Kepada peminat cerita Korea, anda belum jadi die-hard-fan lagi kalau tak tahu di mana terletaknya bandar Sokcho. Tak berapa lama dulu, Korea Tourism Organizaton (KTO) menjemput Datuk Bandar Sokcho, Byungseon Lee dan beberapa delegasi lain ke Malaysia bagi memperkenalkan bandar ini kepada peminat Korea Selatan di Malaysia.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Datuk Bandar Sokcho, Byungseon Lee (lima dari kiri) dan delegasi Sokcho ke Malaysia

 

Bandar ini antara lokasi penggambaran filem dan siri TV popular Korea seperti Autumn In My Heart dan Running Man.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop


Tarikan Sokcho

Sokcho adalah bandar di wilayah Gangwon-do, Korea Selatan. Ia terletak di timur laut timur Gangwon-do. Sokcho milik Korea Utara dari 1945 sehingga Perang Korea berakhir, apabila garis perpecahan antara dua negara Korea secara rasmi diubah.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Kedudukan bandar Sokcho

 

Bandar ini menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa, bukan sahaja kerana keindahan Gunung Seoraksan, Tasik Yeongrangho, kuil Sinheungsa, makanan laut malah aktiviti tradisi tempatan yang menarik serta produk laut yang bermutu.

IKLAN
Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Pemandangan indah Gunung Seoraksan

 

Sokcho hanya setengah jam dari PyeongChang yang akan menjadi tuan rumah bagi Olimpik Musim Sejuk 2018. Ini juga mungkin tarikan untuk anda ke sini nanti.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
PyeongChang bakal tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2018

 

Pantai Sokcho dijaga bersih, dan dibuka sepanjang tahun dengan musim panas adalah yang paling popular. Terdapat mata air panas semulajadi di Sokcho, beberapa di antaranya telah dibangunkan menjadi ruang berenang spa dan lokasi bersantai. Terdapat juga padang golf yang popular kerana persekitaran alam semulajadi mereka.

IKLAN

Tasik Yeongrangho dan Cheongcoho popular kerana memantul imej Gunung Seoraksan dan banjaran Ulsan Bawi; batuan tinggi di sekitar gunug. 

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Tasik Yeongrangho memantul imej Gunung Seoraksan

 

Dengan pembukaan Dongseo Expressway antara Timur Hongcheon dan Sokcho pada Jun 2017 lepas, masa perjalanan dari Seoul ke Sokcho dipendekkan kepada 1jam 30minit bergantung kepada trafik. Sokcho juga baru sahaja membuka International Cruise Terminal bagi pelancong yang melawat dari bandar ke bandar menggunakan kapal. Dijangkakan, pada 2025, sistem keretapi laju akan dibina dari Seoul ke Sokcho dan akan memendekkan masa ke75 minit sahaja.

IKLAN
Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Pemandangan dari atas Gunung Seoraksan ketika musim sejuk

 

Terdapat beberapa kuil Buddha yang dipelihara dengan baik di kawasan sekitar Sokcho. Bangunan utama kuil Sinheungsa (Geukrakbojeon) adalah antara destinasi pelancongan yang popular (yang pada asalnya dibina pada abad ke-15). Juga popular ialah Hyangseongsaji Samcheung Seoktap, pagoda tiga tingkat setinggi 4.3 meter.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop
Pemandangan Gunung Seoraksan yang tersergam indah


Syurga makanan
Sokcho menawarkan banyak makanan masakan tempatan terutamanya makanan laut. Pelabuhan Daepo, di luar Sokcho menuju ke Yangyang menawarkan lebih daripada 100 restoran mini yang menyajikan makanan laut mentah, panggang, rebus dan goreng yang enak.
Di sebelah utara Sokcho berhampiran rumah api, pelawat juga boleh menikmati banyak restoran ikan mentah serta panggang.

Bandar Sokcho Lokasi Berbaloi Untuk Kipas-Susah-Mati Peminat K-Pop

Dongmyeonghang Saengseon Sutbulgui adalah salah satu restoran yang memiliki sijil halal, menawarkan set makanan seperti ikan panggang dengan nasi labu dalam periuk tanah liat beserta sos soya yang enak. Jadi tidak perlu risau tentang makanan halal di sana.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI