Bagi anda yang berada di sekitar atau berhampiran dengan Kuala Lumpur dan tidak tahu ingin ke mana pada hujung minggu, apa kata singgah ke KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur). Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, destinasi ini sangat terkenal serta sesuai untuk mereka yang cintakan haiwan dan alam sekitar.

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Selain menjadi tempat tumpuan ramai untuk bersantai melihat pelbagai spesies burung, KL Bird Park juga merupakan tempat terbaik untuk sesi pembelajaran buat anak kecil mengenal habitat unggas ini. Menerima lebih 200,000 orang pelawat setiap tahun, KL Bird Park mempunyai anggaran lebih kurang 3000 burung yang mewakili setiap 200 spesies, dengan jumlah keseluruhan unggas yang terdapat di sini sebanyak 600,000 ekor. Kebanyakkan burung-burung ini berasal dari Malaysia. Hanya 10 peratus dari luar Negara.

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat JeTak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat JeTak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Ciri utama yang membezakan KL Bird Park dari mana-mana taman burung lain adalah konsep bebas beterbangannya. Malah, terdapat beberapa kawasan di mana burung bebas terbang ke mana sahaja yang ingin ditujui, tidak kira kecil atau besar. Terdapat beberapa jenis burung yang memang perlu dikurung dalam sangkar khas seperti helang dan burung hantu.

IKLAN

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Harga Masuk

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Aktiviti Menarik!

IKLAN

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di KL Bird Park adalah semestinya memerhati perilaku burung terutamanya dikawasan terbuka. Anda boleh melihat pelbagai burung dari jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau. Apabila tiba waktu makan, pengunjung diberi peluang membantu petugas memberi makan kepada burung-burung ini. Antara diet harian yang diberikan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

IKLAN

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Jangan lepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan dengan burung yang berwarna-warni dan cantik di dalam taman itu, iaitu burung Nuri dan Kakak Tua. Jurugambar profesional akan membantu anda untuk mengabadikan detik menarik itu.

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Jika perut terasa lapar, anda boleh singgah menjamu selera di restoran yang disediakan di KL Bird Park ini. Hidangan Satay pasti menjadi menu kegemaran anda. Terdapat juga sebuah kedai cenderahati untuk pengunjung membawa pulang buah tangan untuk diri sendiri dan keluarga

Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat JeTak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je Tak Perlu Pergi Jauh Nak Tengok Burung. KL Bird Park Dekat Je

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI