatan yang dibina sebagai laluan penjalan kaki yang dibina pada ketinggian 298 meter itu dianggap paling menggerunkan di dunia. Terletak di Zhangjiajie Grand Canyon jambatan ini memecah rekod jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia.

Jambatan yang menggayatkan ini terletak di antara dua tebing tinggi di taman negara Zhangjiajie. Kawasan pergunungan ini memang popular dalam kalangan pengunjung kerana pemandangan semula jadinya yang luar biasa.

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon” “Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon” “Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

IKLAN

Pengunjung berpeluang melihat pemandangan wilayah Hunan yang menakjubkan ketika berjalan di laluan sepanjang 429 meter itu. Pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan mereka kerana jambatan selebar 5.79 meter itu mampu menampung hingga 800 orang pada satu masa. Lantai kaca di laluan itu hanya setebal 6.3 sentimeter dan ramai pengunjung dilihat ‘takut-takut’ dan ada juga yang gayat apabila berjalan di atasnya.  Tidak kurang juga ada yang ‘terkucil’ juga merangkak ketika berjalan dilaluan berkaca ini dek kerana takut akan ketinggian.

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

IKLAN

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

Ketahanan gelas kaca jambatan tersebut telah diuji dengan pelbagai cara sebagai bukti pembuatan lantai jambatan ini sangat kukuh dan selamat.

IKLAN

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

Laluan yang direka oleh arkitek dari Israel, Haim Dotan itu dengan mudah mengatasi jambatan Grand Canyon Skywalk di Amerika Syarikat. Jambatan Grand Canyon Skywalk mempunyai laluan sepanjang 20.7 meter dan dibina pada ketinggian 218 meter.

Selepas menghabiskan perjalanan di laluan yang menggerunkan itu, pelancong boleh menguji keberanian mereka dengan mencuba terjunan bungee dan aktiviti flying fox dari struktur menakjubkan itu.

“Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon” “Boleh Kejung Kaki Kalau Jenis Gayat Jalan Atas Jambatan Kaca The Zhangjiajie Grand Canyon”

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI