Baru-baru ini, Skyscanner, laman yang popular untuk membandingkan harga tiket penerbangan telah mendedahkan satu tip dan panduan untuk mendapatkan tiket pernerbangan murah.

Nak Tiket Penerbangan Murah, ‘Book’ Pada Selasa (Domestik) & Rabu (Antarabangsa)

Menurut portal ini, trend membeli tiket penerbangan untuk tahun 2019 telah berubah berbanding tahun lalu. Antaranya:

  • Masa dan hari yang sesuai pada tahun ini untuk menempah tiket penerbangan adalah pada pukul 5 pagi!
  • Untuk mendapatkan penjimatan yang maksimum, tempah tiket penerbangan pada hari Selasa untuk penerbangan domestik dan hari Rabu untuk penerbangan antarabangsa.
  • Tetapi, sebelum membeli tiket pastikan anda sudah merancang atau setidaknya mempunyai idea destinasi yang hendak dituju. Selain beli mengikut hari dan masa yang dinyatakan tadi, menurut Skyscanner lagi, tiket domestik akan lebih murah jika tempahan dibuat tiga minggu lebih awal daripada tarikh penerbangan.
  • Untuk penerbangan antarabangsa, cuba buat tempahan lima hingga enam bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Tempah pada bulan Januari, Februari atau Ogos untuk destinasi domestik dan tempah tiket untuk keluar negara dengan harga murah pada bulan Oktober dan April.

Cadangan Pengiraan:

Nak Tiket Penerbangan Murah, ‘Book’ Pada Selasa (Domestik) & Rabu (Antarabangsa)

  • Tiket Penerbangan Domestik: Jika anda ingin melancong pada bulan September – Tempah pada pukul 5 pagi / Bulan Ogos (3 minggu sebelum September) / pada hari Selasa.
  • Tiket Penerbangan Antarabangsa:  Jika anda ingin melancong pada bulan Oktober – Tempah pada pukul 5 pagi / Bulan April (5 hingga 6 bulan lebih awal / pada hari Rabu.

Tip Beli Tiket Syarikat Penerbangan Tempatan

Nak Tiket Penerbangan Murah, ‘Book’ Pada Selasa (Domestik) & Rabu (Antarabangsa)

IKLAN

1. Tempah tiket penerbangan AirAsia atau Malaysia Airlines

  • Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
  • Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

2. Kejar Harga bukan Kejar Destinasi. Mengapa perlu memilih Krabi (RM198) daripada Phuket (RM98)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri.

3. Pilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad. Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain dalam sehari.

4. Jangan malas untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.

IKLAN

5. Bergantung kepada anda samada ingin mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Penerbangan henti-henti dikatakan lebih murah dan berbaloi. Cuma masa anda akan menjadi lebih daripada penerbangan terus.

6. Anda pasti sedia maklum pada masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Selalunya promosi ‘best’ hanya akan bermula pada 12 tengah malam.

8. Semak dan ‘study’ mengenali Lapangan Terbang alternatif dan sekitar. Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan. Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).

IKLAN

9. Hukum +- 1 Hari. Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah.

10. Beli tiket penerbangan sehala sahaja secara asing untuk tiket pergi dan balik. Bukan buat tempahan terus tiket pergi dan balik. Tiket sehala dikatakan lebih menguntungkan daripada terus membeli tiket pergi dan balik.

Nak Tiket Penerbangan Murah, ‘Book’ Pada Selasa (Domestik) & Rabu (Antarabangsa)

Apa pun, ini hanya cadangan dan panduan yang diberikan. Tidak dapat dipastikan adakah cara menempah tiket penerbangan ini betul-betul boleh dapat harga yang murah atau sebaliknya. Walau apa jua, jadilah pengguna yang bijak dengan sentiasa memantau info-info yang diberikan.

Sumber: Skyscannerrileklah | Semakonline

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI